Masa aku mula2 berpindah ke ibupejabat sykt kulit kerang di KL pada peenghujung 1995, dia bekerja di Ipoh. Aku mula2 kenal dia semasa projek di Menglembu pada tahun 1996. Tak lama selepas itu dia dipindahkan ke Kuantan. Maka dia pun bawalah anak isteri pindah bersama. Seronok dan beronok-ronok mereka di sana sehingga dia beli sebidang tanah dan membina sebuah mahligai di sana. Tapi kalau kerja dgn sykt minyak ini dan lebih2 lagi di bahagian 'panas' mcm kejuruteraan, pindah randah tu perkara biasa. Selepas beberapa tahun di Kuantan dia dipindahkan ke JB. Masa tu dia tinggalkan keluarga di Kuantan. Jadilah dia weekend husband. Petang Jumaat jangan cuba cari dia di JB. OTW ke Kuantan! Pagi Isnin baru balik Johor. Begitulah rutin dia utk 2 tahun.
Setelah itu dia dipindahkan ke KL. Mana2 jurutera yg rasa terer, jom kerja kat KL. Kerja di pejabat wilayah ini kacang putih. Bekerja di HQ baru teruji. Jangan harap nak balik cepat termasuk petang Jumaat. Oleh itu dia pun bawa keluarganya pindah ke KL.
Bertahun2 juga dia di KL bekerja dalam pasukan aku.
Tahun 2007 aku mengambil keputusan drastik utk berhenti dari sykt kulit kerang. Ramai yg terperanjat! (maklumlah jawatan dah agak tinggi dan gaji boleh tahan masyuk) Bos aku hampir jatuh dari kerusinya bila aku beritahu hasrat aku itu.
Semasa mesyuarat bulanan bos aku memberitahu kakitangan lain tentang berita aku nak berhenti. Anak2 buah aku yg masih belum tahu berita itu terkejut. Mungkin disebabkan aku bos yg baik (bukan perasan tapi mereka sendiri yg beritahu). Masa itu aku adalah Pengurus Kejuruteraan bagi seluruh Malaysia.
3 org anak buah aku ikut berhenti termasuk kawan aku yg aku ceritakan di atas. Aku beritahu mereka tak perlu ikut aku kerana aku ada sebab dan perancangan aku sendiri. Tapi mereka nak teruskan niat mereka. Aku tak boleh halang.
Ketiga2 mereka meninggalkan sykt kulit kerang sebelum penghujung 2007 utk memulakan hidup baru. Aku pula memilih 2 Feb 2008 sebagai tarikh terakhir aku dgn sykt kulit kerang tersebut. 2 Feb juga adalah tarikh aku mula2 berkhidmat dgn sykt tersebut.
Itulah kisah orang minyak.
*********************************************************************
Hari Rabu lepas aku berjumpa kawan aku itu di Sepang. Dia telah membeli sebidang tanah seluas 4 ekar dan menjalankan penternakkan kambing. Petang itu dia membawa aku ke ladangnya itu.
Sebahagian kambing yg terdapat di kandang milik bekas org minyak
Mesin menghancurkan daun kelapa sawit utk dijadikan makanan kambing ini diberikan percuma oleh Jabatan Haiwan. kalau dia bela lembu mungkin dia boleh dapat bantuan pinjaman sehingga RM250 juta ... hehehe
rezeki dia kat ladang kambing,mungkin pusar rambut kepala dia bercantum dua,menternak kambing menjadi....
ReplyDeletekaklong,
ReplyDeleteDari apa yg dia beritahu saya, hasil jualan kambing tu cukup makan aje setakat ni. Tapi dia bercadang nak tambah bilangan kambingnya dari masa ke semasa.
Rasanya pusar rambut dia satu aje. Yang pusar dua ialah Adam kat rumah ni .... hehehe
apa2 saja keputusan.. anggap ia permulaan suatu penghijrahan....
ReplyDeleteasal ada usaha, pasti blh berjaya.. cepat atau lambat saja yang membezakan
zonaku,
ReplyDeletePenghijrahan fizikal dan mental bagi kawan saya ni. Semoga dia berjaya dgn usahanya tersebut.
ala. ramai org suka makan kambing. termasuklah saya.
ReplyDeletemesti berjaya nanti!
kalau macam tu,adam ada potensi jadi penternak kambing...
ReplyDeleteheheheheh!
boleh join dgn kakya...
:)
aik? ko nmapak muda la plak bang? apa rahsia? hahah
ReplyDeletenak tayang kambing ke muka orang yang pegang kambing hehehee... ;p
ReplyDeleteke kambing tu hadiah untuk adam?
ReplyDeletegadisBunga,
ReplyDeleteeh awakpun suka makan kambing? Biasanya org perempuan kurang yg gemarkan kambing.
Kawan saya ada 3 jenis kambing. Kalau kambing kampung dia jual RM469 seekor.
Mudah2an usaha dia berjaya..
ReplyDeletesaya ni bela kucingpun mati.. cmner la nak bela kambing agaknya.. ehehh...
kaklong,
ReplyDeleteramai org cakap mcm tu terhadap Adam. Nanti mana tahu boleh dapat pinjaman berjuta2 utk projek kambing kebangsaan ... ngeeee
Kalau kakya nak join sekali pun takpe kalau dapat pinjaman banyak mcm tu .... hehehe
Tijah,
ReplyDeleteitu tandanya ko dah lama tak datang jumpa aku .... hehehe
Mana boleh bagi tahu rahsia kat blog ni. Lain kalilah akku story ... ngeeee
Eja no 1,
ReplyDeletemula2 tu nak tunjuk anak kambing yg berusia 2 minggu tu tapi kambing tu segan. Tumpanglah tunjuk muka saya ... hehehe
Eja no 2,
ReplyDeleteBest juga kalau bawa balik kambing tu bagi kat adam. Tapi nanti bau pulak rumah kami. Menjerit emak Adam dan mungkin jiran2 .... huhuhu
~ Cik Azz Abu Bakar ~,
ReplyDeleteHarap2 mcm tu lah. Yang penting dia seronok dgn usaha dia sekarang.
Kucing Cik Azz mati kenapa? Saya ni pula bela ikan selalu mati ... huhuhu
adakah tindakan dia resign dari shell hujung 2007 tu, membuahkan hasil macam YB? I mean, dia dapat lebih dari dia kerja di Shell dahulu?
ReplyDeleteKalau baca komen YB, katanya dia cukup makan aja..apa apa pun,itulah dunia bisnes, naik turun asam garam..kena sabar, istiqomah, doa, solat...Insya Allah berjaya...
macam kes pakcik saya sendiri. Dia dah jawat jawatan tinggi di bank UMBC (bank lama ni, mesti YB tahu)..dia resign, ceburi bisnes buat brake pad yg rata2 di monopoli cina. Dia berjaya, kaya raya,tup tup,takdir tuhan, kegawatan ekonomi 1997/1998..dia jatuh...sampai sekarang masih gigih nak stabilkan perniagaan nya..saya cukup bangga tgk kegigihan dia..dia agak susah sekarang, tapi dia masih gigih berusaha..
maaf, komen panjang lebar :)
ce YB cadang kat dia utk proses tinja tu jadi baja..
ReplyDeleten proses makanan kambing sekali..
ada side income..
petani moden mmg sangat menguntungkan...
ReplyDeleteassalamualaikum.
ReplyDeletebole berkenalan? hensemnya!
.
.
.
.
.
errr... kambing tu la!
:P
awak bila nak ternak kambing?
ReplyDeleteIngatkan YB yang punya ladang kambing...sebab YB pun bekas orang minyak kan?
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteRasanya tuan pun kena jadi penternak kambing juga. Ngeeee...
Salam ukhuwwah
Daddy Ziyyad,
ReplyDeleteDia bukan resign begitu saja tapi mendapat VSS. Dgn sebahagian duit itu dia beli tanah di Sepang tu.
Selepas dia berhenti dari Shell dia bekerja dgn sebuah sykt lain sambil mengusahakan ternakan kambing. Skrg ini dia beritahu saya dia bekerja sebagai penyelia tapak secara kontrak di Bandar Enstek. Sebelah petang dan hujung minggu dia jaga kambingnya.
Kalau nak harapkan hasil jualan kambing tu buat masa ini mmg tak cukup utk menampung keluarganya.
Saya tabik dgn org yg mcm pakcik doc tu. Dia ada misi dan visi yg besar utk memartabatkan bangsa kita di dlm bidang perniagaan terutama bisnes yg dimonopoli oleh bangsa asing. Bukan senang utk berjaya dlm bisnes spt buat brake pad tapi dia telah membuktikannya. Jatuh bangun dlm bisnes ni perkara biasa. Saya doakan dia akan bangkit semula dan lebih berjaya dari sebelumnya.
Takpe komen panjang. Ada menafaatnya utk kita semua dari citer itu.
alien,
ReplyDeleteMemang dia proses tinja itu jadi baja. Masa saya pergi melawat ladangnya itu dia tawarkan saya satu beg besar tinja utk buat baja tapi saya tolak kerana biarlah dia jual benda tu. Kalau saya bagi duit kat dia pun mesti dia tak mahu.
Makanan kambing dia terdiri dari palet utk sebelah pagi dan daun kelapa sawit dan rumput utk sebelah petang. Makanan utk sebelah petang tu kira free aje - cuma kena rajin ambil di ladang dan tepi jalan.
jedi,
ReplyDeleteAda petani moden yg dah jadi jutawan tapi ramai juga yg cukup makan .... huhuhu
kts,
ReplyDeletewaalaikum salam.
Apa salahnya kalau sudi. Janganlah cakap mcm tu. Malu saya.
.
.
.
.
tambah malu sebab awak kata kambing itu hensem. (terasa diri kurang hensem) huhuhu
:P
kts lagi,
ReplyDeleteawak bukan makan kambing. Tak nak lah saya ternak kambing.
.
.
Lebih baik saya buka kedai donut .... ngeeeee
aNIe,
ReplyDeleteSaya tak berapa minat nak bela kambing lebih2 lagi sebagai sumber pendapatan. Risikonya tinggi.
Biarlah saya berniaga mcm skrg ni ... ngeeeee
ashrafi,
ReplyDeletewaalaikum salam.
Saya pernah ikut kawan saya itu melawat ladang2 kambing sebelum kami berhenti kerja dulu. Kami juga melawat rumah burung walit dan ladang cendawan tiram.
Tapi saya lebih seronok buat apa yg saya buat skrg.
Yb asam garam dalam perniagaan ada yang jatuh dan ada yang berjaya, apa pun yang terjadi kita kena harungi juga.
ReplyDeletesharifah rosidah,
ReplyDeletetapi hakikatnya kebanyakan perniagaan org kita tak mampu bertahan lebih dari dua tahun .... huhuhu