Baru-baru ini aku tanya Adam (4 tahun) kalau dia nak jadi kuat macam Badang. Dia nampak konfius sebab dia tak kenal siapa Badang. Kalau aku sebut Superman mungkinlah dia kenal. Budak-budak sekarang manalah nak kenal watak seperti Badang tu.
Aku tanya Haikal (11 tahun) samada dia kenal Badang. Haikal kata tentulah dia kenal. Dan dia juga tahu macamana Badang boleh menjadi kuat. Korang tahu tak macamana Badang jadi kuat?
Ya. Dia makan muntah hantu!
Haikal merasa jijik dengan kisah itu.
"Yeak makan muntah," kata Haikal geli geleman.
"Habis tu dia nak kuat. Benda kotor pun dia makan," kata aku memberi penjelasan.
"Kalau macam tu tak kuat pun takpelah," balas Haikal.
"Tapi sekarang ni pun ramai Badang," kata aku.
"Badang apa pulak tu ayah?" tanya dia.
"Sekarang ni orang nak kaya makan rasuah pun sanggup. Bukankah rasuah itu haram dan jijik?" terang aku.
"Oh itu. Ingatkan makan muntah hantu ..." kata Haikal.
Makan rasuah tak jadi kuat, tapi kemungkinan jadi kebal itu ada! ;-)
ReplyDeleteMungkin tak jadi kuat tenaga fizikal mcm Badang tapi makan rasuah ramai yg jadi kaya raya dan kuat pengaruh.
DeleteOrg yg makan rasuah tu tak rasa jijik berbuat demikian sebab tak nampak duit rasuah tu macam muntah .... huhu
Nanti saya nak tanya anak saya, Ziyyad..umur 4 tahun jugak..dia kenal tak badang..hihihi
ReplyDeleteBagus juga tu. Nanti beritahu saya samada Ziyyad kenal dgn Badang
Deletetak payah la jadi Badang... jadi diri sendiri ok dah ok.. hehe
ReplyDeleteNasihat yg baik tu Zino.
DeleteTapi ada org bila lihat org lain kuat mulalah dia pun nak jadi kuat. Tak dapat cara semulajadi, dia guna cara lain ..... huhu
memang muntah hantu. kalau tak dapat duit lebih taknak proses.
ReplyDeleteape kah mentaliti itu, sile jelaskan? hahaha
Org macam itu memang hantu. Sudah dibayar gaji untuk buat kerja masih melengah2kannya supaya pihak yg berurusan dgn dia membayar rasuah utk cepatkan proses kelulusan.
DeleteBlueekkk
yang penting kita sekeluarga jgn jadi badang moden ok..jadi peladang modern tk per..
ReplyDeleteNak juga jadi peladang moden tapi sayangnya tanah utk berladang takde .... huhu
DeleteOhh saya lupa nak tanya anak-anak saya. Harus ada yang tak kenal sapa Badang tuh. Cuma saya ada sorang kawan yang kenal dah lama dlm komuniti radio dulu guna nick Badang Perkasa!
ReplyDeleteLepas ni cubalah tanya anak2 azie samada mereka kenal badang atau tidak.
DeleteRasanya saya pernah dengar nama Badang Perkasa tu. Satu angkatan dgn Gadis Berbulu Mata Lentik tu kan?
heee... awat tak tanya kenal tak samson.. yang rambut kuat tuu.. (ke).. alaa samson and delilah tu lah.. huh, tak kenal eh.. ok lah.. :(
ReplyDeleteSamson citer kartun tu ke? Yang itu mereka kenal. Tapi kalau samson and delilah tu mungkin mereka tak kenal. Ayahnya pun tak kenal samson yg tu. Cuma pernah dengar nama aje .... huhu
Deletehahahaa!!! Adam..Adam..
ReplyDeleteBoleh jadi geng Ziyyad bila besar sikit nanti ... ngeeee
Deletenak tanya jugak kc dan ariq kenal tak abang badang hehehehe...
ReplyDeleteCubalah tanya. Kalau mereka tak kenal Ejalah nampaknya yg kena beritahu siapa Badang tu .... ngeeee
DeleteNafisah kenal Badang sebab makchaq pernah cerita kat dia cerita Badang ni..
ReplyDeleteBudak budak sekarang ramai yang dah tak kenal siapa badang.
ReplyDeletedlm maknanya tu ;)
ReplyDelete