Wednesday, October 24, 2012

Ketupat Palas Jazz

Aidil Adha akan disambut dua hari lagi saja. Biasanya kami berhari raya di rumah kami saja kerana susah nak bawa emak yg berkerusi roda balik kampung emak Adam. Lagipun kalau beraya di sini bolehlah membantu ahli kariah sama-sama melapah dan membahagi2kan daging korban.

Antara hidangan yg sering ada di rumah kami bila hari raya ialah ketupat palas. Dari aku masih kecil lagi, emak aku mesti buat ketupat palas tu. Dulu kami pergi cari sendiri daun palas di tepi hutan di tempat kami tinggal di Bukit Persekutuan. Jadi aku kenallah pokok palas ni macamana rupanya. Sekarang tempat tu dah penuh dgn rumah2 mewah yg berharga berjuta ringgit setiap satu. Pokok palas sekarang dah jadi pokok hiasan dalam pasu. Kalau tak silap aku orang panggil Monkey palm.

Pagi tadi emak Adam bertanya kpd aku samada nak beli daun palas yg dijual di pasar tani di tempat kami. Aku berbelah bagi samada nak jawab ya atau tidak. Aku teringat arwah emak aku. Semalam selepas Asar, aku dan Hazwan sempat menziarahi pusara arwah.

Aku masih ingat beberapa tahun dulu semasa arwah emak masih larat berjalan, dia meminta aku menghantarnya ke pasar Datuk Keramat untuk membeli daun palas. Kerana susah nak mendapatkan parking, aku turunkan dia di tepi jalan dan menunggu di dalam kereta. Sepatutnya sekejap saja dia turun beli daun palas tu tapi sementara nak tunggu dia balik ke kereta, aku gerakkan kereta ke tempat yg tak menghalang lalu lintas. Puas aku tunggu tapi dia tak juga datang ke kereta. Akhirnya aku mengambil keputusan utk membuat satu pusingan utk mencari dia. Setelah habis satu pusingan, namun tak juga berjumpa dgn emak aku. Aku tunggu dia lagi. Nak call, dia takde handphone. Setelah hampir sejam aku pun baliklah ke rumah.

Setibanya di rumah aku lihat emak aku dah ada di rumah!

"Eh macamana emak balik?" tanya aku separuh kehairanan.

"Emak jalan kakilah. Puas cari kau tak jumpa," jawabnya dengan muka yg kelihatan masih penat berjalan.

Jauh tu dari pasar Keramat nak balik ke rumah.

Setiap kali aku nak makan ketupat palas (disebut palas jazz di rumah aku) aku pasti akan teringat kisah ini. Jadi raya kali ini aku rasa tak payahlah buat palas jazz tu kerana ianya akan membuat aku hiba mengingati arwah emak.

Semoga emak bahagia di sana.



Para surirumah sibuk membeli daun palas utk sambutan hari raya haji.

11 comments:

  1. Antara kenangan dan air mata. Al-fatihah.

    Aina beli je, kalau kat kampung pun tempah je kesian mak nak buat klau Aina memang tak reti buat reti makan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi sedekahkan Al-Fatihah.

      Ya raya kali ini tak akan sama seperti raya sebelum2 ini. Bagi yg masih ada ibu bapa hargailah mereka dan berbaktilah sementara mereka masih ada.


      Oh ada org jual kat kampung Aina ya? Senanglah kalau mcm tu.

      Delete
  2. kenangan dengan arwah.
    kuat tu berjalan kaki :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenangan yg tak akan saya lupakan sehingga saya mati.

      Masa tu kuat lagi. Tapi malam tu berurutlah dia .... huhuhu

      Delete
  3. hihihi..pallas jazz ya YB..

    raya haji saya tahun ni, mak ayah saya tiada di sini..mereka di makkah...Tapi ikut tradisi kami pun, mmg tak merayakan sangat pun raya haji ni...

    al fatihah buat ibu YB..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami satu rumah panggil pallas jazz termasuk arwah emak.

      Semoga mak ayah doc selamat kembali ke tanah air setelah selesai mengerjakan ibadah haji. Bila mereka akan balik sini?


      Terima kasih sedekahkan Al-fatihah buat arwah ibu saya.

      Delete
  4. Assalamualaikum,
    Hari tu Mek ada tanya "nak buat ketupat tak raya ni?". Ikut hati memang nak. Dah lama tak makan ketupat Mek tak kiralah palas ke atau pisang punya, tapi tak sampai hati nak kata Ya. Kesian mek kena buat sensorang sbb raya kali ni kami hanya boleh balik pada Khamis pagi...sapa nak tolong dia buat?

    ReplyDelete
  5. Salam..
    Al-Fatihah untuk bonda YB.

    ReplyDelete
  6. Owhh.. Br tau monkey palm tu pokok palas.. Huhu.. Itu la rupa pohon palas rupanya..

    My family pun masuk thn ke 2 xbuat 'pallas jazz' tu sbb ayah Hj msh teringat akan Bonda beliau yg kembali ke pangkuanNya a week before Syawal thn lalu.. Aidiladha 2010, arwah sempat mengajar adik2 menganyam 'pallas jazz' while I was out-station in Kuching.. Sobss..

    Al Fatehah buat arwah Bonda ayah Hj & Tuan serta semua Muslim yg lainnya. Moga mereka ditempatkan bersama para anbia', inshaAllah..

    -me

    ReplyDelete
  7. Alfatihah untuk arwah ibu YB.

    Saya masak nasi beriani je....kami sekeluarga tak pernah masak ketupat atau ketupat palas. Jiwa arab masih menebal dalam diri saya....memang sejak dari kecik mak masak nasi tomato, nasi beriani, laksa johor, soto dan ada beberapa jenis makanan arab lagi.

    Semenjak dah berkawin dengan suami barulah merasa makan ketupat dan lemang di pagi raya...tapi setiap hari raya rumah saya memang jadi tumpuan ipar duai dan sedara mara sebab dia orang cakap dapat lah makanan yang lain sikit.... Maklumlah semua ipar duai dan sedara mara masak ketupat di pagi raya.

    ReplyDelete
  8. Begitulah selalunya, kan? Kita akan mudah teringat orang tersayang yg telah pergi bila melihat makanan. Pasti ada kenangan bersama mereka, kan?

    Saya teringat arwah ayah saya bila tengok banyak menu makanan, sebab arwah seorang tukang masak!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails