Hari Isnin malam Selasa baru ni aku ke surau semasa azan sedang dikumandangkan oleh muazin. Aku baru pulang dari Serting sebenarnya dan tak sempat berjemaah Maghrib di surau. Dalam keadaan sikit keletihan (ngada2 sebenarnya) aku menguatkan semangat ke surau.
Setibanya aku di sana aku terlihat dua org lelaki Cina sedang duduk di dalam surau. Aku kenal salah seorg dari mereka. Dia ialah Mr Chang. Dia senyum sebaik melihat aku dan terus berdiri utk bersalaman dgnku. Dipegangnya kedua2 tanganku dgn dua belah tangannya erat2 sambil menggoyang2kannya. Kami saling bertanya kabar. Dia ialah lelaki Cina yg berhasrat memeluk Islam pada Ramadan yg lalu dan pernah ke surau kami. Kisahnya boleh dibaca di sini. Dia masih belum memeluk Islam kerana mendapat bantahan dari isterinya. Dia pula tidak sanggup berpisah dgn isterinya buat masa ini. Sama2lah kita doakan agar dia dan isteri segera diberi hidayah.
Lelaki yg seorg lagi lebih tua - aku agak berusia sekitar awal 60an. Aku pun bersalaman dgn dia sebelum berdiri mendengar laungan azan.
Selesai azan para jemaah pun bersembahyang qobliah Isyak. Dua org lelaki Cina itu duduk di belakang memerhatikan kami. Sebelum solat Isyak, Tuan Imam memberitahu para jemaah bahawa kedatangan 2 org lelaki Cina itu adalah utk memeluk Islam. Salah seorg dari mereka iaitu lelaki yg lebih tua mahu masuk Islam malam itu juga walaupun Tuan Imam bercadang membawa beliau ke JAIS keesokkan harinya utk diislamkan. Setelah merujuk dgn pegawai di JAIS, Tuan Imam dibenarkan mengislamkan lelaki itu dgn disaksikan oleh dua org saksi.
Majlis dijalankan selepas kami solat Isyak dan mengaji satu mukasurat Al-Quran - amalan biasa di surau kami setiap malam.
Setibanya aku di sana aku terlihat dua org lelaki Cina sedang duduk di dalam surau. Aku kenal salah seorg dari mereka. Dia ialah Mr Chang. Dia senyum sebaik melihat aku dan terus berdiri utk bersalaman dgnku. Dipegangnya kedua2 tanganku dgn dua belah tangannya erat2 sambil menggoyang2kannya. Kami saling bertanya kabar. Dia ialah lelaki Cina yg berhasrat memeluk Islam pada Ramadan yg lalu dan pernah ke surau kami. Kisahnya boleh dibaca di sini. Dia masih belum memeluk Islam kerana mendapat bantahan dari isterinya. Dia pula tidak sanggup berpisah dgn isterinya buat masa ini. Sama2lah kita doakan agar dia dan isteri segera diberi hidayah.
Lelaki yg seorg lagi lebih tua - aku agak berusia sekitar awal 60an. Aku pun bersalaman dgn dia sebelum berdiri mendengar laungan azan.
Selesai azan para jemaah pun bersembahyang qobliah Isyak. Dua org lelaki Cina itu duduk di belakang memerhatikan kami. Sebelum solat Isyak, Tuan Imam memberitahu para jemaah bahawa kedatangan 2 org lelaki Cina itu adalah utk memeluk Islam. Salah seorg dari mereka iaitu lelaki yg lebih tua mahu masuk Islam malam itu juga walaupun Tuan Imam bercadang membawa beliau ke JAIS keesokkan harinya utk diislamkan. Setelah merujuk dgn pegawai di JAIS, Tuan Imam dibenarkan mengislamkan lelaki itu dgn disaksikan oleh dua org saksi.
Majlis dijalankan selepas kami solat Isyak dan mengaji satu mukasurat Al-Quran - amalan biasa di surau kami setiap malam.
Tuan Imam mengajar Sdra Muhammad Chan Abdullah mengucap dua kalimah syahadah sambil diperhatikan oleh jemaah yg hadir. Di sebelah kanan ialah Mr Chang.
Selesai upacara melafazkan dua kalimah syahadat, Tuan Imam memimpin majlis doa kesyukuran. Seterusnya kami meraikan saudara baru kita ini dan rakannya dgn jamuan ringan di dewan surau. Hanya nasi lemak dan teh o yg sempat disediakan. Itu tak penting tapi yg lebih penting mempamerkan persaudaraan sesama Islam. Semoga sdra Muhammad Chan menjadi Muslim yg bertakwa.
errr...boleh sha tanya soalan nieh. mungkin kedengaran agak jahil, tp tua2 masuk islam macam nieh kena POTONG jugak ke, YB?
ReplyDelete* nak tanya verbal kat orang, malu pulak...alang2 ada kesempatan, sha tanye kat sini.
Alhamdulillah dapat saudara baru:)
sha,
ReplyDeleteSoalan yg bagus mcm iklan Wimax tu wakaka.
nanti saya tanyakan pada tuan imam atau ustaz2 yg mengajar di surau kami.
Syukur....Bukan semua mendapat cahaya hidayah seperti mereka
ReplyDeletealhamdulillah....
ReplyDeletesemoga dia mati pun masih kekal sebagai islam. takut bila dengar sekrang nih banyak yang keluar ke agama asal selepas memeluk islam.
moga ramai lagi mengikut
ReplyDelete~O~,
ReplyDeleteAllah memberi hidayat kpd siapa yg dikehendakiNya. Tanggungjawab kita berdakwah kpd yg Islam dan bukan Islam.
ArPeGGiOS,
Kita selalu saudara Islam yg dah lama ini kena membantu mereka seupaya kita supaya mereka tak rasa tersisih.
Malam tadi saya tengok rancangan Anjakan Paradigma membincangkan cabaran2 sdra baru. Menarik perbincangannya.
salam
ReplyDeletekdg kala iman orang yg convert ni lagi hebat dari iman orang yang asal asal islam
Che La,
ReplyDeleteKita kena berusaha menarik bukan Islam ke agama Allah yg hak ini supaya lebih ramai lagi memeluk Islam.
Sampaikanlah dari Nabi walaupun satu ayat.
pB,
ReplyDeleteIni kerana mereka menghargai iman yg mereka dapat tu. Kita banyak yg ambil mudah sbb dah Islam dari lahir.
pssssttt... kuat lg ke tu, YB?? hehehe...
ReplyDeletelhaaaa... ape la, aku ni sll mmg cengini, komen dulu baru baca... isk3
ReplyDeleteteja,
ReplyDeleteko nak test power dgn Mr Chang tu ke? hehehe
huii... tk nak la, naya dia kang!!! hahaha
ReplyDeleteteja lagi,
ReplyDeleteko mmg macam tu. Nyampeh
teja lagila,
ReplyDeleteKalau mcm tu ko test dgn aku aje lah wakakaka
woiiiiiiiii.... whoaaaa!! ok gaks tuuuu... hehehe
ReplyDeleteteja sekali lagi,
ReplyDeleteexcited giler nampak. maklumlah ko dpt lepas 4 hari. Tali jgn lupa bawak. Oh ya sauhnya sekali hehehe
eleehhh, jgn ko yg tk berani jumpa aku. nnt aku koba mak adam
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah, bertambah lagi umat Islam..
ReplyDeleteakupon ada adik angkat yg convert... :)
ReplyDeleteaku kalu baca kisah gini mesti kelu tak pat nak kata apa2....alhamdullillah...
ReplyDeletesha yg mengomen kat atas sekali tu..
"dah potong"..."of course.." hehehe...
alhamdulillah. mereka kembali kepada fitrah :D
ReplyDeletealhamdullilah bertambah lagi saudara seagama kita. Semoga jemaah sedia ada menerima & membimbing mereka...
ReplyDeleteterus lupa nk komen apa setelah bc komen pertama.. ahaha
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleten3 ko bukan pasal iklan wimax tu kaaaannn..
ReplyDeletekompius aku jap...
hikhikhik
alhamdulillah....
ReplyDeletebertambah lagi sedara kita :D
syahdu rasa baca ntri ni..
ReplyDeletemoga lebih ramai yg mau memeluk Islam..amin
huhu ader jugak yang tanya pasal potong hehehe...
ReplyDeleteberkhatan tu wajib bagi org islam tak kira dia muda atau tua atau muaalaf...
kalau dia dah potong...
tak payah lagi lah hhuhuhu
teja,
ReplyDeleteBagi pihak Dato Bandar dan warga Shah Alam aku mengalu2kan kedatangan ko dan rakan2 yg satu bas tu ke bandar anggerik ini. Aku masih boleh mengaku warga SA sbb opis aku yg kat sana tu masih beroperasi sampai hujung bulan ni.
Penat aku tunggu ko td. Nasib baik aku tak terjun dari Plaza Masalam huhuhu
ikan emas,
ReplyDeleteBetul alhamdulillah. Kita yg dah lahir2 islam ni kenalah jaga iman kita.
cik konfius,
adik angkat ko tu besar mana?
suhaila,
Aku pun tangkap syahdu jugak masa dia mengucap tu.
Mana awak tahu dah potong? hehehe
mekacih la YB.... aku dtg cni atas tuntutan ilmu, member aku bilik 306 ade kat sblh ni tgk aku komen blog ko ni... hehehe
ReplyDeletemoga kita juga sentiasa mendapat hidayahNya...
ReplyDeleteAlhamdulillah....kita bertambah saudara baru se-Islam.
ReplyDelete:)
Barakallah...
ReplyDeletealhamdulillah... perkara macam tu memang wajar disegerakan, jangan tangguh-tangguh... mana tahu Allah cabut nyawa Mr. Chan tu masa tidur, tak sempat dia nak pi JAIS untuk diIslamkan... haaa... kan ke rugi besar tu...
ReplyDeleteApa pun, semoga beliau menjadi seorang muslim yang soleh dan bertakwa... amin...
Akmal,
ReplyDeleteBukan mereka tapi baru En Muhammad Chan seorg aje. Mr Chang masih belum Islam walaupun dia yg lebih awal tertarik kpd Islam. Kita doakan agar dia segera mendapat hidayah.
sonata,
Sebenarnya mereka tidak tinggal di kawasan perumahan kami tapi di Pandan Jaya. Atas sesuatu sbb mereka lebih selesa ke surau kami. InsyaAllah para jemaah takde masalah menerima mereka.
Pihak surau kami ada memberi sikit bantuan kewangan kpd sdra baru kita selepas majlis kelmarin. Ada juga AJK yg memberi secara peribadi kpd kedua2 mereka tu.
Jard,
ReplyDeleteTakkan komen ttg potong langsung potong stim ko nak komen? ngeh3x
kts,
aku buat n3 serius pun ko fikir ke situ. Nanti aku buat n3 yg sewel siap ko hehehe
kts lagi,
ko nak ikut aku tak melawat sedara kita ni? aku serius ni
Rozita,
ReplyDeleteKita kena lebih rajin berusaha berdakwah agar lebih ramai bukan Islam tertarik memeluk Islam. Nampaknya org bukan Islam lebih aktif menjalankan dakyah mereka dari kita sendiri.
NL,
Ada gaya ko jadi ustazlah hehehe
teja,
ReplyDeleteApa yg nak diterima kasihkan? Aku tak sempat pun nak belanja ko ABC apalagi bawak ko jalan2 di Shah Alam. Esok dan lusa ko sibuk kursus dan aku pun sibuk kursus jugak hehehe
ONE ZABA,
ReplyDeleteya betul kata ko. Kita juga mengharapkan hidayahNya terus berkekalan sehingga akhir hayat kita.
Zyma,
Alhamdulillah.
Andai kata usaha utk menarik org kpd Islam sehebat mencari downline MLM, tentu dah lagi ramai saudara baru kita hehehe
ckLah,
ReplyDeleteJazakallah.
syah,
kadang2 birokrasi di negara kita membuat org susah nak buat perkara kebaikan. Mujur pihak berwajib membenarkan Mr Chan memeluk Islam di surau dulu semalam.
YB...
ReplyDeleteByk fadilat mengislamkan orang.
Insya -Allah saya akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 31 Oktober ini.
Ampun dan maaf atas segala keterlanjuran.
Terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya di blog.
ragbar,
ReplyDeleteInsyaAllah segala pahala amalan dia kita akan dpt bahagiannya.
Saya pun meminta ampun dan maaf di atas segala salah silap saya.
Saya doakan semoga cikgu selamat pergi dan menjalankan ibadat dgn sempurna dan mendapat haji mabrur.
kekadang bukan setakat birokrasi punya kerenah... mindset orang kita pun satu hal jugak... Hohohohoh :D :D
ReplyDeleteperghhh...
ReplyDeleteAlhamdulillah....harap2 Mr.Chang tu pun akan turut mendapat hidayah soon.
ReplyDeletealhamdulillah...
ReplyDelete.
hrp2 ptg ni tk ujan... kn kita nk gi detin... hehehe
ReplyDeleteSalam. saya masuk blog ini kali pertama melalui blog Che La. mula2 tu risau gak, sbb dengar nama Badawi tu. he he . agaknya saya bukan orang yang pertama rasa cenggitu. mentelah saya juga orang baru dalam dunia blog ini, walaupun umur dah masuk kelab warga emas.
ReplyDeleteya, alhamdulillah. kita dapat lagi seorang muslim. entah2 satu hari ini nanti dia datang lagi ke surau anda menjadi penceramah. dah banyak contoh sebelum ini. mereka yang lambat masuk Islam ni akan bersungguh belajar dan akhirnya dia menjadi lebih hebat dari kita yang di lahirkan muslim ni. contohnya saya lah berbanding dgn Ust Ravi atau Ust Farhan.
syah,
ReplyDeleteitulah susahnya org kita ni. Macam tak gembira aje ada yg nak masuk Islam.
citahrudin,
apa yg perghh tu?
shaliza,
Begitulah yg kita semua harapkan. Tetapi kalau isteri dan anak2nya belum nak memeluk Islam, mungkin susah juga utk Mr Chang tu masuk Islam sendirian kerana dia kata dia tak sanggup kalau kena berpisah dgn keluarganya.
tasik,
ReplyDeleteyarhamkallah.
teja,
harapan ko tak kesampaian. Hujan lebat ptg ni. Ko dtg kat surau aku ajelah malam ni - kita sama2 baca yasin dan tahlil. Kalau ko nak aku boleh hantar ko balik lepas tu ngeh3x
al-lavendari,
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi merayap sampai ke blog saya ini. Terima kasih juga kerana linkkan blog saya dan tahniah kerana menjadi org yg ke 100 berbuat demikian!
Apa ada pada nama? Saya takde apa nak sorok - jadi saya letak nama saya yg sebenarnya. Mcm saudara yg letakkan nama taman tempat saudara tinggal tu. (psst - saya baru lalu di situ Isnin lepas).
Ya tak mustahil dia dtg lagi ke surau kami selaku penceramah satu hari nanti. Kalau tak menjadi penceramah pun sekurang2nya segala dosa dia telah diampunkan sebaik dia memeluk Islam. Kalau bandingkan dgn saya yg banyak dosa ni mmg saya malu kat dia. Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua.
insya'Allah, harap2 saya akan betul2 jadi ustaz huhuhuhu
ReplyDeleteterima kasih
nak sambung sikit lagi pasal khatan tu takut ada yang konfius...
berkhatan itu wajib bagi lelaki islam yang dah baligh, bagi yang belum baligh spt kanak2 adalah sunat untuk dia berkhatan... tapi adalah lebih baik baginya berkhatan semasa dia masih kecil...
bagi perempuan pula tidaklah wajib berkhitan...
*saya dah POTONG sejak dari dulu sbb saya mmg guna Wimax... heheh
NL,
ReplyDeleteTerima kasih sekali lagi atas penerangan yg sungguh terang itu. Semoga mereka yg bertanya dapat keterangan sewajarnya.
oh dah lamalah awak potong ya? hehehe
Alhamdulillah. Semuga tiga tahunnya sebagai muslim dia mendapat kebahgiaan dunia dan akhirat. Semuga dia pulang dengan mendapat keredhaan ilahi, ditempatkan bersama para solihin di syurga firdaus.
ReplyDelete