Aku nak sambung kisah penjualan tanah untuk stesen minyak.
Kalau syarikat minyak dah berkenan dengan tanah milik kita atau tanah yang kita jadi brokernya (atau lebih sedap bunyi jika digunakan istilah land vendor), kita sebenarnya ada dua pilihan sebelum tanah itu bertukar tangan.
Pilihan pertama ialah kita jual terus tanah itu.
Pilihan kedua ialah kita pajakkan tanah itu kpd syarikat minyak untuk tempoh tertentu - biasanya 30 tahun.
Pilihan pertama lebih kemas dan biasanya harga tanah lebih tinggi terutama jika ianya adalah tanah pegangan bebas (freehold). Tapi dengan menjual tanah itu kepada syarikat minyak, tanah itu sudah terlepas daripada milik kita.
Jika kita rasa sayang atau memikirkan nasib anak cucu di kemudian hari kita boleh memilih untuk memajakkan tanah itu. Sebagai contoh jika tempoh pajakan adalah selama 30 tahun, tanah itu akan kembali menjadi milik mutlak kita selepas tamat tempoh tersebut. Pada masa itu, syarikat minyak mungkin mahu teruskan pajakan dengan bayaran baru. Masyuukkk lagi tapi mungkin anak cucu yang merasa sebab kita mungkin dah takde di dunia ini.
Jika syarikat minyak tak mahu sambung pajakan, tanah itu kita boleh pajakkan kpd syarikat lain atau kita majukan utk projek rumah kedai dsbnya.
Kalau boleh dipajakkan kenapa perlu dijual?
Soalan yang bagus tu (hehehe puji diri sendiri!)
1) Jika kita pajakkan, biasanya harga yang ditawarkan oleh syarikat minyak adalah lebih rendah.
2) Bayaran pajakan mungkin tidak dibuat sekaligus pada permulaan tempoh pajakan. Ada syarikat yang membayar sebanyak 3 kali selama 30 tahun itu iaitu pada permulaan tahun pertama, kesebelas dan ke 21.
Sebagai contoh jika tanah itu dipajakkan dgn harga 3 juta ringgit, anda akan dapat RM1 Juta pada tarikh-tarikh di atas. Dan seperti kita tahu, nilai duit sejuta itu pada tahun ke 11 dan tahun ke 21 tidak sama dgn nilai sejuta ringgit tu sekarang.
3) Tanggungjawab membayar cukai tanah pada setiap tahun kekal dengan pemilik tanah dan bukan dibayar oleh syarikat minyak kerana mereka hanya memajak tanah anda. Mungkin anda rasa cukai itu tak banyak sekarang ini. Itu disebabkan tanah anda berstatus tanah pertanian. Tapi jika syarikat minyak memajak tanah anda, tanah itu akan ditukar syarat kegunaan sebagai stesen minyak. Cukai tahunannya adalah jauh lebih tinggi ..... huhuhu
Samada anda memilih utk menjual atau memajak tanah anda, kalau laku tanah anda itu utk tapak stesen minyak, memang lumayan pulangannya!
Aku rasa cukuplah penerangan di atas untuk kali ini.
Choppp dulu baru baca(",)
ReplyDeleteGigihnya choppp tempat. Dah lewat malam ni takde saingan rasanya .... hehehe
DeleteAci tak? Hahaha...nak baca nih
ReplyDeleteTaktik ini telah digunakan dgn jayanya satu masa dulu. Ada org tu sampai berjaya dapat hadiah kerana dapat jadi pengomen pertama 3 kali berturut2 .... hehehe
DeletePada saranan YB yang mana lebih bagus jual atau pajak?
ReplyDeleteIanya bergantung kepada beberapa faktor.
DeleteBoleh dibincangkan jika ada kes sebenar.
Kalau sya mungkin jual dan beli tanah lain
ReplyDeleteehhh...macamlah ada tanah bunyinya
hehehe verangsn kan apa salahnya(",)
itu satu pilihan yg munasabah. Ambil duit dari jualan tanah tu dan laburkan dgn membeli tanah lain.
DeleteVerangan bukan kena bayarpun.
Dya pernah bgtahu pd enpakwe masa yb wawarkan di fb
ReplyDeletedia kata ppk beranang ada tanah katanya
Jumlah kenderaan di situ taklah terlalu banyak tapi dgn pembangunan berterusan di kawasan sekitar mungkin masanya dah tiba utk membina sebuah stesen minyak di situ.
DeleteSykt kulit kerang dulu pernah bekerjasama dgn PKK Lenggong utk membina stesen minyak di pekan tersebut.
PKK Batu Kikir pula ada sebuah stesen minyak BHP.
Ini cuma dua contoh PKK yang ada stesen minyak.
Batu Kikir jembatan bosi.. kampung ese tu YB :)
DeleteOh kat sana kampung ekao. Dulu masa anak ese belajar kat MRSM Serting selalu lalu situ .... hehehe
DeleteKg omak ayah ase gak tu
DeleteOmak Eja bukan kat Serting ke?
DeleteJauh eh bukan tu
DeleteHabis tu memang kat pokan Batu Kikir tu lah ya?
DeleteCukai tanah tu kekal dengan bayaran sebelum di pajak ke atau lebih ye sebab status tanah dah bertukar kan?
ReplyDeleteCukai tanah akan naik setelah dipajak sebab kegunaan tanah akan bertukar kepada stesen minyak.
DeleteJadi kenalah ambil kira jumlah cukai yg kena dibayar utk tempoh pajakan itu. Takut bila semakin hampir ke hujung tempoh pajakan, cukai yg kena dibayar lebih mahal daripada harga pajakan tahunan .... huhu
Nak sambung verangan
Deletesya jual!!!!
Hahahaha....mak cik kayo(",)
Kalau nak lagi cepat kayo jangan jual setakat satu ..... juallah 2-3 tapak sekali .... hehehe
DeleteKalu la saya ada tanah camtu, dan ada lak syarikat minyak nak beli... hmmmmm
ReplyDeleteAda org jadi jutawan hasil daripada jualan tanah spt ini .... ngeeeee
DeleteSya ada juga wawarkan pada sorang kawan dia ada tanah diantara lipis ke raub
ReplyDeletetp sya tak pastilah kesesuaian lokasi tu untuk di buat stsyen minyak
Boleh minta dia hubungi saya utk mengetahui tanah itu sesuai atau sebaliknya. Atau eja boleh jadi org tengah. Kalau on, bolehlah dapat komisen sikit sebanyak .... hehehe
DeleteInsya'Allah sya terjumpa beliau nanti sya cuba wawarkan
Delete- apakah ciri2 tanah yg hendak di pajak/beli oleh syarikat minyak?
ReplyDelete- adakah benar stesen minyak di kawasan highway, contohnya di R&R / Hentian Sebelah itu lebih mahal kos nak memilikinya berbanding jika kita set up stesen minyak di kawasan biasa?
Oh! Abaikan soalan pertama saya tu ya YB..saya baca entri ni terus, baru baca entri sebelumnya ini..hihihih
DeleteCiri2nya seperti yang saya terangkan di dalam entri sebelum ini.
DeleteHarga utk tanah stesen bergantun kpd beberapa faktor tapi yg paling utama adalah jumlah jualan minyak dan barangan lain di sesebuah stesen itu. Jika jualannya dianggarkan tinggi, sykt minyak sanggup membayar lebih. Begitu sebaliknya.
Oleh itu stesen di kawasan R&R lebuhraya biasanya lebih mahal kos tanahnya jika dibandingkan dgn stesen di kampung.
alohhh.... xpe2... nti carik tanah... hehe...
ReplyDeleteSelamat mencari. Bila dah jumpa, bolehlah hubungi saya ... hehehe
DeleteKalau saya..sebab saya tamak, saya akan jual terus kat syarikat minyak. Buat apa pajak. nak menunggu bayaran complete, entah entah saya pun dah masuk dlm kubur. Tak dpt lah saya nak joli sakan duitnya, nanti cucu cicit yg syok naik kereta sport...hahahahahahahah
ReplyDeleteHahahaha.....terbaik!!!!!
DeleteSaya tak salahkan DZ memilih utk menjual terus tanah itu jika itu boleh memberi pulangan yg tertinggi buat masa sekarang. 30 tahun adalah satu tempoh yg agak panjang dan mcm2 boleh terjadi.
DeleteCucu cicit kalau nak enjoy biar mereka usaha sendiri .... hehehe
Eja - nampaknya termakan juga oleh alasan DZ utk jual terus tanah tu ..... huhu
DeleteKalau saya, pajak aje.. Sayang nak jual.. Esok lusa entah2 kita nak guna tanah tu balik..
ReplyDeleteMasalahnya, saya ni bukannya ada tanahpun nak pajak atau jual.. hahaha...
Kalau fikir masa depan tanah semakin berkurangan, memajak boleh menjadi pilihan yg baik. Anak cucu sudah tentu akan puji kita sebab tinggalkan harta .... hehehe
DeleteMuda lagi Cik Azz. Nanti slow2 kumpul duit bolehlah beli tanah .... ngeeee
As salam YB,
ReplyDeleteBaru sempat nak tinggal jejak di sini... Hoye! :)
Malangnya saya tiada tanah yg strategik utk dipajak/dijual utk stesen minyak! Tanah pun nan hado to be true hikhik... cuma saya nak komen yg mungkin lari sikit dr tajuk... Betul ke business stesen minyak skrg dah tak masyuukkk macam dulu2? Dgrnye yg buka stesen minyak ramai yg mengharapkan 'mini mart' atau kedai runcit yg dibuka dari penjualan minyak itu sendiri... maaf YB saya dgr ckp2 org je...hikhik... nak kepastian dr tokey minyak yg berjaya ni? Apa pandangan YB? :))
Waalaikum salam Marya,
DeleteTerima kasih meluangkan masa di dalam kesibukan Marya tu. Diharap Marya sekeluarga dan baby sihat.
Bisnes stesen minyak macam juga bisnes2 lain ada yang masyuuukkk dan ada yg tidak. Kalau dapat tempat yg strategik dan pandai mengurus, memang lebat income. Saya kenal beberapa org dealer yang pendapatan bulanan bersih mereka melebihi 50K. Mereka boleh dapat balik modal dlm masa tak sampai setahun. Tak banyak bisnes yang menawarkan pulangan lumayan mcm tu kecuali skim cepat kaya.... huhu
Dalam pada itu tak kurang juga dealer yang merungut sebab income ciput. Nak bayar overhead pun terkial2. Sebab utama ialah lokasi haprak. Kadang tu saingan daripada stesen lain yg berdekatan sengit. Apa tidaknya bila ada 2-3 buah stesen lain berdekatan atau sebelah menyebelah dgn stesen dia. Itu tak masuk barang di kedai atau minyak di pam kena kapur oleh pekerja yg tak jujur.
Oooo baru saya tahu, saya ingat semua tanah tanah untuk tapak station minyak tu di jual rupa rupa nya ada juga yang di pajak.
ReplyDeleteYa ada macam2 option.
DeleteKalau nak bina sendiri stesen tu dan lepas tu jadi dealernya pun boleh. Cara ni dipanggil dealer owned, dealer operated atau DODO.
waaa...saya takde tanah utk dijual atau dipajakkan..:)
ReplyDeleteKalau ada kenalan yg ada tanah yg difikirkan sesuai masih boleh hubungi saya.
Deletemasyukkk tu kang yb..ehHHhee
ReplyDeleteBolehlah utk beli susu anak .... ngeee
DeletePakcik YB kayooooo...
ReplyDeleteCkLah baru bayar cukai tanah tapak rumah nan sekangkang kera ni dah kewalahan...
Amiiinn. Semoga makbul doa ckLah tu.
DeleteTapi yang kaya orang yg ada tanah tu. Saya sebagai fasilitator dapatlah duit kopi sikit ..... sekadar lepas beli susu anak
ngeeee
nak jual ke nak pajak ke, kedua-duanya tak relevan kepada abang sebab abang tak ada tanah yang sesuai untuk dijadikan stesyen minyak..
ReplyDeleteTanah kat Juasseh tu tak boleh jadikan tapak stesen minyak ke bang? .... hehehe
Deletekalau highway macam plus tu,semua stesen minyak dipajakkan atas satu geran kan..highway mana yang stesen minyaknya ada geran berlainan ye??
ReplyDeleteTanah stesen minyak di lebuhraya mcm PLUS itu adalah sebahagian daripada Right of Way (ROW) highway. Tanah itu tiada geran tanah dan diluluskan oleh Menteri Kerjaraya kpd syarikat tertentu yang memajakkannya kpd syarikat minyak.
DeleteWalau bagaimanapun ada juga tanah di pinggir highway yang ada geran dan tuanpunya tanah telah meminta kelulusan daripada PLUS dan LLM utk mendapat jalan keluar masuk ke lebuhraya. Tanah spt ini ada yg dipajak dan ada yg dijual kpd sykt minyak.
Untuk mengetahui lebih lanjut boleh hubungi saya di yunusbadawi.arahsaksama@gmail.com