Tajuk aje tulis omputih tapi isinya dalam bahasa Melayu sebab aku ini pencinta bahasa ibunda (harap jangan muntah).
Semalam aku pergi melawat projek aku utk buat penyerahan kpd klien. Mereka periksa satu persatu kerja yg kami telah siapkan. Pada keseluruhannya mereka berpuashati dgn hasil kerja kami. Cuma ada beberapa perkara yg kami kena baiki sebelum mereka mengambil alih.
Mana boleh tahan tengok org lain dok berehat sambil minum2 di bawah canopy
Habis buat kerja aku pun ikut minum kopi ginseng tongkat ali sambil bersantai di bawah kanopi. Kena secawan sudah terasa power hehehe
Lepas minum sempat praktis putting
Ini baru best. Sambil kerja sambil main. Selepas Tahun Baru Cina kami akan mulakan fasa kedua projek kami di situ.
boleh kalah 'harimau kayu' nih..heheheh
ReplyDeletekaklong,
ReplyDeleteMahu kalah 'harimau kayu' bila saya dah pekena tongkat ali.
pssst - mana ada org main golf pakai safety hat mcm saya... hehehe
utamakan keselamatan hehe
ReplyDeletezino,
ReplyDeletebetul tu tapi yg lebih perlu pakai topi tu kawan2 yg sekeliling saya sebab mungkiin terkena boleh golf tu kalau saya terkuat chip .... hehehe
masa abg kerja dulu selalu 'mixing business with pressure' .. sekarang dah tak ada lagi.
ReplyDeleteal-lavendari,
ReplyDeleteskrg ni abg tinggal pleasure aje kan? Untungnya org pencen ni .... hehehe
wah...leh ilang stresss....heheheh
ReplyDeleteBest ah cenggitu..xde la sumbat sgt otak asik mikir sal keje jek..hehe
ReplyDeletejedi,
ReplyDeletestress juga bila pukul asyik tak masuk ... huhuhu
CiK SHiNJU,
ReplyDeleteItu yg best buat projek kat situ. Boleh bersantai bawah canopy sambil minum (free). Kalau nak pukul2 bola golf tu pun boleh. Org2 di situ pun baik2.
psst - kalau nak ke situ kena lalu tempat awak. Lain kali bolehlah saya singgah hehehe
Yb, berseronok lah main golof sambil cari rezeki apa kata orang sambil menyelam minum air gitu.
ReplyDeletesharifah rosidah,
ReplyDeleteSaya bukan golfer. Saja aje pukul2 sebab dah ada benda tu. Anyway, buat projek di tempat tu mmg cool.
Sambil menyelam minum air dan kalau sempat tangkap ikan sekali ... hehehe