Isu keselamatan sering menghantui kita tak kira samada yg tinggal di bandar atau di luar bandar. Di sesetengah tempat kes kecurian, rompak dan ragut berlaku tak kira masa.
Taman perumahan aku juga tak terkecuali w/pun ianya didiami sebahagiannya oleh pegawai polis dan pegawai tentera. Bagi pencuri, mereka peduli apa. Bahkan salah seorang bekas pegawai polis yg tinggal di sini pernah kehilangan kereta Hondanya yg diletakkan di luar pagar rumah.
Arwah emak aku juga pernah menjadi mangsa ragut - bukan sekali tapi dua kali ketika dia membersihkan kawasan di tepi rumah.
Oleh kerana kejadian jenayah yg kerap berlaku di sini Persatuan Penduduk di perumahan kami telah mengadakan khidmat pengawal swasta. Seperti di tempat2 lain, bukan semua penduduk setuju utk menyertai skim ini. Bayarannya cuma RM30 sebulan. Nak mengutip bayaran itu yg agak mencabar. Tugas tersebut telah diamanahkan kepada ketua blok. Aku kebetulan salah seorang daripada ketua blok itu .... huhuhu.
Setelah kami ada khidmat pengawal swasta ini, kejadian kecurian masih juga berlaku.
Ada beberapa buah rumah telah dipecah masuk terutama apabila tuan rumah tiada di rumah. Selain daripada itu ada juga kes kecurian kereta dan lori!
Pada 20 Nov 2012 sebuah lori milik penduduk di sini yg diletakkan di taman permaianan telah dilaporkan hilang manakala pada 22 Dis tahun lepas sebuah kereta Toyota Vios yg diletakkan di depan rumah telah dilarikan pencuri.
Ada pengawal pun kalau nak hilang tu hilang juga.
Kalau tak silap aku negara kita antara 20 negara paling selamat di dunia. Agaknya macamanalah negara lain yg dikatakan kurang selamat daripada Malaysia tercinta ini?
Pencuri lagi pandai dari kita yg dok berjaga2 pasai tu memang profesion dia. Kadang2 kalau nak difikir rezeki pun ya jugak. Hanya mampu berdoa. Kadang2 walaupun dah boh dlm pagar nak hilang tetap hilang jugak.
ReplyDeleteKawasan perumahan kami ni ada 3 jalan keluar masuk utama selain jalan2 yg lebih kecil utk pejalan kaki. Dengan kutipan sebanyak RM30 tu kami hanya mampu membayar khidmat 3 org pengawal. Pencuri itu mungkin dah mengkaji masa bila pengawal ada dan masa bila mereka ke tempat lain.
DeleteItu sebab boleh hilang juga termasuklah lori yg besar gedabak tu .... huhu
Tempat tinggal saya nampaknya alhamdulillah, jarang ada kes jenayah. Cuma baru2 ni ada pulak kejadian tanah runtuh yang menyebabkan air tasik melimpah keluar dan kanak2 hilang di depan kedai elektrik. Kedua2nya kejadian cuma beberapa ratus meter saja dari rumah saya...
ReplyDeleteAlhamdulillah kalau tempat tinggal Mie jarang ada kes jenayah.
DeleteKeluar kat tv tak kisah tanah runtuh tu? Kes tanah runtuh yg tak jauh dari tempat kami ini tempoh hari sibuk keluar kat berita sebab tempat tu ramai org kaya termasuk dua org MP.
Kanak2 hilang tu dah dijumpai ke? Risau juga kalau ada kejadian mcm tu.... huhu
Kedua-dua kejadian masuk TV. Bahkan kisah budak hilang tu hingga semalam masih lagi keluar di akhbar...
DeleteOh William tu ke?
DeleteHarap2 dia dapat ditemui dengan selamat secepat mungkin.
emmm... kecurian ada di mana-mana kot.
ReplyDeleteterpulang kat kite nak berhati-hati. kalau kena jugak, berserah la jawabnya.
Kecurian memang berlaku di mana2. Di masjid pun ada barang hilang termasuk tabung masjid dan surau..
DeleteKenalah berhati2 dan banyak berdoa. Tapi kalau nak kena juga, mungkin itu ujian daripada Allah.
Huh rumah saya dimasuki pencuri pada 4.6.2011. Sampaii sekarang saya rasa phobia bila nampak orang Indon lalu lalang depan rumah dah lah dekat depan rumah saya ada chicken farm...pekerja ada dari Indon, vietnam dan myanmar bertambah risau saya jadi nya.... Yang paling saya takut masa pencuri tu masuk kami hanya tinggal bertiga sedangkan perompak tu ber enam dan bawak segala bagai senjata tajam.....rasa geram sampai sekarang lah yb.
ReplyDeleteMemang phobia kalau terjadi mcm tu. Alhamdulillah awak 3 beranak tidak dicederakan. Dan seperti yg awak beritahu tempoh hari penjenayah itu telah ditembak mati di Pahang. Nasib baik bukan ditembak dlm rumah ... huhu
DeletePendatang asing ni sebahagiannya adalah penjenayah sejak dari negara mereka lagi. Kita sangat berharap kerajaan lebih bersungguh2 di dalam menangani masalah ini supaya kita semua dapat hidup dlm keadaan aman damai.
hmm...baru baru ni ada yang beritahu saya, jangan masuk site kalau hujan hujan, especially kalau takde orang client time tu. sebab diorang risau saya hilang dibuat dek pekerja2 kontrak.
ReplyDeleterisau jugak saya dengar~
Satu nasihat yg baik tu.
DeleteBetul juga bila hujan2 dan mereka takde buat kerja, tiba2 nampak gadis cantik mcm GB ni masuk site, mulalah ada yg pasang angan2 ..... huhu
Take care dear.
salam YB..
ReplyDeleteat my place, single entry dengan ada guard post pun masih boleh ada kes curi..
kadang2.. harapkan pegar, pegar yang makan padi kan..
waalaikum salam..
DeleteKalau single entry tu senanglah sikit nak kawal. Tapi itu tak menjamin kawasan kita selamat sepenuhnya.
Pegar kalau tak makan pagi pun ada yg tidur aje kerjanya .... huhu
Kat tempat makchaq lebih kerap curi kecik2, curi kasut, basikal, duit syiling dlm kereta... Kadang2 terlupa nak kunci kereta..kawasan rumah tak dak pagaq.. Ada jugak kes masuk rumah tapi alhamdulillah la tak kerap..
ReplyDeleteCuri kecik2 ni kat mana2 ada berlaku. Kat tempat kami ni kalau setakat jiran2 hilang kasut dan seluar jean tu biasa. Dulu masa kami letak pasu bunga orkid di pokok mangga di luar pagar rumah, pasu orkid tu pun pandai berjalan ...... huhu
DeleteKiranya kawasan makchaq tu agak selamat berbanding dgn tempat kami ni ...
alhamdulillah..setakat 11bulan menetap di kawasan perumahan saya nie belum dengar lagi kejadian2 yg tak diinginkan dan kes jenayah..itulah kita hanya merancang dan bersedia dengan segala kemungkinan dengan mengupah pengawal keselamatan tapi kalo kejadian tak diingini berlaku itu diluar kuasa kita..hanya mampu berdoa supaya kita dan keluarga sentiasa dilindunginya..mudah2an insyaallah..pada sapa lagi kita nak meminta kalo bukan denganNYA yg satu kan:)
ReplyDeleteSaya doakan kawasan perumahan Ana berterusan selamat dan aman. Biasanya kalau kawasan perumahan itu jauh dari penempatan warga asing, ianya lebih selamat.
DeleteBagi kawasan yg selamat tidak perlu mengupah pengawal pun ok. Cuma minta polis buat rondaan berkala. Taklah susah nak pungut duit daripada penduduk .... ngeee
Macamana kita berusaha sekalipun akhirnya kita serahkan kpd Allah. Dia yg Maha Mengetahui dan Maha Kuasa
saya tengah belajar ilmu pendinding dari embah :)
ReplyDeleteNanti bila dah khatam bolehlah tolong pasang dinding utk rumah saya sekali ...... ngeeee
Deletenak keluar sorang waktu malam pun takut sekarang.
ReplyDeleteJom pi ezati,kekkekekeke
Tak elok anak dara keluar malam sorang2. Kalau juliet takde kawan nak temankan bolehlah ajak saya .... ngeee
DeleteBila nak pi ezati? Rogerlah
nampak gaya mmg 'tak selamat' kawasan perumahan YB tu
ReplyDeletesetakat ni kwsn rumah saya penah berlaku kecurian tapi masih terkawal
mintak jauh kita semua dr org2 yg berniat jahat
Nak kata banyak sangat kes kecurian tu taklah juga tapi dari masa ke semasa memang ada berlaku. Ada juga penduduk yg dah fobia. Kita berusaha mana yg termampu selebihnya kita serahkan kpd Allah.
DeleteMintak2nya dijauhkanlah kita semua dari org2 yg berniat jahat tu.