Monday, October 29, 2012

Telekong Pun Kena Curi

Bibik jiran kami baru saja beritahu emak Adam telekong majikan dia yg dijemur dicuri orang.  Dua pasang sekali hilang. Telekong tu cantik dan baru dibeli di Vietnam.

Astagfirullahal azim. Aku geleng kepala.

Telekong yg nak guna buat ibadat pun org sanggup curi.

Emak Adam kata org yg curi tu jual kpd org lainlah. Takkan nak pakai sendiri. Sia-sia sembahyang kalau pakai telekong curi.

Ini saja update aku kali ini ...... ngeeee

23 comments:



  1. telekung betnam mahal YB... dah sampai mesia.. ratusan ringgit harganya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Saya dengar telekong betnam ni mahal dibandingkan yg dari Indonesia. Pencuri tu pun ada taste jugak tu .... huhu

      Delete
  2. saya penah kena..bukan telekong je,dgn beg telekong sekali dia angkut.mmber saya punya,dia ambik telekong je beg dia tinggal..x berkenan dgn begnya kot ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa kena dalam masjid ke? Kat kawasan masjid terutama di bandar2 besar memang ramai pencuri berkeliaran menunggu mangsa. Mesti beg telekong awak tu menarik hati sehingga dicuri.

      Jiran saya pernah kena curi seluar semasa dia buang air besar kat masjid. Bayangkan macamana dia nak keluar dari tandas tanpa seluar! .... huhuhu

      Delete
  3. hurmm..tak tahu nak cakap apa dah...masalah sosial di kalangan masyarakat Malaysia (yg terdiri dari pelbagai bangsa, bukan Melayu, Cina dan India sahaja) sudah semakin merudum ....inilah harga yang perlu di bayar untuk apa yang dikatakan "kemajuan" ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau betul kemajuan yg kita capai mungkin berbaloi juga harga yg kita bayar ni. Tapi yg banyak sekarang adalah masalah sosial. Contohnya perempuan yg ditarik dari perhentian bas dan dirogol oleh 10 orang Myanmar tak lama dulu.

      Delete
  4. kalau jual balik pun Paman, sia-sia jugak hasil jualan tu.. sbb tak halal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org yg mencuri ni rasanya tak kira halal ke tidak. Yang penting masyuukkkk..... huhu

      Delete
  5. Replies
    1. Manusia ini satu makhluk yg pelik. Susah nak faham ....

      Delete
  6. Sia2 juga sembahyang kalau guna duit curi.

    YB orang zaman sekarang mana tau halal haram. Kadang2 dalam kita dok fikir halal rupanya jadi TERharam pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin si pencuri tu tak sembahyang. Kalau dia jenis org yg sembahyang mungkin dia tak mencuri.


      Perkara seperti mencuri ni dah jelas haram. Tapi ramai org kita terlibat dgn perkara2 yg haram atau subahat seperti rasuah, salahguna kuasa atau kedudukan atau dapat hasil daripada tipu daya. Itu yg jadi TERharam .... huhu

      Delete
  7. chop!
    mana mak adam tau org yg curi telekong tu sembahyang?


    .
    .


    ReplyDelete
  8. Macam2.. tak tau la apa niat si pencuri tu..
    senang ka nak jual telekong 2nd hand.. makchaq tak pernah jumpa lagi.. kasut & baju 2nd hand adala.. atau... mungkin pencuri robin hood kot..nak sedekah kat orang tak dak telekong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita memang tak tahu niat sebenar dia atau mereka mencuri. Mungkin nak dijual utk dapatkan duit kot.

      Tapi mcm makchaq cakap - belum pernah tengok org jual telekong 2nd hand. Tambahan menurut emak Adam, pencuri itu tak mengambil kain sebelah bawah telekong tu. Mungkin tak sempat nak curi!

      Delete
  9. Replies
    1. Waalaikum salam Cik KTS.

      Lama tak dengar khabar berita. Saya doakan awak sihat walafiat.

      Boleh tak berikan saya kata laluan utk masuk blog awak yg dah diprivatekan tu?

      Delete
  10. saya selalu wonder, kenapa Vietnam yg sedikit umat Islam nya boleh jadi pengeluar telekong berkualiti tinggi yg menjadi pojaan hati ramai muslimah Malaysia? Kenapa kita sendiri tak mampu hasilkan telekong sedemikian? Jom YB, kita jadi "Usahawan Telekong Eksklusif" ~bahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kita lebih tertumpu mengeluarkan barang2 kraftangan yg lebih kepada digunakan sebagai cenderahati. Kurang memberi perhatian kpd mengeluarkan barang2 yg diperlukan harian. Barang2 harian ni lebih banyak dibuat/dikeluarkan oleh bangsa asing atau org dari negara lain. Kita lebih suka jadi pembeli.

      Wah sekarang otak bisnes Dr tu semakin terserlah. Nanti bolehlah kita bincangkan dgn lebih mendalam sambil menkmati nasi arab ..... hehehe

      Delete
  11. Yb ini semua kerja budak dadah, kat kawasan rumah saya jean jenama levis tak bolih disidai diluar rumah kalau kita ke kedai atau kemana mana nanti hilang, kasut pun macam tu, tinggalkan yang buruk2 je kat luar.

    Budak2 dadah ni semua barang dia sebat walaupun telekung, dia mana ada ingat dosa tau nya nak lepas kan gian je.

    Hari tu saya baca blog, blogger ni seorang cikgu habis 16 pasangw kasut dia hilang semuanyaa dia letak kat luar..kesian sangat kat dia.

    ReplyDelete
  12. Sia-sia pakai buat sembahyang? Yang jual tu, sia sia tak duit jualan tuh? uishhhh macam ni punya orang pun ada.

    ReplyDelete
  13. Alahai kenapalah telekung pun dicurinya.. Sedih bila kes2 kecurian terjadi di tempat ibadat seperti masjid dan surau. Kasihan pula bila baca jiran YB yang hilang seluar semasa buang air besar di masjid tu.. tak dapat bayangkan macam mana dia nak keluar tanpa seluar..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails