Friday, October 19, 2012

Sambung Belajar Di Universiti Rupanya Nak Kahwin Dgn Isteri Orang

Ada seorang pembaca blog aku meninggalkan komen pada entri aku yg bertajuk "Mengapa Lelaki Bila Berjumpa Gemar Cerita Nak Pasang Lagi".

Komen itu belum aku siarkan kerana ianya memerlukan moderation sama seperti komen2 di entri aku yg sudah lebih 4 hari.

Begini komen dia:


Saya terjumpa surat cinta suami kepada kekasihnya (isteri orang). Dalam suratnya suami saya katakan he's happily married tapi kekasihnya tak bahgia dengan suaminya. Pendek cerita mereka ikat janji untuk nikah dalam 5 tahun kerana kedua mereka masih belajar (pos siswazah). Salah siapa kerana yang mula menggoda dan katakan sedia jadi isteri kedua adalah si perempuan? on Mengapa Lelaki Bila Berjumpa Gemar Cerita Pasal Nak Pasang Lagi?

Sukar untuk aku menjawab soalan 'salah siapa' kerana lain org ada lain pandangan.  

Pagi ni aku postkan komen pembaca ini di fb aku. Banyak komen2 menarik yang telah diberikan oleh rakan2 fb. Di antaranya adalah seperti berikut:

Nabilah Hj Malik *speechless*
1st, we need two to tango..
2nd, communicate, assumptions make things worst.. 
3rd, heart perempuan = sekeping papan, bila Dah tersalah paku, paku blh cabut tp bekas ttp ada.. 
4th, berdoa la.. Doa sungguh2.. 
Kesian, a 15 cent note fr me~ 
May Allah grant us with His wisdom.. Jgn Dia tinggalkan kita walau sedetik pun dlm hidup lg2 dlm membuat keputusan..


KakTiny Azleen nk ja aku jumpa laki dia tu!!.. jugak yg bini tu!!.. meh la aku jumpa dua-dua org!!.. haisshhh.. bab2 cam ni mmg sensitif betul la pd pandangan dan telinga aku!!.. grrrrr....

Mashita Yaakob kalo sy yg jumpa surat tu, maka SELAMAT JALAN ROMEO....eleh, dia ingat dia punya saham je tinggi, kita punya saham belum tau lagi???? And nasihat sy pada org yg jumpa surat tu...TERUSKAN HIDUP n JANGAN TERTANYA2 APA SALAH DIA SEBAB ARWAH NENEK SY PENAH KATA KALO LELAKI NAK MENIPU OR MENDUATIGAKAN ISTERI DIA, CONFIRM DIA AKAN GUNA 1000 ALASAN.

Orang lelaki pun ada juga yg memberi komen.  Di antaranya ialah:

Hj Matt Sesungguhnya setiap hamba Allah itu telah tertulis perihal kehidupannya di dalam " LUH MAHFUZ ".
Rasulullah SAW bersabda: “Telah ditulis oleh Allah takdir seluruh makhluk 50,000 tahun sebelum Dia menciptakan langit dan bumi.” - (H.R. Muslim)
Sabdanya lagi: “Allah telah menetapkan 5 perkara bagi setiap hambaNya yakni ajalnya, rezekinya, umurnya, untung nasib buruk dan untung nasib baiknya.” - (H.R. Ahmad)
Manusia hanya merancang dan berusaha mendapat apa yang dihajati namun hanya Allah SWT yang akan menentukan.

Kalau rajin nak tahu komen2 lain bolehlah ke fb aku.

Kepada yang bertanya, harap komen2 daripada rakan2 fb ini dapat membantu.


24 comments:

  1. errrr...errrr....sekarang ni memang banyak hal pelik2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu mungkin pelik tapi sekarang dah banyak terjadi.... huhu

      Delete
  2. Replies
    1. Hj Matt tu otai. Itu sebab komen dia siap dgn hadis ...

      Delete
  3. saya tak paham.maaf ;(
    pompuan tu jumpa surat suami dia kepada kekasihnya(isteri orang)
    yg tak bahagia tu sapa?suami dia atau kekasihnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tak bahagia adalah kekasihnya. Dia tu (suami pompuan yg hantar komen ni) kata di dalam suratnya dia bahagia (happily married).

      Kalau dah bahagia dgn isteri dia skrg entah kenapa pulak nak jadi hero ambil pompuan yg tak bahagia tu jadi isteri keduanya 5 tahun akan datang? Adakah ini saya niat murni utk membantu isteri org tu atau nak ambil kesempatan kerana gatal?

      Delete
  4. Replies
    1. Betul juga tu. Tapi kalau dah ada isteri dan dah hidup bahagia buat apa cari penyakit. ..... huhu

      Delete
    2. Ni bukan soal hati.. Ni soal nafsu... Kalau dah nafsu menguasai hati, memang payah la jawabnya...

      Betul kata YB tu.. Kalau masing2 dah bahagia, buat apa nak singkap lagi kisah lama.. Malu la sikit kat anak2... Itupun kalau ada rasa malu la, kan...

      Kalau tak bahagiapun, kenapa mesti cari orang yg sama sedangkan kita tahu orang tu dah bahagia...??

      Delete
    3. Cik Azz - dalam kisah di atas ianya bukanlah menyambung cinta dgn bekas kekasih. Lelaki itu berjumpa dgn rakan universiti tempat mereka sama2 melanjutkan pelajaran. Kiranya mereka berdua ni golongan mahasitua sebab dah ada keluarga masing2 semasa sambung belajar tu.

      Perempuan tu tak bahagia dgn keluarganya manakala lelaki itu takde masalah dgn keluarganya. Cuma dia nak jadi hero tolong perempuan yg tak bahagia tu.

      Lesson from this story: Janganlah gunakan surat utk melahirkan isi hati. Kan isteri sendiri dah terbaca .... huhuhu


      Delete
  5. saya pun speechless sbb perkara macam ni pernah terjadi kpd kawan baik saya semasa suaminya sambung belajar... kawan saya nekad berjumpa dgn girlfren suami dia...bersemuka, alhamdulillah sekarang rumahtangga mereka kembali bahagia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah antara cabaran bila suami isteri terpisah kerana melanjutkan pelajaran contohnya. Ada yg tewas dgn cabaran ini dan ada yg berjaya kembali ke pangkal jalan.

      Semoga kita diperlihara Allah daripada perkara2 yg tidak diingini

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita.

      Banyak pengajaran bagi mereka yg mahu mengambil pelajaran daripadanya.

      Kekayaan tak menjamin kebahagiaan w/p utk mendapatkan kebahagiaan dlm keadaan miskin itu lebih sukar dan mencabar.

      Delete
  7. Yb lepas baca apa yang saya tulis ni nanti saya delete, sebab tak best cerita benda2 macam ni kat sini. Saya cuma nak berkongsi tentang kecurangan orang yang bergelar isteri je...buat panduan untuk para2 isteri yang baca blog ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biarkanlah dulu buat seketika kerana niat kita bukanlah nak memalukan sesiapa tapi utk dijadikan pengajaran.

      Delete
  8. Paman,

    Kenapa diaorang janji 5 tahun je nikah? Harap2nya bukan mengikut ajaran Syiah.. Nauzubillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan mereka dah bernikah dan akan bercerai dlm masa 5 tahun. Tapi mereka sedang bercinta dan berjanji akan berkahwin 5 tahun lagi sebab sekarang mereka sama2 menyambung pelajaran.

      Delete
    2. ooo lahai.. salah kepahaman rupanya..

      eerrkkksss.... anyway anyhow.. sama parah.. mengalahkan budak2 undergrads yg bawah umur 20 thn bercinta jek.. kih kih kih..

      Delete
  9. YB boleh jadi kaunselor perkahwinan tau...hahaha

    ReplyDelete
  10. since aku nampak 'komen dua sen' aku tersiar, meh aku huraikan skit pendapat aku (sebab, takkan le aku nk pegi jumpa diaorg tu kan!.. aku mana kenai depa!!.. hehehe)..

    1- utk si suami tu - kalau pompuan tu tak bahagia dgn laki dia skrg ni, APAKAH KO RASA DIA DIJAMIN BAHAGIA bila lagi 5 tahun nanti dia jadi bini ko???.. kalau lepas 5 tahun jd bini ko dan dia jumpa jantan lain dan ckp yg dia tak bahagia dgn ko, AMACAM?.. sanggup ko terima??..

    2- untuk pompuan yg konon tak bahagia tu - kalau ko rasa tak bahagia dgn laki ko, cuba ko semak diri ko tu.. mungkin ko yg tak pandai nk membahagiakan org, maka itu ko tak dpt kebahagiaan!.. belajar utk memberi kebahagiaan sebelum meminta kebahagiaan.. isteri yg hebat adalah yg mampu memberi kebahagiaan dan membuatkan suami rasa cukup bahagia bersama kamu.. cari jalan menjadi isteri yg hebat, buka meruntuhkan kebahagiaan rumahtangga org lain utk mengejar kebahagiaan ANGAN-ANGAN!!.. tak tentu lagi kawen dgn laki org ni ko akan bahagia (kalau dh tiap2 hari kena sumpah seranah, ko rasa bahagia ke??..)

    3- utk bini kepada suami yg dlm kes ni - JIHAD seorang isteri itu ada banyak jalannya.. mempertahankan rumahtangga satu dari cabangnya!.. cuba tarik kembali suami yg hatinya mula goyang.. tawan semula kasih sayangnya.. semak diri di mana kekurangan sehingga suami tersangkut pandang kepada org lain!. Cari kelebihan diri.. jika ada anak, gunakan anak.. anak adalah senjata paling ampuh bg si ibu!.. cari taktik dan teknik memikat kembali hati suami supaya tidak terfikir, tidak terikut dan tidak tergerak utk menduakan anda!.

    - dan lagi.. minta pandangan dr keluarga terdekat - ibunya barangkali.. bersedia mendengar komen negatif tentang diri - akur menerima kelemahan diri dgn syarat, PERBAIKI DIRI.. TINGKATKAN IMAN!!.. mohon petunjuk Allah.. ujian ini adalah anugerah utk anda mendekatkan diri kepada Yang Maha Pengasih lagi Maha Mendengar.. Dia mendengar setiap doa.. doakan yg terbaik utk keluarga dan rumahtangga anda - dgn syarat, ANDA JADI MUSLIMAH YG TERBAIK - yang menjunjung Al-Quran dan As-Sunnah sbg cara hidup.. Meletakkan Allah di hadapan setiap keputusan.. meniatkan hanya kerana Allah utk setiap perlakuan.. memusatkan hati utk mencari redha Allah dlm setiap tindakan!!..


    ... MAAF!... aku bukan pandai dlm mengurus rumahtangga, aku juga masih belajar.. tapi, apabila melibatkan rumahtangga, cubalah sama-sama kita BELAJAR MEMBETULKAN YANG BIASA DAN MEMBIASAKAN YANG BETUL!!.. Letakkan Allah dan matlamat akhirat di hadapan setiap tujuan hidup kita.. NAFSU ITU LIAR SIFATNYA, IA PERLU DIKAWAL!!.. NAFSU ITU JUGA SENJATA IBLIS MENAKHLUK ANAK ADAM UTK KE NERAKA BERSAMANYA!!..

    Pengakhiran kita adalah kepada Allah jua - nak syurga atau neraka? tepuk dada tanya iman!!..

    JANGAN IMPIKAN SYURGA AKHIRAT JIKA SYURGA DUNIA PUN KITA TERABAI DAN TERTINGGAL.. KETENANGAN JIWA ADALAH KUNCI SYURGA DUNIA.. REDHA ALLAH ADALAH PINTU SYURGA AKHIRAT!!..





    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih berkongsi pandangan yg jitu dan sangat baik ini.

      Banyak point2 yg bagus yg Tiny ketengahkan utk renungan dan amalan kita semua.

      Sekali lagi terima kasih.

      Delete
  11. Yb minta maaf ya, saya delete sebab saya tak mahu kalau kawan2 saya atau sesiapa je google nama saya,mereka boleh baca...mana tahu sedara mara kawan saya ada baca, nanti marah pulak dia dengan saya.

    Dan lagipun jutawan kereta dah meninggal, saya tak mahu orang pandang serong kat anak anak dia yang handsome2 tu dan lagi anak anak buah saya rakan kongsi perniagaan dengan anak2 mereka.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails