Thursday, October 18, 2012

Hadiah Daripada Seorang Kawan

Masa aku balik dari surau tengahari tadi anak aku kata ada sebuah bungkusan untuk aku - sekeping sampul berwarna kuning yg sederhana besarnya. Tertera nama aku tapi tiada nama pengirimnya.

Bila aku buka ada bubble packing di dalamnya. Di tengah packing tersebut ada benda-benda ini:


1) Fridge maget gambar sampan nelayan dan perkataan Vietnam (maaf gambar tak rotate).


2) penanda buku diperbuat daripada buluh dgn lukisan tangan

Terima kasih kepada rakan blogger yg menghadiahkan cenderahati ini kpd aku. Ingat juga dia kat aku semasa dia ke Vietnam tu.

Maaf aku tak dapat beritahu identitinya di sini. Mahu dia mengamuk kalau tahu aku buat macam tu. Mahu putus kawan .... huhu.

BTW, ada satu lagi cenderahati daripadanya. Aku tak boleh tunjukkan di sini sebab ia akan memberi petunjuk agak jelas siapa orang yg kirimkan benda ni. Biarlah rahsia .... cewah.

14 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Ohhhhh! siapakah? Mengapakah?

    Sonoknya dapat kiriman ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam anyss.

      Adalah kawan blogger yg hantar. Kalau sebut namanya mesti ramai yg kenal sebab dia sangat femes. Dia ni low profile dan tak suka perkara mcm ni disebut. Kalau dia tahu saya buat n3 tentang pemberian dia ni pun mungkin dia 'bising'.



      Tentulah seronok dapat hadiah. Tanda org ingat kat kita.

      Delete
  2. Replies
    1. Memang cantik. Lain daripada yg selalu kita dapat.

      Dah ada beberapa org yg kata ianya cantik.

      Delete
  3. Untung lah yb dapat kawan2 blogger yang baik hati, saya macam boleh agak siapa bagi....ok saya saje teka ya jangan marah tau saja suka suka je ni..... Si pramugara encik riz yang bagi kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org memberi kita merasa, org berbudi kita berbahasa. Alhamdulillah saya ada ramai kawan2 blogger dan fb yg sudi memberi cenderahati kalau mereka melancong keluar negara. Ada juga yg memberi hasil kerja tangan mereka. Ada yg saya masukkan sebagai n3 di blog ini dan ada yg tidak.


      Tekaan awak tak tepat! Ini bukan daripada Riz w/p dia sering hadiahkan saya mcm2 sebelum ini. Ada dia bagi saya dan anak2 cokelat dari Jerman, KitKat teh hijau dari Jepun, cokelat dari Australia, kimchi dari Korea dan minyak wangi dari London.

      Delete
  4. Replies
    1. Tanda ingat kawan2 kpd kita.

      Alhamdulillah syukur ada ramai kawan2 yg mcm ni.

      Delete
  5. Replies
    1. MISTERI bagi pembaca blog tapi tak misteri bagi saya .... hehehe

      Delete
  6. wahhh.. bestnya.. YB bila nak hntar hadiah kat sy? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang bagi ni pun kawan GC jugak. Sebelum ni sering awak komen di blog dia.

      Tak tahu bila ... hehehe. Hadiah mcmana yg GC nak?

      Delete
  7. saya rasa saya tau sapa dia,
    yg misteri tu... tapi rasanya dia pergi
    saigon pada awal tahun ...

    dapat hadiah mm best walaupun bkn emas
    permata intan berlian, yg penting hadiah hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya bukan org yg awak sangkakan itu sebab kawan saya ni baru saja balik dari Saigon bulan lepas.


      Yang penting tanda ingatan dia kpd kita. Tambahan saya tahu kawan saya ni ramai kawan dan tak semua kawan dia mendapat hadiah daripadanya .... ngeeee

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails