Sebaik aku balik dari surau malam tadi emak Adam memberitahu aku, "kita ada big problem!"
Berderau darah aku. Masalah besar apa pula ni bisik hati aku kerana jarang emak Adam cakap mcm tu.
"Baju sekolah agama Haikal semua dah tak muat!" sambung emak Adam.
Masa nak cuti hujung tahun lepas baju2 tersebut masih muat dan masih agak baru. Itu sebab kami tak belikan baju baru utk dia dan juga abangnya, Haizam. Ingat bolehlah jimat sikit bajet.
"Esok pagi ajelah kita beli kat Canggih," saran aku.
(Kedai pakaian Canggih terletak dekat aje dgn rumah kami).
"Canggih mahal," kata emak Adam.
Aku tahu dalam bab ini emak Adam memang pandai berjimat. Maklumlah anak dah ramai yg ke sekolah dan dah 3 org di IPTA.
"Habis tu nak beli kat mana?" tanya aku.
"Jom kita ke Hari-Hari. Bukak lagi ni," jawab emak Adam.
Waktu itu jam dah pukul 9:35 malam kerana malam tadi ada kelas tafsir di surau.
"Cepatlah sikit kalau macam tu. Takut dia tutup pukul 10," kata aku.
******************************************************************************
Dipendekkan cerita bila kami sampai di kedai pakaian Hari-Hari bukan main ramai orang sedang membeli peralatan sekolah untuk anak2 mereka.
Aku lihat anak2 mereka saiz biasa aje - taklah 'sihat' macam Haikal sehingga tak muat baju tahun lepas.
"Ayah tengok budak ini. Besar macam Adam tapi dah darjah 1." kata Haikal.
Terkejut juga aku. Takkanlah budak besar Adam yg 3 tahun tu dah nak masuk sekolah.
"Badan dia aje mcm Adam tapi dia tinggi tu," kata aku bila melihat seorang budak lelaki yg sedang mencuba baju sekolah.
Semasa kami balik ke rumah aku dan emak Adam bersembang pasal ramai lagi ibubapa yg membeli kelengkapan anak2 mereka di saat akhir. Takkanlah semuanya sama kes dengan kami. Mungkin ada yg baru dapat gaji petang semalam kot.
beli bila perlu
ReplyDeletei dah nak kene iron baju skolah aqid pulak huwaaaaa nanges!
ReplyDeletesaya dah start menabung dari sekarang YB utk beli baju sekolah anak anak..hehehe..dan harapnya saya tak buat kerja last minute dalam menyediakan kelengkapan sekolah anak anak....nasib baik sempat beli baju kan YB..ekekeke
ReplyDeletepB,
ReplyDeletebetul tu. Kenalah berjimat utk org yg anak ramai mcm kita ni .... hehehe
Syida,
ReplyDeletetime utk ada bibik ... hehehe
Daddy Ziyyad,
ReplyDeleteSetakat utk beli baju sekolah Ziyyad income sehari doc dah cukup kot .... ngeee.
Tapi menabung utk pelajaran anak2 penting sebab kita tak tahu masa mereka masuk U esok samada PTPTN tu wujud lagi ke tidak.
Badan Haikal naik mendadak masa cuti sekolah ni. Itu sebab baju dia tak muat huhuhu
kaklong pun beli beg sekolah haziq disaat2 akhir malam tadi,beli jenama swan...
ReplyDeletebialah mahal sikit..
menang membeli alah memakai...
selalu beli yg murah tu pakai sebulan dua dah roboh...
lagi pun haziq seorang shj yg bersekolah tahun ni....
:)
dia seronok bercuti tu.... mak adam kan rajin masak.. tu y badan anak2 mudah naik... cepat membesar
ReplyDeleteshopping last minute kot...heheheh
ReplyDeleteMaknanye Haikal 'membesar sebagai johan' dalam masa cuti akhir thn ni la yer... nasib la,mak dia pandai masak..hehehe
ReplyDeletekaklong,
ReplyDeletekiranya kaklong pun ikut memeriahkan kedai2 yg menjual peralatan sekolah malam tadilah ya? hehehe
Untung Haziq sebab hanya dia seorg yg bersekolah tahun ni. Tapi betul juga tu. Biar menang membeli kalah memakai dari asyik nak beli bag baru setiap 2-3 bulan.
zonaku,
ReplyDeleteDia tak seronok sangat cuti kali ni sebab tak pergi makan angin kecuali hujung minggu lepas kami bermalam di Melaka. Dah duduk kat rumah aje mestilah kerja dia makan tidur. Itu yg naik betul badan dia. Dah bulat ... huhuhu
jedi,
ReplyDeleteDah beli yg lain yg diperlukan utk sesi persekolahan kali ini. Cuma baju tahun lepas ingat boleh dipakai lagi. Itu yg tak beli. Nasib baik malam tadi dicuba baju tu. Kalau tak, pagi tadi mesti lagi havoc.
Cik SHiNJU,
ReplyDeleteHa'ah Haikal membesar sebagai johan dan ayahnya sebagai naib johan .... hehehe
Inilah cabaran kalau emak/isteri pandai masak.
haiqal anak abg pun begitu juga .. badannya naik kata orang, macam ditiup-tiup. kasutnya pun dah saiz 6. kasut abg saiz 7.
ReplyDeletememang semalam agak sibuk sikit .. maklumlah hari pertama sekolah. fb pun abg tutup.
al-lavendari,
ReplyDeleteMakngah pun rajin masak ke bang? Patutlah badan abg pun naik juga.
Tak lama lagi bolehlah Haiqal pakai kasut abg bila dah sama saiz kaki tu.
Abg sibuk buat apa semalam? Tolong gurubesar kat sekolah ke bang? hehehe
salam YB..
ReplyDeletebdk2 sekarang cepat membesar kot..hheheh
cikceriacorner,
ReplyDeleteWsalam.
Adam tak nak pula cepat membesar mcm abgnya tu. Dah 3 tahun lebih belum pun sampai 14 kg ... huhuhu
Yb beruntung lah jadi saya, tahun ini kami dah tak ada anak bersekolah lagi yang bongsu sedang menunggu panggilan ke plkn, tapi bila tengok orang sedang sibuk2 beli kelengkapan untuk anak2 kami berdua seronok jadi pemerhati.
ReplyDelete