Semalam semasa keluar minum dengan rakan bisnes aku, memberitahu ada seorang kawannya telah kehilangan RM25,000 kepada kontraktor yang sepatutnya membuat ubahsuai kepada rumahnya.
Perkara ini terjadi kerana dia percaya sangat dgn kontraktor tu lalu menyerahkan wang sebanyak itu untuk membeli barang.
Aku kenal dgn kontraktor yg nak renovate rumahnya itu sebab aku pernah minta bantuannya utk buat kerja2 kecil di rumah aku tak lama dulu. Dia dari Seberang. Dah lama tinggal di negara kita dan telah buat rumah di sini. Tengok rupa memang muka inesen. Tapi mungkin bila dah pegang wang 25K mata jadi gelap. Bila dah gelap mata, duit tu dibawa lari!
Ini bukan kes pertama org nak renovate rumah kena kapur. Ada yg dah siap separuh rumahnya kontraktor cabut. Duit pula dah habis bayar. Terpaksa cari duit lagi dan tukar kontraktor.
Nasihat aku kepada sesiapa yg nak renovate rumah:
1) cari kontraktor yang berwibawa dan kalau boleh yg dikenali. Main panggil aje kontraktor yg mengiklankan syarikat mereka melalui kad bisnes yg dimasukkan ke dalam peti surat kita bukan satu idea yg bagus kerana kita tak tahu kebolehan dan integriti kontraktor itu.
2) kalau tak kenal mana2 kontraktor yg berwibawa, tanyalah kengkawan atau jiran yg dah buat renovation dan mendapat khidmat yg memuaskan dan harga yg berpatutan
3) bila dah dapat kontraktor dan telah bersetuju dgn harga dan jadual kerja, jangan berikan wang melebihi daripada yg diperlukan utk kerja di peringkat tersebut. Contohnya jika keseluruhan harga projek ialah RM50K mungkin anda hanya beri kontraktor itu RM10K untuk membeli barang peringkat awal. Lebih baik lagi jika anda sendiri pergi membayar harga barang tersebut di kedai hardware setelah kontraktor itu membuat pesanan. Jadi anda tak perlu memberi duit itu kepada kontraktor tersebut.
4) kontraktor biasanya membayar gaji pekerjanya dua minggu sekali. Maka anda hanya membayar upah kerja setiap dua minggu berdasarkan kemajuan projek. Bayar upah kerja itu pada hari gaji mereka.
Inilah di antara tip yang boleh anda amalkan untuk mengelakkan daripada ditipu oleh kontraktor yg tak bertanggungjawab.
Salam Sejahtera YB,
ReplyDeleteDah siap kerja, akak hold 5% selama 3 bulan supaya apa2 komplen spt ada kebocoran atap, laluan air sangkut, elektrik trip boleh dipanggil semula. Insha Allah dia akan datang semula.
Salam sejahtera Kak Nanie,
ReplyDeleteMemegang retention sum adalah satu tindakan yg wajar utk memastikan sebarang kecacatan dibaik pulih dgn segera. 5% adalah satu jumlah yg biasa dipegang. Kontrak2 besar juga pegang 5% tapi bagi satu tempoh waktu yg lebih lama iaitu di antara 12 - 18 bulan. Bagi kerja renovation rumah saya tak cadangkan melebihi 3 bulan kerana keuntungan kontraktor tu pun bukanlah banyak sangat. Kalau kita dah pegang 5% tu sampai setahun atau lebih, kesian mereka.... huhuhu
tips yang sangat berguna ...
ReplyDeleteThanks YB
Welcome Chenta.
DeleteSemoga ada kebaikan yg dapat diambil dari entri ni.
Tip yang bagus dari oarang yang berpengalaman.
ReplyDeleteSaya pernah jadi pelanggan dan juga kontraktor. Saya boleh agak apa yg bermain di fikiran kedua2 pihak.
DeleteNak kata saya berpengalaman sangat tu tidak jugaklah .... huhu
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTips yang sangat berguna.
makcik kawan saya kena kapur 150K kerana sangat percaya dgn kontraktor. rumah berlobang sana sini, duit dah tak ada...kena cari duit baru. Bila siap sepenuhnya renovet, dah macam beli rumah baru pulak ----> itu konon2nya kontroktor yang bagus dirakemen sedara mara sendiri.
Errrr Tuan Blog ni ada nak rekomen mana2 kontraktor utk renovet umah tak?
Waalaikum salam anyss.
DeleteTerima kasih kerana mendapati tips ini berguna.
Banyaknya makcik kawan anyss kena kapur. Tapi saya percaya ramai juga org yg kena kapur sampai banyak tu atau lebih lagi. Bila sedara mara rekemen ni pun bukan boleh percaya sangat. Biasanya mereka cakap yg bagus2 aje. Kalau mereka kena kapur sikit2 tu malu nak cakap takut org kata bodoh boleh kena tipu org.
Kat mana rumah yg nak renovet tu? Kalau kami tak sibuk, pekerja saya pun boleh buat w/pun biasanya kami lebih kepada projek yg agak besar ... ngeeee
Assalamualaikum...sy ade buat house reno,makcik anyss kat are mane tu? kalau berminat blh bg details kat email sy mdazmit@yahoo.com.my. t.kasih
DeleteDah siappun rumah dia...lagipun daku takut nak rekomen, tak pepasal tersangkut sama kepalaku kalau problem lagi hu hu hu
DeleteGood info. Kadang-kadang hak yg kita kenal/sedara mara pun dok kapur duit kita juga.
ReplyDeleteAdik saya kena kapur dek pakcik sedara dekat 30k. Rumah x siap. Duit habis dia joli pergi judi. Padahal melayu islam tu. Bila nak tuntut balik duit. Dia buat2 sakit. Kata kita 'buat ilmu hitam kat dia'. Gila betul.
Kami renovate rumah sg ptani baru ni bayar 3 kali.... mula kerja, 50% kerja & penghabisan kerja. Tingkap pecah masa pasang grill,kontraktor kena ganti :)
Betul tu. Dulu nenek sedara saya pernah kena kapur oleh sedara sendiri masa dia nak besarkan rumahnya. Duit dah diambil tapi kerja tak jalan.
DeleteKesian adik awak tu. Bukan senang nak kumpul duit 30K. Tiba2 bila nak renovate rumah pakcik sedara kapur pula duit tu. Tambah menyakitkan hati duit tu digunakan utk berjudi.
Alhamdulillah rumah SP awak dah siap. Cantik at least bahagian dalamnya yg saya nampak dari gambar yg awak tunjukkan. Gambar luar ada tak?
Saya dirompak setelah siap kerja2 pembaik kan kitchen cabinet dirumah saya...kontraktor nya orang seberang tapi dah bermastautin di Malaysia lama dan tinggal berjiran dengan rumah arwah mertua....Polis mengesyaki rumah saya di rompak oleh kontractor itu sebab kerja siap tak sampai 3 minggu perompak pun masuk dan tahu kat mana saya simpan kunci semua dan lat sehari ada rumah dirompak juga di kg medan dan modus operandi nya juga sama iaitu repair garage tuan punya rumah, kerja habis dalam tiga minggu dan terus kena rompak...polis kata kontraktor saya tak buat tapi mungkin dia panggil kawan2 dia...polis tak boleh tangkap kontraktor tu sebab tak ada bukti tapi saya puas hati sebab 2 dari perompak itu telah ditembak mati di Marang..polis ada kesan jari nya dirumah saya so polis kata orang yang sama merompak rumah saya.
ReplyDeleteTakutnya!
DeleteBenda2 ginilah yang nak elak. Kalau takat pakai mangga je, mmg tak banyak membantu sbb depa boleh je potong
Sharifah Rosidah - perkara mcm tu memang pernah juga terjadi. Kontraktor tu pakat2 dgn rakan2 mereka utk merompak rumah yg mereka telah selesai buat kerja. Mereka tahu mcmana nak masuk ke dalam rumah dgn senang. Kadang2 ada jerigi yg tak dipasang dgn rapi supaya senang kawan mereka nak pecah masuk.
DeleteKalau jadi kes mcm ni memang kita jadi fobia sebab pencuri tahu kelemahan rumah kita.
Jauh juga perompak rumah awak tu beroperasi - sampai ke Marang. Tapi bila dah ajal kemana2 pun akan mati juga. Crime doesn't pay.
Anyss - kalau ada bajet saya sarankan pasang penggera. Setidak2nya bila alarm tu berbunyi pencuri akan lari kalau mereka jenis yg penakut.
Deletememang kerja dengan orang seberang bahaya pun.
ReplyDeleteseeloknye baik kita beli barang sndiri dan bayar upah kerja je kat diorang.
bukan tentu diorang beli barang betul ke tidak...
Kalau kita pandai beli barang dan ada masa berbuat demikian takpelah. Masalahnya sebahagian besar daripada kita tak tahu apa barang yg nak dibeli, kuantitinya dan di mana nak beli dgn harga yg berpatutan.
DeleteKalau kita jenis yg macam itu satu cara ialah suruh mereka order dulu dan kita datang buat pembayaran kat kedai barang tu.
tips berguna YB.. terbaik~
ReplyDeleteHarap dapat membantu awak bila nak renovate rumah nanti.
Deleteya betul apa yg YB cakap tu..
ReplyDeletekalau tidak kita yg kena
Dah ramai yg terkena pun .... huhu
DeleteSaya ni nak cari tukang repair bumbung.. Habis siling hitam gara2 bumbung bocor.. Dah banyak kali dah panggil tukang buat rumah tu betulkan tapi masih ada lagi yang bocor...
ReplyDeleteLagi satu, mak saya ni kalau boleh nak jugak tukang yang sama buat apa2 kerja kontrak kat rumah (jika ada).. Lagipun dah biasa dengan orang tu dan pekerja dia.. Masalahnya, si tukang tu sibuk manjang... adehh..
Kerja repair bumbung ni memang org malas nak buat sebab leceh. Kalau tak pandai memang bocor semula. Nasihat saya kalau ada kontraktor yg sanggup buat, tanya dia dulu mcmana dia nak selesaikan masalah itu. Kalau alang kepalang lebih baik tak usah. Biar belanja lebih sikit asalkan hasilnya memuaskan dan boleh bertahan lama.
DeleteApa yg emak awak buat tu adalah baik. Kalau tukang tu sibuk, kenalah booking dia sebelum dia habis kerja dia sekarang. Jadi habis aje kerja skrg suruh dia buat kat rumah emak Cik Azz pulak.
Saya ada hajat nak renovate rumah juga. Mungkin tahun depan kot. Nanti saya contact Bang YB yaaaa...
ReplyDeleteKawan punya pasal bolehlah saya cuba kalau tak sibuk dgn projek lain. Saya ada satu team yg buat kerja2 renovation kecik2 ni.
DeleteNanti bila nak buat tu calling2
Syg nanti nak renovate rumah, nak minta quotation dr tuan YB tu je.. Confirm x kena kapur.. ;)
ReplyDeleteErr.. Bayang tapak rumah pun blm nampak lg.. Silap2 co. YB dah tak ambik projek ciput2 ni once me own a house.. :(
- m3
Bila syg nak renovate rumah? Oh ya rumah yg kat mana? .... hehehe
DeleteKalau co saya dah tak ambik projek ciput2 saya pastikan ada org yg boleh dipercayai tolong awak jalankan projek awak tu.... hehehe
salam YB,salam kenal..
ReplyDeletesy baru je renovate umah.renovate kecil2an je tambah ckit bahagian dapur.so far ok,kontraktor ok,pekerja ok,bayaran pun ok..alhamdulillah..
Waalaikum salam zie. Terima kasih sudi singgah dan komen di blog saya ni.
DeleteAlhamdulillah semuanya berjalan lancar dgn renovation rumah zie tu. Nanti bila ada bajet bolehlah tambah lagi dan kalau dapat kontraktor yg sama pun ok jugak.
Tips yang bagus.. Takut saya membaca kisah2 rakan blogger lain.. Minta dijauhkan perkara yg tidak diingini tu.. Susah nak percaya pada orang luar..
ReplyDeleteBila kita berkongsi tips seperti ini memang akan ada rakan2 blogger lain yg mempunyai pengalaman yg berkaitan. Kalau baca kisah mereka, kita boleh jadi takut. Tapi tujuan mereka adalah supaya kita berhati2 bila mengupah seseorang yg kita tak kenal utk buat renovation rumah kita.
DeleteMinta Izin YB...Tumpang IkLan..
ReplyDeleteOPTIMUS MIND ENTERPRISE (AS0347603-U) email: harmizi73@gmail.com
menjalankan kerja-kerja House renovation & Plumbing Works di gombak,kl,rawang dan disekitarnya..
Sokonglah Kontraktor Tempatan dari memilih org dari seberang..
Saya berpengalaman selama 7 tahun dalam bidang pembinaan projek kerajaan..skg ni buka perniagaan sendiri bermodalkan pengalaman dan lesen kelas F..banyak rumah nampak cantik tapi tidak berkualiti..maksudnya utk jangkamasa panjang akan berlaku masalah..
pengetahuan berkenaan campuran simen, size besi owner patut ambik
tahu..dinding yang terlebih kapur akan cepat retak..kenapa tukang suka letak kapur banyak..sebab mudah kerja,kerja cepat supaya untung banyak..kenapa longkang rumah mudah pecaah mudah hakis..sebab kapur banyak..kilang kurang campur simen supaya untung banyak..jadi gunalah longkang seramic/clay supaya tahan lama..
Nak lagi cantik solat istikharah sebelum pilih kontraktor..30K - 40K..bukannya sikit duit..
Sy nak renovate, sedang berbincang2 dgn tukang , cadang mau lumpsum saja, sbb sibuk, nak mmbeli. Info tuan mbantu sikit sebanyak. Mcm mana ye nak serahkan duit kpd tukang dgn selamat sampai siap nya rumah?
ReplyDeleteMaaf saya lambat membalas. Harap rumah shaqza telah siap sepenuhnya dgn jaya.
DeleteKalau masih dalam proses mencari kontraktor atau sudah dapat kontraktor tapi kurang arif dalam hal nak serahkan duit ini yg biasa diamalkan:
1) bayar jumlah yg memadai utk kontraktor membeli barang untuk memulakan kerja itu.
2) setelah sebahagian kerja itu siap, bayar lagi berdasarkan upah utk kerja yg siap.
3) bayar pula untuk membeli barang seterusnya. Pada ketika ini biasanya kontraktor hendak beli barang utk kemasan spt jubin, sinki (kalau buat dapur), mangkuk tandas (jika buat bilik air) dan cat.
4) bayaran terakhir hanya dibuat setelah semua kerja siap. Biasanya dalam 10% nilai keseluruhan projek.
Tima kasih atas tips2 yg berguna. Saya sedang renovate rumah...kos upah sahaja, barang2 semua beli sendiri..sebelum buat pemilihan kontraktor, saya dapatkan 4 quotation (semua kontraktor atas rekomen kawan2). Alhamdulillah hampir siap, walaupun penat ke sana-sini beli barang, sekurang2nya saya dapat berjimat. Kebanyakan barang2 saya beli waktu jualan gudang....sgt2 berbaloi
ReplyDeleteTahniah kerana berjaya berjimat di dalam proses renovate rumah itu. Tak semua orang rajin atau tahu kemana nak dituju utk membeli barang2 pembinaan dgn harga murah. Itu sebab mereka lebih senang serahkan saja kepada kontraktor. Bagi kontraktor yg pandai mengambil kesempatan, inilah peluang nak sembelih tuan rumah.
DeleteTapi saudara telah berjaya membeli barang2 itu pada waktu yg tepat iaitu ketika jualan gudang.
Lain kali boleh berkongsi pengalaman ini dgn rakan2 dan jiran2.
salam saudara, boleh bagi contact/email kontraktor yg saudara upah tu? bagus tak hasil nya?
Deleteassalam saudara, boleh bagi contact/email kontraktor yg saudara upah tu? bagus tak hasil nya?
DeleteAssalam saudara, boleh bagi contact/email kontraktor yg saudara upah tu? bagus tak hasil nya?
Deletetuan saya nak tanya, kalau saya nak renovate rumah bahagian depan nak tambah bilik n balkoni, perlu buat plan dgn majlis tak....saya beli barang dan upah org buat keja,,saya dok klang...so dengan MPK lah....boleh kena saman ke...mahal tak kalau buat plan
ReplyDeleteMemang perlu buat plan dan dapatkan kelulusan dari MPK. Kegagalan berbuat demikian boleh mengundang diambil tindakan oleh pihak MPK.
DeleteSaya cadangkan anda pergi ke pejabat MPK dan berbincang dgn mereka mengenai perkara ini. Mereka juga biasanya boleh mencadangkan akitek atau jurutera yg boleh anda ambil utk buat plan itu.
Salam, Tuan YB.
ReplyDeleteSaya baca tips tuan ini setelah saya sudah jadi mangsa penipuan oleh kontraktor yg renovate rumah saya. Kos renovation yg saya dah bayar hampir 90% dari kos keseluruhan projek yg dipersetujui bersama. Namun progress nya tak setara jumlah yg dibayar. Saya diberi jaminan palsu yg rumah saya akan siap tapi tak siap2 setelah beberapa bulan melewati tarikh asal cadangan siap. Saya terpaksa hentikan khidmat kontraktor ini dan gantikan dgn kontraktor baru. Tp kontraktor lama tak nak bayar gantirugi atas lebihan bayaran.
Saya telah rugi besar (lebih kurang 50k) kerana ambil kontraktor ini. Macamana saya nk buat tuntutan, aduan agar saya dapat balik jumlah wang dan kerugian dari projek ini?
Mohon nasihat tuan yang berpengalaman.
Waalaikum salam,
DeleteSaya bersimpati dgn apa yg telah menimpa tuan di dalam kes ini. Ini bukan kes terpencil malah kerap terjadi kepada org yg renovate rumah. Salah satu sebab terjadinya perkara begini ialah kontraktor tersalah memberi sebut harga. Mungkin dia masuk harga rendah utk dapatkan kerja ini tapi bila mereka mula buat kerja barulah mereka sedar tak cukup bajet.
Jika tuan ada kontrak rasmi yg dimatikan setem dgn kontraktor ini, peluang utk mendapatkan semula semua atau sebahagian daripada bayaran RM50K tu ada w/pun bukan mudah. Tapi jika tiada kontrak, adalah sukar utk dapatkan semula duit tu. Maaflah jika jawapan saya ini tidak seperti yg tuan harapkan tapi itulah hakikatnya.
Kalau tak dapat duit tu berdoalah Allah beri tuan ganti duit daripada sumber lain yg mungkin lebih banyak lagi.
Kena pergi tribunal pengguna.bawak resit apa semua.biasanya 99% pelanggan menang.
DeleteAs salam,
ReplyDeleteSaya nk reno rumah flat yg insya Allah dalam ms 3 bulan lg saya akan dapat kunci.lama juga rupanya proses nk beli rumah low cost ini.rumah tu tak besar hanya 650 sqft. saya nk buat lantai/pasang tiles, dapur & kabinet dapur dengan budget yang terhad. saya masih mencari kontraktor yang boleh dipercayai.boleh YB atau siapa2 cadangkan nama kontraktor yang bagus dan blh dipercayai?
Assalamualaikum tuan rumah..
ReplyDeletebole masuk? hahaa
saya sekarang ni tgh renovate rumah, sekarang ni sudah berjalan seperti biasa.. saya mula mencari kontraktor, dalam 4 ke 5 orang untuk dapatkan sebutharga. last2 sy dapat sorang kontraktor ni, bincang punya bincang, dia pun bagi harga n saya setuju.. lbh krg 30K ++.. saya buat keseluruhan dalam rumah iaitu pasang plaster siling + konis, tukar semua pintu bilik 3, pintu dapur 1, pecah dua bilik air, dari 1 jadi 2.. buat loteng bilik tengah, pasang awning belakang dan depan, ubah bumbung depan.. kerja2 sekarang ni tgh berjalan.. tp x seperti yg diharapkan..
kerja2 sepatutnya dah siap untuk bahagian dalam rumah dengan bayaran yg saya dh bg pd dia.. tp sekarang ni minta duit lagi, duit saya dah bayar dlm 80%, kerja saya rasa baru dalam 60% camtu jer.. hmm.. sekadar meluah jer..
**sekarang ni tgh risau takut kontraktor tu xleh siap renovate bhgian dalam rumah jer.. sbb duit/ modal yg saya bagi dah cukup untuk siapkan dalam rumah..
sekian
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSya tlh melantik kontraktor yg berdaftar dgn cidb utk bina sebuah banglo 1 1/2 tgkt area tsk glgr. Kerja pembinaan bermula ogos thn lps. Mengikut perjanjian ogos 2012 ~april2013. Perjanjian dah tmt tp kerja x siap. Bhgian atas n bumbung lsngsung x siap. Pintu, tgkp, bilik air semuanya x siap. Bila talipon mcm2 alasan. bg tempoh kat dia untuk siapkan bumbung sampai hjng bulan 4, dia terus diamkan diri. Akhirnya kami minta dia hentikan kerja. Dan minta dia pulangkan duit yg terlebih byr dan bg pecahan kos secara detail, mcm2 alasan pergi umrah, lps raya la dan ntah apa lg. Dah kenal lama tp x sangka perangai dia mcm ni. Mgkn saya akan teruskan aduan ke cidb. Skrg ni dia tgh siapkan 2 projek lain di tmn alamanda. So sesiapa yg nk renovate n bina rumah hati2 la dgn kontraktor ni. Pejabt dia di Bertam & SP. Skrg kami terpaksa cr duit lain untuk siapkan kerja yg terbengkalai. Sblm ni dia yg sudahkan rumah terbengkalai skrg kerja dia pula terbengkalai. Kami dah byr 165k anggaran siap dalm 100k+.
Assalamualaikum....sy brcadang untuk mmbuat major renovation rumah.....brcadang untuk ambil satu sy. Kontraktor wanita melayu di sepang....tak berani untuk ambil indon atau orang persendirian yg direkomenkn sbb anggaran yg kami peruntukan agak tinggi...tertarik sbb co.ini akan lukis pelan dan design bg rumah kami dan akn sediakn quotation n jadual progress kerja....cuma nk brtanya perlu atau tidak matikan setem pd kontrak......walaupun hati dh setuju tp rs takut tu masih ada...maklumla bukan senang untuk dptkn dan keluarkn budget sebnyak 80k...
ReplyDeleteWaalaikum salam.
DeleteDaripada penerangan Tuan saya rasa ini kontrak Design and Build secara turnkey. Harga kontrak ditetapkan pada 80k. Makna tiada kos tambahan diperuntukan. Walau bagaimanapun sila perhatikan klausa mengenai kos tambahan atau Variation Order. Pastikan ianya (jika ada) adalah saksama utk kedua2 pihak iaitu pihak Tuan dan kontraktor.
Adalah lebih baik matikan setem. Baru RM10. Jika terjadi apa2 boleh dibawa ke tengah.
Pada jadual kerja itu cuba tanya berapa banyak resources contohnya jumlah pekerja dan peralatan yang akan digunakan. Kalau dia cuma menyediakan 2-3 org pekerja, lambatlah nak siap.
Sy nk repair lantai pasang mozex baru..
DeleteSy di penang sg nibong. Sedang mencri tukng repair. Boleh tlg recommend sapa2 yg cekap dlm hal ni. Tq tuan
Assalamualaikum
ReplyDeleteAmat berguna dan membantu dengan panduan yang en.yunus berikan. Amat berguna terutama buat kami yang kurang faham dan mahir berkenaan pembinaan dan ubahsuai. Memang mudah untuk dikena tipu jika tidak faham dengan kerja2 pembinaan ini.
Saya sekarang ini mengalami masalah lantai atas yang leaking air menitis jatuh ke ruang bawah. Ia telah berlarutan hampir 6-7bulan. Kami tidak tahu untuk menghubungi kontraktor mana kerana takut ditipu. Harap dengan kepakaran en yunus, dapat membantu saya dan keluarga atau mencadangkan kontraktor yang boleh dipercayai untuk masalah lantai leaking di rumah saya.
Harap dapat maklumbalas dari pihak en.yunus.
Jika boleh emailkan ke saya di-
elly_musbah@yahoo.co.uk
Terima kasih...
assalammualaikum..sy bercadang nak renovate rumh..nak pecahkan 1 bilik utk luaskan ruang tamu kemudian nak tambah ruang depan tempat letak kereta..pasang bumbung dan pagar..anggaran berapa kosnya..sedang mencari kontrator yang sesuai..
ReplyDeleteAssalamu'alaikum,
ReplyDeleteNak tanya... Baru-baru ini saya suruh kontraktor indon tukar paip saliran dan paip air yang pecah kat bilik air. Then suruh dia pasang tiles sekali bagi nampak cantik sikit. Sekarang ni, tiles di bahagian atas (dekat siling) dah berlainan warna.... semua tiles warna oren.... bahagian bawah oren pekat... lepas tu ade border... bahagian atas light oren (lebih kepada putih).... tetapi lepas habis pasang semua jubin, baru perasaan ada jubin kat bahagian atas warna light blue (sama - lebih kepada putih)... boleh keh tiles tu buka balik?
Kami adalah kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan SSM. Jika anda sedang mencari kontraktor atau bekerjasama dengan kami. Kami mempunyai kepakaran selama 10 tahun dengan Projek Kerajaan atau Swasta, Bina Baru Rumah atau Banglo, Kerja Ubahsuai dalaman atau sambung rumah, Kerja Ubahsuai pejabat. Kami juga mamasang tile sahaja, cat sahaja, ceiling sahaja dan pelbagai lagi.
ReplyDeleteKami ada team sendiri seperti Plumber, Elektrikal, Tiler, Aluminium window. Kami ada kepakaran pada setiap peringkat kerja, ada site engineer dan site supervisor. Kami beroperasi di seluruh Selangor Dan Kuala Lumpur. Tel:0360345327
Kami adalah Syarikat Kontraktor Bumiputera yang Amanah dan Berwibawa. Berdaftar dengan SSM, PKK, CIDB dan Kementerian Kewangan. Berpejabat di Alor Gajah. Bersedia ke mana saja untuk memberikan khidmat ubahsuai dalam dan luaran rumah dengan pakej harga patut menepati kemampuan yang setanding kualiti.
ReplyDeleteSyarikat kami berlesen dengan CIDB Gred G1 bagi Sub Kepala B28- Pakar Ubahsuai, B02- Pakar IBS Sistem Kerangka Keluli, B03- Pakar kerja Pemulihan dan Pemuliharaan Bangunan, B08- Pakar Pemasangan Bahan Kalis Air, B13- Pakar pasang jubin dan kerja lepaan, B12- Pakar Aluminium / Keluli / Kaca, B14- Pakar Cat, B15- Pakar Bumbung dan Cladding Logam dan B24- Pakar Penyenggaraan Bangunan.
Bandingkan harga, kualiti dan kewibawaan kami. Usah terpedaya dengan mereka yang tidak berlesen dan tidak diiktiraf kepakarannya. Ramai yang sudah terkena, tertipu dan alami kerugian. Jangan jadikan diri anda sebahagian dari statistik mangsa penjenayah. Hubungi kami sekarang.. 0196238062 sms / whatsapp..
Macam mana saya hendak hubungi tuan yunus? berhasrat untuk mendapatkan khidmat renovate rumah dari kalangan kontraktor yang jujur dan ikhlas. mohon emel saya di mysuffian@gmail.com. syukran.
ReplyDeleteassalam tuan YB bole recommand contractor di kawasan johor bahru.?
ReplyDeleteBagus info ni..Sikit sebanyak membantu kerana saya pun ingin renovate rumah.Ingat selepas renovate baru nak masuk barang. Tuan blog ada nak rekomen kontraktor yang sesuai..Rumah saya di Seberang jaya.
ReplyDeleteassalamualaikum tuan dan puan ...sekiranya tuan dan puan memerlukan khidmat untuk mengubah suai rumah dg harga terjangkau dan hasil yg memuaskan ..tuan dan puan boleh hubungi saya
ReplyDeleteno phone : 0143446124 dan 0104654955
email :awieravensky@gmail.com
Adi
Tuan,sy bcadang nak buat rumah.apa beza kontraktor yg ada cidb dgn yg xde cidb?
ReplyDeleteKami berpengalaman dalam bidang pembinaan pejabat (swasta dan kerajaan) juga perumahan....hubungi saya untuk sebutharga...insyaallah menepati harga yg berpatutan...
ReplyDeleteWhatsapp @ tel : syazman 0133972827 @ 0389252380