Hari ni dalam sejarah bagi anak kami, Haikal.
Pagi tadi aku ke sekolah dia untuk mengambil wang bantuan persekolahan RM100 tu. Nasib baik tak berapa ramai ibubapa berbaris di depan aku masa aku sampai. Tapi di kelas2 lain, ibubapa yang menanti giliran melebihi 10 orang sehingga tak cukup kerusi untuk menunggu.
Itu bukan sejarah yang nak aku ceritakan. Takde apa yg menarik tentang itu.... huhu
Apa yg akan menjadi kenangan bagi Haikal hari ini ialah perlantikannya secara rasmi sebagai Penolong Ketua Pengawas bagi sekolahnya.
Satu untuk album
Aku tanya dia kenapa tak jadi Ketua Pengawas? Orang jarang mengingat siapa penolong atau orang kedua tetapi mereka akan ingat siapa ketua atau orang No 1. Haikal kata dah terpilih jadi Penolong Ketua Pengawas tu pun dah satu pencapaian.
Sebenarnya abang-abang Haikal semuanya pernah menjadi Penolong Ketua Pengawas semasa di sekolah menengah. Haikal setakat menjadi Penolong Ketua Pengawas sekolah rendah. ayat mematikan semangat
Bila balik ke rumah emaknya pula komen kenapa warna baju kot dia macam warna baju mat Bangla.
"Mana ada?" kata Haikal tak puas hati cuba mempertahankan warna baju kot barunya itu.
"Yalah. Kan ramai Bangla kerja kilang pakai baju warna ni," balas emaknya.
Sekali lagi tercabar si Haikal tu.
Itu belum lagi komen daripada abang2 dan kakak2nya serta daripada Adam.
ReplyDeletetahniah haikal!
hensem haikal:)
takpe haikal..jadi yang no 2..lagi baik dari jadi no 3...ngeee..
agaknya mak adam tak suka warna biru sebab suka warna hijau ye, YB?...hehee
notahati:alhamdulillah..hebat2 anak2 YB..tahniah YB
Terima kasih bagi pihak Haikal. Tentu dia seronok bila baca pujian dari ieda ni esok.
DeleteMemang no 2 lebih baik dari no 3. Tapi yg jadi no 1 tu pelajar perempuan! Tercabar pelajar lelaki sekolah dia.... huhu
Sebelum ni kot Haikal berwarna biru tua mcm warna seluar dia tu. Kot tu beli sendiri. Tapi hari ni dah tukar kot warna biru pucat ni. Mungkin itu yg buat emak adam tak berapa suka w/pun kot ini sekolah yg beri percuma.
Alhamdulillah bolehlah. Taklah hebat mana sebab ramai lagi budak2 yg lebih hebat daripada mereka.
Congrats Haikal..
ReplyDeleteIt's a good start after all.. Pen Ketua Pengawas di sekolah rendah, Sek Menengah confirm Head Prefect,
in shaa Allah..
Apa pun, Head or Second Head does not matter yg penting, the chances given to polish your leadership skill & the most important thing is TRUST from teachers & friends !
All the BEST young boy.. ^_^
- 50cent fr me, Kak Nabilah =]
Thanks kak Nabilah.
DeleteCabaran menjadi Pen Ketua Pengawas di Sekolah Berprestasi Tinggi dgn lebih 2400 murid adalah hebat. Dalam pada itu Haikal kenalah menunjukkan prestasi terbaik di dalam akademik terutama semasa UPSR nanti.
Amboiii tak menyokong punya komen. Kesial Haikal. Padahal dia dah bangga sangat dah tu.
ReplyDeleteKenapa dia sekolah jauh sangat dari rumah?
Kat rumah ni biasalah komen2 maut mcm tu .... huhu
DeleteKena kuat semangat.
Eh itu sekolah kebangsaan paling hampir dgn rumah kami. Dalam 1km aje w/pun sekolah tu di WP sedangkan kami duduk di Selangor.
cun dah tu kot tu..
ReplyDeletebersemangatlah haikal ya!
Baguslah abg alien puji Haikal. Nanti bila balik sekolah dan baca komen ni tentu kembang dia .... ngeeee
Deletetahniah haikal,jadi yang ke2 sudah cukup bagus utk sekolah rendah..insyaallah sek men akan lebih berjaya n jadi ketua pengawas!semoga berjaya dunia akhirat..amin
ReplyDeleteTerima kasih b/p Haikal.
DeleteIni masalah bila expectation keluarga terlampau tinggi. Kalau ikutkan dapat jadi Penolong Ketua Pengawas tu pun sudah bagus kerana itu menunjukkan pihak sekolah percaya dgn kebolehannya menjadi pemimpin.
Amin.
tahniah sebab ada jawatan ....
ReplyDeletesemoga bertugas dengan penuh tanggungjawab dan berdisplin
ini komen untuk entry sms
Pagi tadi tengok ada sms dari KWSP. Masuk dalam jam 315 PAGI .... Bila check , memang KWSP suka sangat hantar sms selepas jam 12 tengah malam
Terima kasih. Alhamdulillah ada jawatan bermakna kenalah pikul tanggungjawab tu. Sebahagian tanggungjawab tu ialah utk menjadi contoh yang baik kpd pelajar2 lain.
DeleteOh pB selalu dapat sms dari KWSP ke? Apa yg mereka beritahu dlm sms yg tak boleh tunggu siang tu? ... huhu
Tak baik YB. Pen KP tu satu pencapaian tinggi utk budak2 tau.. Tahniah Haikal...
ReplyDeleteKot dia besar sangat la.. Makchaq rasa YB patut tempah sendiri yg ngam ngan dia.. Lepas tu boleh la simpan untuk kenangan dia bila besaq.
Ada orang beritahu dalam hidup ini cubalah paling tidak jadi no 1 w/pun sekali. Mungkin KP yg terpilih itu ada kelebihannya yg tersendiri.
DeleteKot tu memang 'dipinjamkan' turun temurun kpd KP dan Pen KP. Bila cukup tahun mereka akan pulangkan ke pihak sekolah. Saya tak pasti jika dibenarkan buat kot sendiri. Semasa Haikal jadi pengawas sebelum ini memang kena beli kot dan vest sendiri.
Alhamdulillah kecik2 dah tunjuk bakat jadi pemimpin walaupun no 2. Selalu sekolah guna warna biru tua.
ReplyDeleteKat sekolah pihak sekolah nampak bakat kepimpinan Haikal. Tapi di rumah kerja dia menyakat Adam .... hehehe
DeleteWarna biru tua untuk pengawas biasa. Mungkin utk Ketua dan Penolong Ketua pengawas sekolah pilih warna biru Bangla ni .... huhu
tahniah la tuuu.., mugo2 pelajaran haikal maju jaya juga ..aminn
ReplyDeleteterima kasih wak ..... mugo2 mcm tulah. Tahun ni dia akan menduduki UPSR. Harap dpt keputusan yg cemerlang.
Deletesweeetttttnyerrrrr
ReplyDelete.
.
.
.Haikal :D
Haikal tak tinggi pun sweet jugak ke Kak Juliet?
DeleteTerima kasih ....
sebab tak tinggi la haikal nampak sangatttt sweeeeetttt, :D
ReplyDeletesweeeettt mcm sweet potato ... ngeeeee
DeleteMasa kecik sedap ajak gelut tu. Dah besar ni dia dah tak nak gelut. Nasib baik ada adam ... ahaks
terpancar kebanggaan di wajahnya..tahniah anak yb..jadilah pemimpin yg berdedikasi..chewahh
ReplyDeleteOrang mcm Cikgu OmbakBaik yg boleh melihat kebanggaan di wajahnya.
ReplyDeleteSemoga dia terus menjadi pemimpin yg berdedikasi. Di sekolah bukan main semangat tapi di rumah selek sikit ... huhu
Aunty pun nak ucap tahniah kat Haikal...tak pe Haikal jadi Penolong Ketua Pengawas pun cool, jangan dengar cakap mak dan ayah kamu tu dia orang tu saje je menyakat kamu.....tapi sebenar nya dalam hati emak dan ayah, berbangga dengan pencapaian kamu.
ReplyDeleteYB suruh Haizal baca sendiri ya...saya nak komen ke dia tapi dia tak ada blog so saya tumpang komen kat sini je.
Terima kasih b/p Haikal. Dia dah tidur skrg ni. Tapi mungkin dia dah baca komen ni semasa saya di surau tadi.
DeleteEmak dan ayah dia biasa saja sebab abang2 dan kakak2 dia pun dulu ada jawatan juga semasa di sekolah. Inilah cabaran kalau jadi anak no 5. Abg dan kakak dah set the bar quite high.
Haikal sebenarnya ada blog sendiri. Tapi dia jarang update sebab tak rajin mcm ayahnya ... hehehe
Cantik apa coat kaler tu... Sedondon ngan kameja dia pakai tu... Hehe. Hensem Haikal...
ReplyDeleteLain orang lain pandangannya. Mungkin Riz suka warna tu sebab sedondon dgn kemeja dia. Tapi kalau guna warna mcm yg anak kapal MAS tu pakai lebih cantik rasanya .... ngeeee
Delete