Tuesday, October 30, 2012

Perginya Seorang Mualaf

Semalam semasa aku ke surau untuk solat Maghrib aku terbaca makluman ini di papan putih surau


Innalillahi wainna ilahi rajiun

Kisah Allahyarham Muhammad Chan memeluk Islam di surau taman perumahan kami ada aku siarkan di blog ini pada 28/10/09 dengan tajuk Hidayah di Usia Emas.

Genap 3 tahun kemudian, dia meninggal dunia di Rumah Penyayang Bakti di Sri Damansara.

Aku diberitahu setelah dia memeluk Islam dia dipinggirkan oleh keluarganya. Kerana tiada tempat tinggal dia hidup bergelandangan di sekitar KL dan tidur di kaki lima bangunan.  Port feberetnya ialah di Menara Maybank. Tetapi beberapa minggu lepas dia datang semula ke surau tempat kami semasa kami nak solat Maghrib. Dia meminta derma ikhlas utk membeli makanan. Adalah beberapa orang jemaah yang memberi dia sedikit wang kerana sebahagian jemaah tidak membawa dompet ke surau melainkan pada malam Jumaat.

Sejak daripada malam tersebut, Muhammad Chan telah tinggal di dalam kawasan surau di sebelah belakang bangunan dapur. Ada ahli jemaah yg simpati dgn nasibnya telah meminjamkan kerusi malas dan bantal utk keselesaannya.

Pada 23/10/12 tatkala para jemaah di surau kami mahu mendirikan solat Isyak, kami dikejutkan dgn kedatangan sebuah lori. Kami yg di dalam surau ingat lori membawa lembu yg tiba sebab kami diberitahu lembu sepatutnya tiba waktu Asar hari Selasa tersebut utk dikorbankan pada hari Sabtu. Selepas habis sembahyang kami dapati lori yg masuk ke kawasan surau bukanlah lori membawa lembu seperti yg kami sangkakan. Ianya lebih seperti Black Maria yang digunakan utk membawa tahanan reman dari penjara ke mahkamah. Tapi lori tersebut bukan berwarna hitam. Pada badan lori tersebut tertera perkataan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Salah seorang AJK surau telah membuat aduan ke JKM tentang Muhammad Chan dan pegawai serta kakitangan JKM telah datang untuk membawa dia pergi ke rumah kebajikan. Selain lori ala Black Maria itu ada sebuah kereta dari JKM yang datang ke surau kami pada malam tersebut. Semuanya ada 7 org pegawai dan kakitangan JKM pada malam tersebut utk membawa Mohammad Chan seorang.  Nasib baik tak sampai satu batalion yg datang  

Malam tersebut kami tak dapat pun melihat wajah Mohammad Chan kerana dia telah berada di dalam lori dan jeriji besi telah dikunci.

Bila aku membaca makluman yg mengatakan dia sudah meninggal dunia aku berasa hiba berbaur syukur. Hiba kerana dia sudah kembali menemui Ilahi dalam keadaan daif dan tidak akan dapat aku berjumpa dia lagi. Syukur kerana dia sempat beriman dan menghabiskan sisa-sisa hidupnya di dalam Islam. Mungkin orang seperti dia tidak banyak hisapnya di Padang Masyhar kelak kerana tak banyak dosa.



Marilah kita sedekah Al-Fatihah kepada Allahyarham Muhammad Chan.




15 comments:

  1. Innalillahiwainnailaihirojiun...
    Moga beliau ditempatkan bersama para syuhada'.. Ameen..

    - me

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah..

    Memang sedih bila kenangkan nasib saudara2 baru kita ni YB..dah la disisihkan family, kita yg Islam ni pula ada yg memandang serong/ tak mahu bantu..Moga Allah tempatkan arwah ke dlm syurga...

    YB boleh dgr rintihan /story saudara2 baru di slot Islam AgamaKu di radio IKIM setiap hari Khamis jam 5.15pm..Bagus..macam2 pengalaman mereka yg kita boleh dengar & ambil iktibar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan saja sedih kenangkan nasib saudara2 baru kita ini tapi kenalah ada usaha bersepadu utk membantu dan membimbing mereka supaya kekal di dalam Islam.

      Terima kasih utk info itu.

      Delete
  3. Assalamualaikum,
    DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para kekasihNya. Amin.

    ReplyDelete
  4. innalilhiwainailahirojiun...

    semoga syurga tempat untuknya. amin..

    ReplyDelete
  5. Al-Fatihah.

    Syukur di penghujung usianya ada cahaya yang menyinar berbanding kita yang kadang2 sukar untuk berubah.

    Perkim selayaknya tempat kita rujuk dalam kes2 macam ni. Mungkin depa dapat membantu.

    ReplyDelete
  6. Innalillah.....alfatihah semuga roh nya bersama sama dengan orang yang beriman...amin.

    Alhamdulillah ada lah juga perkim mengambil berat hal2 mualaf ni.

    ReplyDelete
  7. Innalillahiwainnailaihirojiun,

    Alfatihah

    Bergenang air mata akak baca n3 ni

    ReplyDelete
  8. Innannillahiwainnailaihirojiun, Al-Fatihah.
    Syukurkan..dia mendapat hidayah sebelum dia pergi.

    ReplyDelete
  9. Al-Fatihah....

    Dari Dia kita datang.. Kepada Dia kita pulang...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails