Ini adalah kisah benar. Nama2 yg disebut adalah nama2 yg sebenar. Sebuah kisah sedih jiran aku. Kalau anda seorang yg penghiba, mungkin tak perlu baca n3 ini.
Malam Khamis baru ni sebaik usai solat Isyak, Nazir masjid yg menjadi imam di surau kami kerana beliau memberi kelas agama malam itu, mengajak para jemaah utk bersama2 solat hajat.
"Marilah kita solat hajat agar Puan Nida anak Pak Aziz selamat melahirkan bayinya yg telah meninggal di dalam perut"
Aku terkejut mendengar pengumuman tersebut. Begitu juga para jemaah yg lain. Kami saling berpandangan dan tertanya2 sesama sendiri sedang imam menerangkan khaifiat solat hajat yg akan diimaminya.
Setelah kami selesai menunaikan solat hajat dan berdoa keselamatan Nida, kami dijemput ke dewan surau utk jamuan ringan.
Sebelum makan kuih yg disediakan aku berjumpa Pak Aziz yg merupakan bilal surau kami utk mengetahui dgn lebih lanjut apa yg terjadi pada Nida anaknya.
Menurut Pak Aziz, Nida pergi utk membuat check up biasa bayi dalam kandungannya yg dijangka akan dilahirkan minggu depan. Masa pemeriksaan itu semua ok. Bayi pun banyak menendang perut ibunya. Tapi dua hari lepas itu semasa Nida ke klinik semula, kerana merasakan pergerakan bayinya berkurangan, doktor memberitahu jantung bayinya sudah tak berdenyut. Bayinya telah meninggal dunia di dalam kandungan ibunya!
Kisah perkahwinan Nida dan suaminya, Farhan ada aku muatkan dalam n3 aku bertajuk Selangor vs Kedah ini.
Apabila aku sampai ke rumah akupun memberitahu emak Adam yg masa itu berada di dapur. Terkejut beruk dia. Kak Julia iaitu ibu Nida dah macam kakak kpd emak Adam. Emak Adam dapat merasakan betapa sedihnya Nida sekeluarga kehilangan bayi yg telah dikandung 9 bulan itu.
Kami pun pernah melalui pengalaman serupa semasa kematian abg kpd Adam kira2 5 tahun lepas. Masa itu kandungan emak Adam berusia 3 bulan. Bila bayi yg sudah meninggal itu akhirnya keluar sendiri dari rahim emak Adam setelah 2 hari, aku dan emak Adam melihat dia. Bayi lelaki. Sudah sempurna sifatnya. Aku lihat puas2 bayi kami yg telah tidak bernyawa itu sebelum dia dibawa pergi utk dikebumikan.
Aku lihat mata emak Adam dah berkaca. Aku pun hiba juga. Itu baru 3 bulan. dikandung. Bayi Nida sudah 9 bulan dan sepatutnya due minggu depan. Mesti sudah sedia segala persiapan seperti pakaian, lampin dsb utk menyambut kehadiran orang baru. Tapi semuanya tinggal kenangan.
Pagi semalam semasa aku balik dari menghantar Haikal ke sekolah agama ada miss call dari Pak Aziz. Aku tak bawa hp aku semalam. Aku telefon Pak Aziz dan dia memberitahu mayat cucunya telah selamat dilahirkan secara normal pukul 2:30 pagi Jumaat itu. Mayat itu akan dibawa balik ke rumah pada pukul 8:30 pagi. Pak Aziz bertanya sama ada aku bekerja pagi semalam kerana kalau aku ada di rumah dia ingin menjemput aku sama2 menyembahyangkan cucunya itu sebelum dikebumikan. Aku ada urusan di Tapah semalam dan terpaksa bertolak dalam pukul 8:30 tu. Tak dapatlah aku nak solat jenazah.
Selepas habis bercakap dgn Pak Aziz, aku memberitahu emak Adam perkembangan terkini itu. Emak Adam kata dia nak pergi. Dia akan tidurkan Adam dan tinggalkan dia di rumah bersama emak aku. Aku cuma dapat kirim salam saja melalui emak Adam.
Petang semalam sebaik aku balik dari Tapah aku bertanya isteriku keadaan di rumah Pak Aziz.
"Comel betul bayi itu. Bayi perempuan. Putih macam Haikal masa kecik dan montel macam Fifah," terang emak Adam tentang bayi Nida itu.
Emak Adam menerangkan apa yg terjadi sehingga bayi itu meninggal di dalam perut ibunya. Kemungkinan tali pusatnya terbelit dan dia lemas. Semasa membuat pemeriksaan ianya dilakukan di klinik kerajaan. Masa itu ok tetapi 2 hari kemudian semasa Nida ke klinik itu lagi, petugas di sana kata denyutan jantung bayi terlalu lemah. Mereka merujuk kes ke Hospital Ampang tetapi semasa sampai di sana, doktor mengatakan bayi itu telah meninggal dunia.
Nida tidak dibenarkan keluar dari hospital utk menatap wajah anaknya buat kali terakhir walaupun telah berkali2 merayu kpd pihak hospital.
Adik bongsu Nida ada mengambil gambar anak saudaranya itu. Mungkin utk tatapan kakaknya. Menurut emak Adam adik Nida tak dapat menahan kesedihannya sepanjang merakamkan gambar2 tersebut. Begitu juga adik ipar Nida yang sama2 berada di situ. Suasana menjadi lebih pilu sebelum kain kafan itu ditutup. Kak Julia menyuruh Farhan (suami Nida) mengucup anaknya buat kali terakhir. Semua yg hadir tumpang sedih bila Farhan tak dapat menahan kesedihan utk berpisah dgn bayinya buat selama2nya.
Semoga Farhan dan Nida tabah menghadapi ujian dari Allah ini. Mungkin ada hikmah di sebalik ujian ini.
Bersyukurlah jika kita tidak diuji begini rupa. Sayangilah anak2 kita kerana itu amanah dari Allah.

sy menghadapi situasi yang sama beberapa bulan lepas.. anak sulung sepatutnye... tapi dah xde rezeki.. hampir 7 bulan.. bayi mati dlm kandungan..klu nak ckp dari segi perasaan.. sy x mampu membayangkn.. sbb trlalu hancur jiwa dan perasaan... sbb di dlm kandungan kami bersatu rasa..namun, x dpt bersua.. dan bila terbaca n3 ini.. hati sy trlalu trsentuh.. sbb bayi itu dah 9 bulan.. lg luluh hati ibunye sy rase.. tp.. brbalik pada Tuhan.. pasti ade hikmahnye semua ini.. :)
ReplyDelete*maaf sy terlalu emosi hingga komen panjang2.. maaf sekali lagi..*
harap2 dia tabah. mudah2an dikurniakan rezeki lagi dlm masa terdekat. amin.
ReplyDeleteal-fatihah. takziah. semoga tabah menghadapi semua nih.
ReplyDeletepengalaman yg sama...
ReplyDeletekaklong kehilangan anak yg baru lahir,tetapi berusia 21hari...
meninggak diatas pangkauan kaklong,OTW ke hospital...
pernantian berakhir selama 6thn..selepas anak pertama...
persamaan...tiada anak sewaktu berpantang...sedih nya...
salam,
ReplyDeletewalau Ai juga belum dikurniakan zuriat, namun Ai tetap hiba.
semoga mereka sekeluarga tabah.
al-fatihah buat arwah
CPI,
ReplyDeleteSaya hanya mampu bersimpati dgn nasib yg menimpa awak dan suami. Anak sulung pulak tu. Kami dulu anak ke 6. Tapi hati ibubapa mana yg tak sedih. Terutama bagi ibu yg mengandungkan bayi itu.
Semua ni ujian dari Allah dan kita kenalah terima dgn redha.
Saya doakan Allah memberi zuriat yg lain dalam masa terdekat kpd awak suami isteri.
Tak perlu minta maaf. Sesiapa pun yg pernah mengalami perkara ini akan merasa hiba. It's human nature.
salam akhi YB...
ReplyDeleteummi pun kehilangan bayi sulong juga tp baru menjangkau 3 bulan dlm kndungan...
semoga Nida tabah menghadapinya...
insyaAllah lepas nie masih ada rezeki menimang cahaya mata...
:(
ReplyDeletehujan di lembah
hujan juga di hati ku...
Al-Fatihah
moga dia n suami tabah hadapi ujian dr Ilahi.
ReplyDeleteaku igt lagi aku handle kematian bayi dulu... kembar y kedua meninggal lps sebulan abangnya y meninggal semasa lahir...
ReplyDeletekesian si ibu, asyik pengsan saja.... si ayah juga kesian, dahla kematian anak kembar, isteri pulak tertekan...
semua diurus sendirian, hanya sokongan dari kami tenaga kerja y totally strangers..... berat betul tgk bebanan perasaan dia
Saya doakan agar diberi ketabahan dan sabar kepada Nida dan suaminya Farhan .
ReplyDeleteAlfatihah ...
anak sulung saya meninggal ketika lahir..mmg sedih tp pasti ada hikmahnya..
ReplyDeletealfatihah utk arwah..
salam hujung minggu...tadi pegi kenduri di AU2..
ReplyDeleteSedih lea yb. teringat masa lea keguguran dulu. 5 tahun lepas. ni lagilah kan dah 9 bulan. moga ada rezeki lain untuknya nanti.Insyallah.
ReplyDeleteNangis aku baca... huhuhuhu... sedihnya!
ReplyDeleteSedih...teringat arwah anak-anak yg telah meninggalkan kak ct..
ReplyDeleteyg pertama berusia 3 hari...
yg kedua berusia 24 tahun...
Al Fatihah...
sudah ketentuan Ilahi,pasti ada hikmahnya.
ReplyDeletesedihnya...
ReplyDeletemoga keluarga tu kuat hatinya terutama ibunya...
moga Allah memberikan rezeki lagi buat mereka.
al fatihah
mmg sy berhati tisu, sedih.... al fatihah buat bayi yang dah meninggal tu
ReplyDeletetak boleh komen banyak. sedih ni.....
ReplyDeletealfatihah
ReplyDeleteSabarrr..
Salam takziah buat NIDA seluruh keluarga. Moga dia tabah.
*Saya ada 6 orang anak, takleh bayang jika kehilangan salah sorang..
Tijah,
ReplyDeleteHarapkan begitulah.
Tapi berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
zaradgreat,
ReplyDeleteBayi itu insyaAllah akan menunggu ibubapanya di syurga.
Sama2lah kita berdoa agar mereka diberikan kekuatan mengharungi hari2 mendatang ni.
kaklong,
ReplyDeleteOh kaklong pun pernah mengalaminya ya. Bila emak Adam keguguran dulu, rupanya ramai kawan2 dan saudara mara kami yg pernah mengalami perkara yg sama tapi tak pernah bercerita tentangnya sehingga kami melaluinya. Dari komen2 di atas, ramai juga rakan blogger yg pernah mengalami peristiwa spt ini rupanya.
Allah itu Maha Besar dan Maha Mengetahui. Kita terimalah dgn redha. Ada hikmah yg kita tak tahu di sebalik ujianNya ini.
Lama juga kaklong menanti sebelum dapat pengganti. Kami cuma 2 tahun aje. Itu pun ingat dah tak mengandung lagi emak Adam.
psst - kalau takde Adam, tentu tak dipanggil emak Adam. Mungkin panggil emak Haikal hehehe
AiTotYati,
ReplyDeleteWsalam.
Jangankan Yati seorg perempuan tapi saya yg lelaki ni pun sedih. Saya menitiskan airmata masa menulis n3 ini.
Saya doakan Yati dan enJekjek dapat cahayamata dalam masa terdekat.
Ummi Humaira,
ReplyDeleteWsalam ummi.
Kalau kehilangan anak yg dikandung mmg sedih tapi tambah sedih kalau anak sulung.
Allah dah gantikan anak sulung ummi dgn anak2 lain yg semuanya soleh dan solehah.
Kalau semapt ingat nak ajak emak Adam menziarahi Nida dan suaminya petang ni.
kakngah,
ReplyDeleteHujan masih berterusan. Saya rasa kehibaan Nida dan Farhan belum reda.
kakngah berhati tisu juga ya?
sedih aku bang...
ReplyDelete.
setiap keHILANGAN adalah memeritkan
ReplyDelete.
.
apatah lagi anak.
bertabahlah
.
.
.
.
pssttt.. ai hati besi waja.
huhuhuhu...
ReplyDeleteinsyaallah...mudah-mudahan ada peluang lagi
akum. sy br kehilangan kedua2 bayi kembar lelaki. meninggal dlm kandungan masa 34mggu. skrg dlm pantang. Sepjg ngandung mmg xde apa2 mslh, xde apa yg bleh describe hancurnya ati ni.. tp kena cuba redha.smua yg kita ada ni, Allah yg punya.. moga smua yg hadapi redha & tabah
ReplyDelete