Monday, January 21, 2013

Warna Kot Macam Warna Baju Bangla

Hari ni dalam sejarah bagi anak kami, Haikal.

Pagi tadi aku ke sekolah dia untuk mengambil wang bantuan persekolahan RM100 tu. Nasib baik tak berapa ramai ibubapa berbaris di depan aku masa aku sampai. Tapi di kelas2 lain, ibubapa yang menanti giliran melebihi 10 orang sehingga tak cukup kerusi untuk menunggu.

Itu bukan sejarah yang nak aku ceritakan. Takde apa yg menarik tentang itu.... huhu

Apa yg akan menjadi kenangan bagi Haikal hari ini ialah perlantikannya secara rasmi sebagai Penolong Ketua Pengawas bagi sekolahnya.



Satu untuk album

Aku tanya dia kenapa tak jadi Ketua Pengawas? Orang jarang mengingat siapa penolong atau orang kedua tetapi mereka akan ingat siapa ketua atau orang No 1. Haikal kata dah terpilih jadi Penolong Ketua Pengawas tu pun dah satu pencapaian.

Sebenarnya abang-abang Haikal semuanya pernah menjadi Penolong Ketua Pengawas semasa di sekolah menengah. Haikal setakat menjadi Penolong Ketua Pengawas sekolah rendah. ayat mematikan semangat

Bila balik ke rumah emaknya pula komen kenapa warna baju kot dia macam warna baju mat Bangla.

"Mana ada?" kata Haikal tak puas hati cuba mempertahankan warna baju kot barunya itu.

"Yalah. Kan ramai Bangla kerja kilang pakai baju warna ni," balas emaknya.

Sekali lagi tercabar si Haikal tu.

Itu belum lagi komen daripada abang2 dan kakak2nya serta daripada Adam.

28 comments:


  1. tahniah haikal!

    hensem haikal:)

    takpe haikal..jadi yang no 2..lagi baik dari jadi no 3...ngeee..

    agaknya mak adam tak suka warna biru sebab suka warna hijau ye, YB?...hehee

    notahati:alhamdulillah..hebat2 anak2 YB..tahniah YB

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bagi pihak Haikal. Tentu dia seronok bila baca pujian dari ieda ni esok.

      Memang no 2 lebih baik dari no 3. Tapi yg jadi no 1 tu pelajar perempuan! Tercabar pelajar lelaki sekolah dia.... huhu

      Sebelum ni kot Haikal berwarna biru tua mcm warna seluar dia tu. Kot tu beli sendiri. Tapi hari ni dah tukar kot warna biru pucat ni. Mungkin itu yg buat emak adam tak berapa suka w/pun kot ini sekolah yg beri percuma.

      Alhamdulillah bolehlah. Taklah hebat mana sebab ramai lagi budak2 yg lebih hebat daripada mereka.

      Delete
  2. Congrats Haikal..
    It's a good start after all.. Pen Ketua Pengawas di sekolah rendah, Sek Menengah confirm Head Prefect,
    in shaa Allah..

    Apa pun, Head or Second Head does not matter yg penting, the chances given to polish your leadership skill & the most important thing is TRUST from teachers & friends !

    All the BEST young boy.. ^_^

    - 50cent fr me, Kak Nabilah =]

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak Nabilah.

      Cabaran menjadi Pen Ketua Pengawas di Sekolah Berprestasi Tinggi dgn lebih 2400 murid adalah hebat. Dalam pada itu Haikal kenalah menunjukkan prestasi terbaik di dalam akademik terutama semasa UPSR nanti.

      Delete
  3. Amboiii tak menyokong punya komen. Kesial Haikal. Padahal dia dah bangga sangat dah tu.

    Kenapa dia sekolah jauh sangat dari rumah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat rumah ni biasalah komen2 maut mcm tu .... huhu
      Kena kuat semangat.

      Eh itu sekolah kebangsaan paling hampir dgn rumah kami. Dalam 1km aje w/pun sekolah tu di WP sedangkan kami duduk di Selangor.

      Delete
  4. cun dah tu kot tu..
    bersemangatlah haikal ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah abg alien puji Haikal. Nanti bila balik sekolah dan baca komen ni tentu kembang dia .... ngeeee

      Delete
  5. tahniah haikal,jadi yang ke2 sudah cukup bagus utk sekolah rendah..insyaallah sek men akan lebih berjaya n jadi ketua pengawas!semoga berjaya dunia akhirat..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih b/p Haikal.

      Ini masalah bila expectation keluarga terlampau tinggi. Kalau ikutkan dapat jadi Penolong Ketua Pengawas tu pun sudah bagus kerana itu menunjukkan pihak sekolah percaya dgn kebolehannya menjadi pemimpin.

      Amin.

      Delete
  6. tahniah sebab ada jawatan ....

    semoga bertugas dengan penuh tanggungjawab dan berdisplin



    ini komen untuk entry sms

    Pagi tadi tengok ada sms dari KWSP. Masuk dalam jam 315 PAGI .... Bila check , memang KWSP suka sangat hantar sms selepas jam 12 tengah malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Alhamdulillah ada jawatan bermakna kenalah pikul tanggungjawab tu. Sebahagian tanggungjawab tu ialah utk menjadi contoh yang baik kpd pelajar2 lain.


      Oh pB selalu dapat sms dari KWSP ke? Apa yg mereka beritahu dlm sms yg tak boleh tunggu siang tu? ... huhu

      Delete
  7. Tak baik YB. Pen KP tu satu pencapaian tinggi utk budak2 tau.. Tahniah Haikal...
    Kot dia besar sangat la.. Makchaq rasa YB patut tempah sendiri yg ngam ngan dia.. Lepas tu boleh la simpan untuk kenangan dia bila besaq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang beritahu dalam hidup ini cubalah paling tidak jadi no 1 w/pun sekali. Mungkin KP yg terpilih itu ada kelebihannya yg tersendiri.

      Kot tu memang 'dipinjamkan' turun temurun kpd KP dan Pen KP. Bila cukup tahun mereka akan pulangkan ke pihak sekolah. Saya tak pasti jika dibenarkan buat kot sendiri. Semasa Haikal jadi pengawas sebelum ini memang kena beli kot dan vest sendiri.

      Delete
  8. Alhamdulillah kecik2 dah tunjuk bakat jadi pemimpin walaupun no 2. Selalu sekolah guna warna biru tua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sekolah pihak sekolah nampak bakat kepimpinan Haikal. Tapi di rumah kerja dia menyakat Adam .... hehehe


      Warna biru tua untuk pengawas biasa. Mungkin utk Ketua dan Penolong Ketua pengawas sekolah pilih warna biru Bangla ni .... huhu

      Delete
  9. tahniah la tuuu.., mugo2 pelajaran haikal maju jaya juga ..aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih wak ..... mugo2 mcm tulah. Tahun ni dia akan menduduki UPSR. Harap dpt keputusan yg cemerlang.

      Delete
  10. Replies
    1. Haikal tak tinggi pun sweet jugak ke Kak Juliet?


      Terima kasih ....

      Delete
  11. sebab tak tinggi la haikal nampak sangatttt sweeeeetttt, :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sweeeettt mcm sweet potato ... ngeeeee

      Masa kecik sedap ajak gelut tu. Dah besar ni dia dah tak nak gelut. Nasib baik ada adam ... ahaks

      Delete
  12. terpancar kebanggaan di wajahnya..tahniah anak yb..jadilah pemimpin yg berdedikasi..chewahh

    ReplyDelete
  13. Orang mcm Cikgu OmbakBaik yg boleh melihat kebanggaan di wajahnya.

    Semoga dia terus menjadi pemimpin yg berdedikasi. Di sekolah bukan main semangat tapi di rumah selek sikit ... huhu

    ReplyDelete
  14. Aunty pun nak ucap tahniah kat Haikal...tak pe Haikal jadi Penolong Ketua Pengawas pun cool, jangan dengar cakap mak dan ayah kamu tu dia orang tu saje je menyakat kamu.....tapi sebenar nya dalam hati emak dan ayah, berbangga dengan pencapaian kamu.

    YB suruh Haizal baca sendiri ya...saya nak komen ke dia tapi dia tak ada blog so saya tumpang komen kat sini je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih b/p Haikal. Dia dah tidur skrg ni. Tapi mungkin dia dah baca komen ni semasa saya di surau tadi.

      Emak dan ayah dia biasa saja sebab abang2 dan kakak2 dia pun dulu ada jawatan juga semasa di sekolah. Inilah cabaran kalau jadi anak no 5. Abg dan kakak dah set the bar quite high.

      Haikal sebenarnya ada blog sendiri. Tapi dia jarang update sebab tak rajin mcm ayahnya ... hehehe

      Delete
  15. Cantik apa coat kaler tu... Sedondon ngan kameja dia pakai tu... Hehe. Hensem Haikal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain orang lain pandangannya. Mungkin Riz suka warna tu sebab sedondon dgn kemeja dia. Tapi kalau guna warna mcm yg anak kapal MAS tu pakai lebih cantik rasanya .... ngeeee

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails