Thursday, December 6, 2012

Adam - Pengantin Paling Muda Di Malaysia

Khamis lepas semasa aku dan emak Adam saling mengucapkan Happy Anniversary perkahwinan kami yg ke 25 tahun Adam yg berada dekat kami pun cakap dia nak kahwin juga.

"Adik pun nak kahwin jugak," kata dia tiba-tiba.

"Adik nak kahwin dengan sapa?" tanya aku.

"Kawan adiklah." jawabnya selamba.

"Kawan adik yang mana?" tanya emak Adam pula.

"Ermm .... kawan adik kat sekolah," jawab dia lagi setelah berfikir sejenak.

"Mana adik ada kawan kat sekolah sebab adik belum sekolah lagi." kata aku ingin menguji.

"Adaaa." jawab dia tak puas hati bila mendengar aku kata dia takde kawan sekolah.

"Kalau dah kahwin nanti adik nak bagi isteri adik tu makan apa?" tanya aku lagi.

"Adik bagi dia makan jagunglah!" balas dia.

Aku dan emak Adam ketawa terbahak-bahak mendengar jawapan Adam itu sebab kami tak sangka dia akan beri jawapan macam itu.

"Adik ingat isteri adik tu anak ayam ke?" tanya emak dia.

Inilah kalau budak 4 tahun nak kahwin ..... huhuhu

28 comments:

  1. takpe adam.. makan jagung pon kenyang tau.. meh kakak tunggu adam yek.. ahakss~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ke kakak sanggup nak makan jagung setiap hari ni? Mahu tercabut dagu nak kunyah jagung tu .... huhu

      Delete
    2. keranamu adam.. ehh.. ini bukan adam(aaron aziz ke?) alaaaaa.. kakak nk adam yg tuh je.. hahaha~

      Delete
  2. Jagung pun jagunglah......hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. Janji jangan kebulur anak dara orang tu .... hehehe

      Delete
  3. jagung + kelapa parut + garam + gula =sedapppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sekali sekala makan benda tu memang sedappp.

      Kalau setiap hari makan jagung mcm tu, mahu mengamuk bini tu .... huhu

      Delete
    2. tah2 besar karang adam jadi tokei jagung hahaha

      Delete
    3. Amiinn.

      Kalau jadi tokei jagung makanan ayam tu pun boleh kaya sebab permintaan tinggi.... ngeee

      Delete
  4. tp yg penting semangat nak kawen tu...sudah ada. ni mesti kes kawen muda esok2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami rasa dia tak faham pun kahwin tu apa sebenarnya.... huhuhu

      Abang2 dan kakak2nya pun belum ada yg kahwin. Takkanlah Adam yg bongsu ni dah nak kahwin .... ngeeee

      Delete
  5. Alaaa..Adam muda sanga tlagi..kalau tak boleh masuk senarai calon menantu ...ahakss... ..anak bongsu saya dah 10 tahun ...ngeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang Adam si Haikal boleh kot sebab dia dah 11 tahun. Dah masuk jawi pun ... hehehe

      Delete
  6. hahaha..saya pun tumpang gelak
    makan jagung je?huhu
    oklah dr jiran sebelah makan tulang je buat sup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami dah tanya dia soalan yg sama 2-3 kali selepas kejadian hari tu. Jawapan dia sama juga. Nak kasi makan jagung, Tapi kali ni Adam kata kasi makan jagung dgn nasi .... hehehe


      Jiran Irfa makan sup tulang setiap hari ke? Sedap juga tu ... ngeee

      Delete
  7. salam YB :)

    bleh tahan Adam ek?? hari tu masa bz dengan preparation kawin, anak buah pun sebok la nak kawin jgk..dia kata mana aci, tok kawin, wan kawin,ibu kawin, maklang kawin, paklong kawin, acu kawin..so dia pun nak kawin jgk! time tu umur dia blum masuk 3 tahun pun tau.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam,

      Itulah bila dia tengok emak bapaknya sibuk citer pasal kahwin, dia pun ikut nak kahwin jugak. Dia ingat kahwin tu dua org lelaki dan pompuan bersama gitu2 aje kot.

      Wah anak buah awak lagi hebat. Baru 3 tahun dah nak kahwin. Kiranya dia akan jadi pengantin paling muda di Malaysialah kalau dia kahwin hari tu .... ngeeee

      Delete
  8. Nasib baik Adam yg cakap cam gitu bukan bapak Adam...hehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bapaknya yg cakap mcm tu kesian pulak emak Adam 25 tahun makan jagung .... hehehe

      Delete
  9. bagi makan popcorn pun ok Adam... Eheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus idea Kak GB tu. Sambil tu bolehlah Adam dan isteri Adam tengok movie .... hehehe

      Delete
  10. Assalamualaikum,
    Makan jagung rebus hu hu hu mmmmm dah lama x mkn jagung rebus ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam anyss,

      Jagung rebus best ooo. Biasanya tak cukup setongkol kalau makan .... ngeee

      Delete
  11. Tersenyum saya baca entri ni...Kelakar la Adam ni...

    Saya pun suka melayan anak2 saudara yang petah bercakap.. Kadang2 bila mereka banyak bertanya, makciknya pula yang mati kutu tak tahu nak jawab..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak2 bila bercakap kadang kita tak sangka apa yg akan dikatakannya.


      Oh anak2 sedara Nur pun jenis petah bercakap ya? Best kan layan budak2 mcm tu w/pun memang ada masanya kita mati kutu tak tahu apa yg jawab .... ngeee

      Delete
  12. takpe. boleh kurus makan jagung hari-hari :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh mungkin itu rahsia Adam nak isteri dia makan jagung. Biar sama2 kurus sebab Adam memang tak gemuk .... hehehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails