Khamis lepas semasa aku dan emak Adam saling mengucapkan Happy Anniversary perkahwinan kami yg ke 25 tahun Adam yg berada dekat kami pun cakap dia nak kahwin juga.
"Adik nak kahwin dengan sapa?" tanya aku.
"Kawan adiklah." jawabnya selamba.
"Kawan adik yang mana?" tanya emak Adam pula.
"Ermm .... kawan adik kat sekolah," jawab dia lagi setelah berfikir sejenak.
"Mana adik ada kawan kat sekolah sebab adik belum sekolah lagi." kata aku ingin menguji.
"Adaaa." jawab dia tak puas hati bila mendengar aku kata dia takde kawan sekolah.
"Kalau dah kahwin nanti adik nak bagi isteri adik tu makan apa?" tanya aku lagi.
"Adik bagi dia makan jagunglah!" balas dia.
Aku dan emak Adam ketawa terbahak-bahak mendengar jawapan Adam itu sebab kami tak sangka dia akan beri jawapan macam itu.
"Adik ingat isteri adik tu anak ayam ke?" tanya emak dia.
Inilah kalau budak 4 tahun nak kahwin ..... huhuhu
takpe adam.. makan jagung pon kenyang tau.. meh kakak tunggu adam yek.. ahakss~
ReplyDeleteBetul ke kakak sanggup nak makan jagung setiap hari ni? Mahu tercabut dagu nak kunyah jagung tu .... huhu
Deletekeranamu adam.. ehh.. ini bukan adam(aaron aziz ke?) alaaaaa.. kakak nk adam yg tuh je.. hahaha~
Deleteboleh tahan kakak ni ... hahaha
DeleteJagung pun jagunglah......hahaha
ReplyDeletebetul tu. Janji jangan kebulur anak dara orang tu .... hehehe
Deletejagung + kelapa parut + garam + gula =sedapppp
ReplyDeletekalau sekali sekala makan benda tu memang sedappp.
DeleteKalau setiap hari makan jagung mcm tu, mahu mengamuk bini tu .... huhu
tah2 besar karang adam jadi tokei jagung hahaha
DeleteAmiinn.
DeleteKalau jadi tokei jagung makanan ayam tu pun boleh kaya sebab permintaan tinggi.... ngeee
tp yg penting semangat nak kawen tu...sudah ada. ni mesti kes kawen muda esok2
ReplyDeleteKami rasa dia tak faham pun kahwin tu apa sebenarnya.... huhuhu
DeleteAbang2 dan kakak2nya pun belum ada yg kahwin. Takkanlah Adam yg bongsu ni dah nak kahwin .... ngeeee
Alaaa..Adam muda sanga tlagi..kalau tak boleh masuk senarai calon menantu ...ahakss... ..anak bongsu saya dah 10 tahun ...ngeeeee
ReplyDeleteAbang Adam si Haikal boleh kot sebab dia dah 11 tahun. Dah masuk jawi pun ... hehehe
Deletehahaha..saya pun tumpang gelak
ReplyDeletemakan jagung je?huhu
oklah dr jiran sebelah makan tulang je buat sup
Kami dah tanya dia soalan yg sama 2-3 kali selepas kejadian hari tu. Jawapan dia sama juga. Nak kasi makan jagung, Tapi kali ni Adam kata kasi makan jagung dgn nasi .... hehehe
DeleteJiran Irfa makan sup tulang setiap hari ke? Sedap juga tu ... ngeee
salam YB :)
ReplyDeletebleh tahan Adam ek?? hari tu masa bz dengan preparation kawin, anak buah pun sebok la nak kawin jgk..dia kata mana aci, tok kawin, wan kawin,ibu kawin, maklang kawin, paklong kawin, acu kawin..so dia pun nak kawin jgk! time tu umur dia blum masuk 3 tahun pun tau.. :D
Waalaikum salam,
DeleteItulah bila dia tengok emak bapaknya sibuk citer pasal kahwin, dia pun ikut nak kahwin jugak. Dia ingat kahwin tu dua org lelaki dan pompuan bersama gitu2 aje kot.
Wah anak buah awak lagi hebat. Baru 3 tahun dah nak kahwin. Kiranya dia akan jadi pengantin paling muda di Malaysialah kalau dia kahwin hari tu .... ngeeee
Nasib baik Adam yg cakap cam gitu bukan bapak Adam...hehehee...
ReplyDeleteKalau bapaknya yg cakap mcm tu kesian pulak emak Adam 25 tahun makan jagung .... hehehe
Deletebagi makan popcorn pun ok Adam... Eheh...
ReplyDeleteBagus idea Kak GB tu. Sambil tu bolehlah Adam dan isteri Adam tengok movie .... hehehe
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteMakan jagung rebus hu hu hu mmmmm dah lama x mkn jagung rebus ;)
Waalaikum salam anyss,
DeleteJagung rebus best ooo. Biasanya tak cukup setongkol kalau makan .... ngeee
Tersenyum saya baca entri ni...Kelakar la Adam ni...
ReplyDeleteSaya pun suka melayan anak2 saudara yang petah bercakap.. Kadang2 bila mereka banyak bertanya, makciknya pula yang mati kutu tak tahu nak jawab..
Budak2 bila bercakap kadang kita tak sangka apa yg akan dikatakannya.
DeleteOh anak2 sedara Nur pun jenis petah bercakap ya? Best kan layan budak2 mcm tu w/pun memang ada masanya kita mati kutu tak tahu apa yg jawab .... ngeee
takpe. boleh kurus makan jagung hari-hari :)
ReplyDeleteOh mungkin itu rahsia Adam nak isteri dia makan jagung. Biar sama2 kurus sebab Adam memang tak gemuk .... hehehe
Delete