Semalam aku pergi ke majlis kenduri sedara aku. Orang kaya ada gelaran Dato'. Terkenal di kampungnya dan juga di daerah tempat dia tinggal.
Dia mengadakan majlis perkahwinan anak lelakinya.
Mengikut sedara aku tu, kad jemputan yg diedarkan sebanyak 7,000 keping. Selain itu ramai yg dijemput secara lisan tanpa menggunakan kad jemputan. Tetamu yg dianggarkan hadir ialah sebanyak 12,000 orang.
Melihat daripada jemputan yg hadir semalam, aku rasa memang ada 12,000 orang yg datang. Nak cari tempat duduk pun susah.
Hidangan disediakan oleh katerer. Kalau satu kepala dicas RM10, untuk 12,000 orang dah RM120,000. Sebenarnya kalau dapat RM10 tu kira murah sebab lauknya pelbagai macam. Selain itu ada juga bakso, cendol, apam balik dan teh tarik serta kopi O. Itu yg aku nampak. Sebelah belakang ada lagi makanan yg aku tak pergi tengok atau ambil.
Antara menu yang disediakan ialah ayam masak merah, daging black pepper, isi ikan, butter prawn, salad sayur dan ikan masin serta tempe
Di antara tetamu yg hadir. Tak pakai khemah biasa tapi guna marque tent. Kawasan khemah saja lebih daripada satu ekar luasnya. Ada juga VIP yg hadir. Tak payahlah aku sebut siapa .... ngeeee
Para hadirin dihiburkan oleh artis2 terkenal di antaranya Jay Jay yang menyanyikan 3 1/2 lagu termasuk Rindu Bayangan yang diminta khas oleh tuanrumah
Setiap artis ni takkan nak bayar RM200 - RM300 aje. Tak kurang daripada 6-7 artis terkenal yang aku lihat di sana semalam.
Aku congak2 sekurang2nya habis dalam RM300,000 untuk majlis ini.
Aku hanya mampu mendoakan semoga pasangan pengantin kekal bahagia sehingga ke syurga.
YB,
ReplyDeletekalau ade duit takpe. cuma jgn sampai membazir.
kdg2 bukan ape, sblm majlis mula bukan main ustaz berdoa, lps tu ade nyanyi2 artis pake 'sedap mata memandang'
skrg ni mcm trend pula kahwin kena ada konsep bagai, artis bagai.
eh sorry melalut pulak
Sebelum ni dia dah buat majlis kahwin. Ada org yg tertinggal dari senarai jemputan telah menegur dia dgn berkata, "mahal sangat ke nasi sepinggan?". Jadi utk kali ini dia pastikan semua yg harus dijemput mendapat jemputan. Itu agaknya yg sampai 12,000 org.
DeleteBiasalah ada bacaan doa dan ada hiburan. Kita bukan tuan rumah tak boleh kata lebih2.
Konsep tu dah satu hal. Lepas tu ada warna tema. Semalam mereka pilih warna hijau. Yati pun suka warna hijau kan? .... ngeeee
Saya dapat juga jemputan tapi jemputan kosong takde nama so saya tarik diri awal2..hihihi..
ReplyDeleteanak tunggal memangla meriah YB..
Ini Fariza ke?
DeleteOh awak pun dapat jemputan Dato tu juga? Mungkin pembantu2nya yg hantar kad tu tapi tak patutlah tak tulis nama.
Selain anak tunggal ni dia ada anak2 angkat. Yang mula2 dulu pun meriah juga majlisnya.
cikja..pesal ko tak pegi?nanti boleh tulis kat blog
DeleteYb..yela tu,Fariza yg cumel ;)
Iye saya Fariza ehehhe..amboi irfa..hahhaha cumel la sangat ye
Deleteiye betul dia ada anak angkat...
Kalau ikutkan datin tue sepupu dengn arwah mak saya..kalau ada arwah mak mungkin saya datang..huhuhu..saya nie penyegan orangnya *harap yb percaya*..ekekkeke..
Irfa - entahnya cikja ni tak pergi pulak semalam. Kalau tak boleh jumpa dia di sana.
DeleteTerima kasih konfomkan cikja ni adalah Puan Fariza yg cumel tu. Kalau dia tak pakai spek tentu lebih cumel .... ngeeee
Cikja - tak perasan awak ada blog sebelum ni .... huhu
DeleteBetullah kata Irfah tu yg awak tu cumel.
Dia dah tambah seorang lagi anak angkat. Oh datin tu sepupu dgn arwah mak Cikja. Kiranya kita ni sedolor bau2 bacanglah ya ... hehehe
Susah saya nak percaya awak tu penyegan. Nanti saya tanya datin.
Makchaq esok, kalau YB bagi hantaran lebih, boleh jugak buat majlis besaq sikit.. ngeeeeee
ReplyDeleteBukan saya yg nak bagi hantaran tapi anak lelaki sayalah kan? hehehe.
DeleteTapi budak2 kalau baru mula kerja manalah ada duit banyak nak buat hantaran besar2 .... huhu
Rezeki masing2...ada duit buatlah sebesar mana pun. Bahagian dia. Bagi makan orang tu kira dapat pahala juga.
ReplyDeleteBetul tu. Dah rezeki dia melimpah ruah dan sanak saudara dan handai taulan pula ramai. Bolehlah buat majlis sebesar itu.
DeleteNiat beri makan orang insya Allah dapat pahala dan satu amalan dianjurkan oleh Islam.
Ni bukan calang calang Dato' ni...Mmmg besar betul majlisnya...menu makanan pun sedap2 tu...Esok Atikah menikah, YB jemput la Anwar Zain menyanyi..:)
ReplyDeleteDia ini jutawan. Bisnes ada macam2. Senang cerita, tak habis makan 7 keturunan.
DeleteSaya nak jemput Anuar Zain? Mainkan cd dia tu bolehlah sebab sekali jemput entah berapa belas ribu nak kena bayar..... huhu
perghhh agak2 lepas ni masuk rancangan Raikan Cinta tak?sebab selalunya saya tgk yg masuk rancangan tu semua anak org kaya punya majlis.hehe
ReplyDeleteMungkin tak masuk kot sebab takde jurugambar dari stesen tv. Tapi cctv ada semalam utk memberi peluang org yg jauh dari pentas melihat artis2 menyanyi dan juga gambar pengantin sedang makan beradab.
Deleteperghhhh gila gempak majlis nih, bukan calang2 org nih
ReplyDeleteOrg terkenal di tempat tu tentulah ramai yg nak dijemputnya.
DeleteUntuk VVIP akan diadakan satu majlis berasingan di sebuah hotel terkemuka tak lama lagi.
Yb
ReplyDeleteSaya datang dah pukul 2.00 jadi saya tak makan nasi....makanan terlalu banyak sampai tak tahu nak makan apa...saya cuma makan butter prawn, daging black pepper dan apam balik je....kira macam hi tea lah sebab dah petang.
Tak ada rezeki nak jumpa lagi...tak apa lah lain kali kalau ke kawasan ni boleh lah singgah rumah saya.
Makanan banyak tapi kerusi tak mencukupi sebab org terlalu ramai. Nak duduk makan lama2 pun tak sedap. Takkanlah org lain dok tunggu dgn pinggan berisi di tangan mereka kita dok pergi ambil sejenis demi sejenis makanan.
DeleteUtk hi tea awak semalam tu minum air sejuk atau air panas?
Lain kalilah nampaknya kita jumpa. Lepas ni saya lebih kerap lalu di situ bila projek yg saya terlibat di Sijangkang bermula.
sebelum baca caption saya dah tau tu jay jay.. hihihi~
ReplyDeleteTentu peminat Jay Jay ni.
DeleteAnak saya si Haikal tanya emak dia siapa Jay Jay tu. Nampak sangat budak2 sekarang tak kenal apatah lagi nak minat penyanyi 70an dan 80an spt Jay Jay tu ..... huhu
Masa abang sulung saya bgtau dia habis RM20,000 hanya utk makan saja masa kahwinkan anak dia... saya dah urut dada dahhh...!
ReplyDeleteBila abang sulung Azie buat kerja kahwin tu? Kalau sekarang ni 20K tu kira ok sangatlah sebab katering cas sekitar RM10 - RM15 utk satu kepala. Biasanya jemputan kita termasuk budak2 dalam 1,000 - 1,500. Itu belum masuk doorgift, sewa khemah atau sewa dewan dll ..... huhu
DeleteBukan murah nak kahwin sekarang ni!
Semalam saya minum air kosong je, tu lah pasal kita tengah duduk orang pandang2 jadi tak tenteram nak makan apa lagi nak berborak dengan kawan kawan...dah makan sikit2 terus bangun lah.
ReplyDeleteOk lain kalaiukalau nak datang roger2 , sehari awal boleh lah saya menjamu serba sedikit...jangan malu tau, kalau malu sampai bila2 pun kita tak jumpa.
Kesiannya minum air kosong aje. Kalau kita belum habis makan, biarkan ajelah org yg pandang2 tu. Pandailah mereka cari tempat duduk lain. Kalau tak malu boleh masuk dalam rumah Dato' .... ngeeee
DeleteOk lain kali kalau ada rezeki saya singgah TPG. Tapi tak tahu bila saya akan ke sana lagi.
wooo rezekinye best!
ReplyDeleteRezeki Dato tu atau rezeki para tetamunya?
Deletetetamu la... YB kan tetamunye...
DeleteDato ape kurangnye siap ade retis...
oh tetamu. Memang kenyanglah kalau tak bangun2 sebab makanan ada bermacam2.
DeleteDato tu duit dah terpijak2.