Hari ini 1 Nov 2012. Ini bermakna sepuluh bulan telah kita lalui sepanjang tahun ini. Ini juga bererti kita hanya ada tinggal dua bulan saja lagi sebelum 2012 melabuhkan tirainya. Itupun kalau umur kita panjang sehingga akhir tahun.
Ada beberapa matlamat utk tahun ini yg masih belum tercapai. Nampaknya kenalah melipat gandakan usaha atau berusaha dgn cara yg lebih bijak untuk mencapai matlamat2 tersebut.
Antara matlamat aku yg masih tak kesampaian ialah untuk menurunkan berat badan. Kira2 dua bulan sebelum bulan puasa hari tu aku dan emak Adam giat menggunakan treadmill yang baru dia beli. Hampir setiap petang kami berlari setempat. Banyak juga kalori yg terbakar dan berat badan mula turun. Ditambah dengan bulan puasa yg menjelang waktu itu, aku yakin boleh kurangkan berat badan ini dalam 10 kg.
Ku sangka panas hingga ke petang tetapi taufan Sandy di tengahari. Tumit kanan aku sakit akibat berlari di atas treadmill itu. Bukan aku seorang saja yg menghadapi masalah tersebut tetapi emak Adam pun sama.
Pada mulanya kami masih gagahi berlari2 anak di atas treadmill itu w/pun tumit kami sakit. Tetapi setelah kesakitannya bertambah, kami terpaksa memberhentikan xtvt tersebut. Selepas Raya tumit belum juga baik sepenuhnya.
Mujurlah semasa bulan Ramadan itu berat badan aku turun sebanyak 5 kg. Selepas bulan puasa berat badan aku naik secara istiqamah dan sekarang berat badan aku telah balik ke berat asal aku di awal tahun.
Persoalannya sekarang: Mampukan aku mencapai matlamat utk mencapai berat ideal sebelum hujung tahun ini?
ps - treadmill itu belum digunakan sebagai tempat menyidai pakaian .... hehehe
Assalamualaikum,
ReplyDeletePakai kasut tak masa lari setempat?
Kalau agak2 nak guna utk tempat penyidai kain, silalah derma ke Bangi ya...hu hu hu daku sudi aje berlari setempat ;)
Waalaikum salam Anyss,
DeleteMestilah pakai kasut. Kasut jogging lagi tu.
ish takkan nak buat tempat penyidai kain. Hutang pun tak habis bayar lagi. Yg ini emak adam bayar ansuran 12 bulan .... huhu
saya punya dah buat sidai sejadah. haha
ReplyDeletePatutlah laju aje bila sembahyang .... hehehe
DeleteTakpa yb...dua bulan terakhir ni..pulun habis habisannn..hihi..yb cuba buka utube ttg teknik berlari atas t/mill..maybe cara yb sebelum ni ada kesilapan..rugi tau kalau tmill tu tersadai..hihi
ReplyDeleteNak pulun macamana dua bulan terakhir ni? Pantang hujung minggu mesti berderet jemputan kenduri .... huhuhu.
DeleteMungkin jugalah ada kesilapan tapi memang dah nak sakit kot. W/pun dah berbulan2 tumit kami tetap sakit. Tumit emak Adam lebih parah lagi. Saya sekarang sekurang2nya dah boleh dibuat main badminton .... ngeee
Saya dulu pun beli basikal yang untuk kita exercise dalam rumah tu.....mula2 pakai berkobar kobar semangat nak mengayuh basikal tu....baru pakai dua minggu peha dah mula sakit sampai kejang...badan tak kurus pun ....bila dah fed up terus simpan basikal tu...sekarang saya makan sarapan heavy sikit pastu tengahari makan buah dan malam tak makan....ada lah kuga turun
ReplyDeleteBasikal bodoh yg tak boleh gerak tu pun kami pernah ada. Treadmill yg skrg ni treadmill yg kedua. Bot kayuh tak gerak tu pun ada. Semua tu kejap aje. Last2 mcm awak tu jugaklah. Simpan tepi atau jadi tempat penyidai. Bahkan alat2 yg lama tu kami dah hantar kampung atau dah jual sebagai besi buruk aje mana yg dah rosak.
DeleteSkrg ni kira awak berdietlah. Eloklah kalau boleh tahan mcm tu.
Apa2pun yg penting kita sihat.
hehehheeee...
ReplyDeletesaya baaaaru nak tanya!!
awak dah siap-siap jawap!!
Saya dah syak mesti ada org tanya .... huhuhu
DeleteHehe...aduii...ni yg rasa x jadi beli threadmill ni...
ReplyDeletekebanyakan threadmill menerima nasib yg serupa ..... ngeeee
DeleteKalau Aina beli treadmill tu nak parking kat mana dalam rumah agaknya jadi sebagai persediaan nak kurus jalan2 naik turun tangga pasai rumah kami bertangga-tangga.
ReplyDeleteKalau rumah bertangga2 elok bersenam turun naik tangga tu aje. Kalau setiap hari 4 - 5 kali turun naik tangga tu rasanya boleh turun berat badan.
Deletejual murah2 kat kita treadmill tu :D
ReplyDelete.
.
.
.
.
.
klu bagi free pun kita terima
hikkksss :P
Awak kata awak dah kurus, nak buat apa treadmill tu?
DeleteKalau berminat awak tanyalah sendiri dgn emak Adam sebab dia yg dok bayar hutangnya setiap bulan .... huhuhu
sy meramalkan berat awak akan bertambah lagi dan lagi hingga hujung tahun ni.
ReplyDelete.
.
selamat memakan maruku
Saya akan pastikan ramalan awak tu silap. W/pun saya tak dapat berlari di atas treadmill tu tapi setiap minggu saya main badminton.
DeleteKalau awak berani jomlah kita lawan badminton. Ajak Juliet sekali.
laa.. nak turunkan berat badan ke matlamatnya.. ingatkan apa tadi.. saspeng jek..
ReplyDeleteIni salah satu matlamat yg belum tercapai utk tahun ni. Dah lebih 10 bulan berlalu tapi berat badan masih macam pada awal tahun hari tu.
DeleteAnaa takpelah - sentiasa slim w/pun kadang2 makan banyak. Jeles tengok body anaa.
Kalau nak berdiet kena ada keazaman yang tinggi dan disertai dengan usaha.. Lepas ni harap YB dapat mulakan semula tapi janganlah sampai ambil masa yang lama.. Dah bermodal beli treadmill tu..sayang pula dibiarkan macam tu je..
ReplyDelete