Thursday, January 5, 2012

Mixing Business With Pleasure

Tajuk aje tulis omputih tapi isinya dalam bahasa Melayu sebab aku ini pencinta bahasa ibunda (harap jangan muntah).

Semalam aku pergi melawat projek aku utk buat penyerahan kpd klien. Mereka periksa satu persatu kerja yg kami telah siapkan. Pada keseluruhannya mereka berpuashati dgn hasil kerja kami. Cuma ada beberapa perkara yg kami kena baiki sebelum mereka mengambil alih.

Mana boleh tahan tengok org lain dok berehat sambil minum2 di bawah canopy

Habis buat kerja aku pun ikut minum kopi ginseng tongkat ali sambil bersantai di bawah kanopi. Kena secawan sudah terasa power hehehe

Lepas minum sempat praktis putting

Ini baru best. Sambil kerja sambil main. Selepas Tahun Baru Cina kami akan mulakan fasa kedua projek kami di situ.

12 comments:

  1. boleh kalah 'harimau kayu' nih..heheheh

    ReplyDelete
  2. kaklong,

    Mahu kalah 'harimau kayu' bila saya dah pekena tongkat ali.

    pssst - mana ada org main golf pakai safety hat mcm saya... hehehe

    ReplyDelete
  3. zino,

    betul tu tapi yg lebih perlu pakai topi tu kawan2 yg sekeliling saya sebab mungkiin terkena boleh golf tu kalau saya terkuat chip .... hehehe

    ReplyDelete
  4. masa abg kerja dulu selalu 'mixing business with pressure' .. sekarang dah tak ada lagi.

    ReplyDelete
  5. al-lavendari,

    skrg ni abg tinggal pleasure aje kan? Untungnya org pencen ni .... hehehe

    ReplyDelete
  6. wah...leh ilang stresss....heheheh

    ReplyDelete
  7. Best ah cenggitu..xde la sumbat sgt otak asik mikir sal keje jek..hehe

    ReplyDelete
  8. jedi,

    stress juga bila pukul asyik tak masuk ... huhuhu

    ReplyDelete
  9. CiK SHiNJU,

    Itu yg best buat projek kat situ. Boleh bersantai bawah canopy sambil minum (free). Kalau nak pukul2 bola golf tu pun boleh. Org2 di situ pun baik2.

    psst - kalau nak ke situ kena lalu tempat awak. Lain kali bolehlah saya singgah hehehe

    ReplyDelete
  10. Yb, berseronok lah main golof sambil cari rezeki apa kata orang sambil menyelam minum air gitu.

    ReplyDelete
  11. sharifah rosidah,

    Saya bukan golfer. Saja aje pukul2 sebab dah ada benda tu. Anyway, buat projek di tempat tu mmg cool.

    Sambil menyelam minum air dan kalau sempat tangkap ikan sekali ... hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails