Pada 23hb Okt aku ada membuat n3 tentang kuih habuk2. Ramai yg bertanya kuih tu macamana. Demi utk menunjukkan (bukan nak menunjuk2 tau) rupa kuih habuk2 tu, emak Adam dengan gigihnya telah membuat kuih itu lagi pagi ini. Siap pergi kait daun pisang kat pokok di belakang rumah lama kami.
Jangan risau. Makan ia tak terbatuk2 w/p namanya habuk2. Ia dibuat dari sagu biji dan dicampur gula Melaka. Yang nampak perang tu gula Melaka.
Yang enter frame sebelah belakang tu ubi kayu berempah. Specialty emak Adam. Selalu setengah pinggan aku seorang boleh habis tapi pagi ni banyak pula urusan. Tak sempat nak makan telefon dok berbunyi. Ada lagilah ubi tu. Petang nanti buat minum petanglah nampaknya.
Pagi2 lagi (pukul 7:04 am) klien aku dah telefon. Dia ini (bukan Melayu) mmg mula kerja awal. Kalau dia ini org Islam aku rasa pukul 6 (lepas Subuh) dia dah mula kerja. Dia beritahu aku cek bayaran dah siap. Tak banyak pun tapi rezeki juga. Siang sikit tadi aku hantar satu invois lagi kpd sykt dia. Kali ni besar sikit.
Oklah dah azan Zohor tu. Aku nak ke surau dulu.
Yang enter frame sebelah belakang tu ubi kayu berempah. Specialty emak Adam. Selalu setengah pinggan aku seorang boleh habis tapi pagi ni banyak pula urusan. Tak sempat nak makan telefon dok berbunyi. Ada lagilah ubi tu. Petang nanti buat minum petanglah nampaknya.
Pagi2 lagi (pukul 7:04 am) klien aku dah telefon. Dia ini (bukan Melayu) mmg mula kerja awal. Kalau dia ini org Islam aku rasa pukul 6 (lepas Subuh) dia dah mula kerja. Dia beritahu aku cek bayaran dah siap. Tak banyak pun tapi rezeki juga. Siang sikit tadi aku hantar satu invois lagi kpd sykt dia. Kali ni besar sikit.
Oklah dah azan Zohor tu. Aku nak ke surau dulu.
bile nk blanje?
ReplyDeletesukanya aku!
ReplyDeletebila kau jarang2 bukak blog, tapi aku dapat jadi 1st jugak!
mmg aku ade jodoh la..
dgn no 1..
bukan ngan ko.. hakhak
ingat nak 1st tadi...
ReplyDeleteubi rebus
ReplyDeletekopi o panas
pergghhh... lama tak merasa dah
salam, abuk2 tu rasanya pernah belajar masa di kelas home science di form 1/2 tapi itu kali pertama dan terakhir buat dan makan ..
ReplyDeleteI nak ubi tu sikit boleh ???
tak pernah makan abuk abuk nih, mesti sedapkan?
ReplyDeletehehehehe..... kuih ni rupanya.. aku penah tgk, x penah makan or tau namanya...
ReplyDeletedah tu kuih abuk2 y satu lagi ko panggil apa yer
moment,
ReplyDeleteEsok pun boleh aku belanja. Nak jumpa kat sungai tempat ko piknik baru ni. Kita melencong ke sana hahaha
moment lagi,
ReplyDeletememang rezeki dan jodoh ko lah hari ni. Yang lain pergi solat atau pergi makan tadi kot.
Selalu org yg kita tak nak tu lah yg jadi ahaks.
Eja,
ReplyDeleteRamai yg ingat nak jadi no 1 tapi hanya ada satu tempat aje di setiap n3.
Cuba lagi.
Eja lagi,
ReplyDeleteUbi pun dah RM2 sekilo skrg. Kalau dapat yg empuk berbaloi juga. Kalau kena yg terjegil aje tu, mmg frust.
Jemputlah ke sini kalau nak rasa ubi tu. Kopi o pun ada.
silversarina,
ReplyDeletewsalam.
Mak oi lama tu. Ingat ke lagi nak buat abuk2?
Jemputlah ke rumah kalau nak rasa ubi tu. Abuk2 tu pun ada lagi sikit.
Eja lagi dan lagi,
ReplyDeleteKalau tak sedap emak adam tak buatlah abuk2 tu. Jom lah ke rumah. Ada lagi sikit abuk2 tu.
zonaku,
ReplyDeleteInilah kuih habuk2 yg aku tahu. Ko panggil kuih ni apa ek?
Yang satu lagi tu aku pun tak tahu apa namanya. Ko tanyalah org yg buat tu.
mmg nk kena buat kakak angkat gak tau mak adam nih..
ReplyDelete.
Kuih habuk2 bukan kuih jawa ke..? pastu masukkan dalam daun pisang (sebenarnya tak dapat view gambar sebab line slow bebenor)
ReplyDeletedoa semoga rezeki melimpah ruah..
ReplyDeletebukan setakat habuk sahaja
tasek,
ReplyDeleteAku suka dgn ko ni - semua ko nak angkat. Suami angkat, kakak angkat. Jgn ko yg terangkat udah le hehehe
Secara seriusnya, bila ko nak singgah rumah aku ni? Boleh berguru dgn emak Adam.
Lieya,
ReplyDeleteRasanya kuih ni kuih Jawa sbb emak Adam org Jawa. Masa aku kanak2 dulu emak saya selalu juga buat kuih ni. Dia pun Jawa juga hehehe
ikan emas,
ReplyDeleteSemoga doa awak dimakbulkan. Khuatir kalau tak dapat handle bila rezeki dah melimpah ruah huhuhu
salam tuan YB,
ReplyDeletearwah ibu saya pun panggey kuih ni kuih abuk2.. mintak resepi dari mak adam leh? resepi ubi kayu berempah pun nak gak..
tak clear aar kuih habuk2 ni
ReplyDelete.
.
.
.
.
.
dtg anta kat umah petang ni eh...
:D
kalau pB teringin nak makan , mak adam boleh tolong buatkan ker ??
ReplyDeletetapi nak kena mintak tolong YB hantarkan ke Shah Alam ler
lorr..
ReplyDeletemacam mana boleh terlepas pandang entri ni hari ni ???
saya mesti nak buat kuih ni nanti..
tapi pokok pisang dah habis ditebang... huhuhu...
YB,
ReplyDeleteya ini mmg kueh org jawa.
Vanggaaaaa
*maklum deepavali dah dekat, lidah pun pelat*
bro tulis sikit macam mana nak buat kueh tersebut saya budak tak tau masak..tapi liur sudah kecur ma
ReplyDeleteyb,
ReplyDeleteni ewel-ewel (sila pronounce dlm jowo) kan?
lagi sedap kalau panggil ewel-ewel.
hm...sungguh tak sama seperti yg dibayangkan. mana abuknya?
ReplyDeletebila YB tayang gambo baru hengat... sebelum ni bayangan kuih habuk-habuk tu nampak samar-samar je dalam ingatan... kikikikik :P :P
ReplyDeleteOrang kampung panggil "Iwel-iwel"
ReplyDeleteAanas,
ReplyDeletewsalam.
Betullah tu kuih ni dipanggil habuk2 @ abuk2. Emak awak org Jawa ke kerana biasanya org Jawa yg tahu buat kuih ni?
Resipi dia senang aje. Nantilah insyaAllah akan saya sertakan satu hari kelak hehehe
kts,
ReplyDeleteko kena buat speklah kalau tak clear gambar tu.
Ok petang aku hantar. Pukul 6 tunggu aku kat Giant Taman Samudera hehehe
pB,
ReplyDeleteWah ini kalau pizza. Dah order minta pula delivery ke Shah Alam hehehe
a.z.r.i.n.a,
ReplyDeleteSibuk sangatlah tu sampai terlepas n3 ni tadi ngeh3x
Buat jgn tak buat. Bukan susah sgt pun saya tengok emak Adam buat kuih ni. Cuma bab nak racik gula Melaka tu yg leceh sikit (leceh sbb saya yg kena buat huhuhu).
Daun pisang kat pasar kan ada jual. Satu dua pelepah dah cukup.
salam yb..
ReplyDeletedh lama tak makan kuih tu...
dulu masa mak kak ct sihat dia selalu buat..
minggu ni tak boleh rebut 1st la..
nk bg peluang pd kts..
Yati,
ReplyDeleteKreatif juga org Jawa ni ya. Hidup Jawa!
Dah fikir nak cuti Deepavali ke? Cuti 3 hari tak balik Sabak ke?
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteYB, apa bahan yg Kak Lina guna untuk ubi berempah tu..
ReplyDeleteMacam menarik dan tertarik aje..
*suka kuih tradisional ler..
sedapnyaaaa... walopun tgk dalam gambar pn dh tau kata sedappppp
ReplyDeleteYb.
ReplyDeletepastikan buat entri pasal kuih habuk2 ni, orang bukan Jawa nak rasa juga.... takut kempunan nanti
nampak macam enak jerr..
ReplyDeleteYB,
ReplyDeletesaya bukan cuti 3hari tapi 6hari!!! diulang 6 hari ye.
takde maknanya cuti tu sbb enJekjek saya tak cuti.
profesyen kami mungkin sama tapi cuti kami berbeza-beza -_-"
wohhhh begitu rupa parasnya....belum pernah makan lagik ni...mcm kena belanja makan je ni ahak2
ReplyDeleteabuk-abuk ni memang sedap tapi jarang dijual di pasar malam. ke, salah kuih! hmmmm
ReplyDeletethnx Tuan YB. macam nie rupanya. ok. rasenye penah makan kot..
ReplyDeleteIM tak pasti,pernah makan ke tak kuih ni...
ReplyDeleteb.r.u.t.a.l.s.o.l.o,
ReplyDeleteCukuplah tulis sikit aje. Bukan susah sgt nak buat kuih ni. Lagipun blog ni bukan blog masak memasak hehehe
Syida,
ReplyDeleteMungkin ada org tempat lain panggil ewel2. Org tempat saya panggil habuk2 sejak dari dulu lagi.
Ewel2 nampak sangat keJawaannya hehehe
gadisBunga,
ReplyDeleteAwak bayangkan mcmana?
Sagubiji tu kalau yg hancur adalah abuk. Mungkin dari situlah asal nama kuih ni.
syah,
ReplyDeletetak rugilah saya ambil dan tayangkan gambarnya kali ni. Skrg dah jelas kuih tu mcmana.
ckLah,
ReplyDeleteSamalah dgn org kampung Syida.
Org Keramat panggil habuk2.
kak ct,
ReplyDeletewsalam.
Kalau nak makan kuih ni datanglah sini. Org dulu mmg rajin masak kuih ni. Emak pun masa boleh memasak buat kuih ni juga.
Kenapa pulak tak boleh rebut 1st minggu ni? Tak bestlah takde saingan hebat utk yg lain tu.
KTS dah ditakdirkan menjadi yg kedua.Dia pun redha dgn perkara ini.
a.z.r.i.n.a,
ReplyDeleteUbi tu direbus dgn tumisan bawang putih, bawang kecil dan ikan bilis yg ditumbuk separuh hancur. Rebus sehingga air rebusan hampir kerang. Dah siap taraaaa.
GaDis CoMeL,
ReplyDeletekuih habuk2 atau ubi tu yg sedap? Tapi bagi saya dua2 sedap. Tak percaya, cubalah.
ibuintan,
ReplyDeleteDah 2 n3 pasal kuih habuk2 ni. Cukuplah rasanya tu. Nanti org kata saya takde modal lain pulak huhuhu
en_me,
ReplyDeleteBukan setakat nampak mcm enak tapi rasa pun mmg enak.
Yati,
ReplyDeleteWalawei cuti sampai 6 hari. Nasib baik saya kerja sendiri. Nak cuti sampai 16 hari pun boleh. Kalau tak tentu jeles dengar awak cuti sampai 6 hari.
En Jekjek kerja kuat sgt. Dah hujung tahun pun masih pulun ke?
psst - tak balik Sabaklah ek?
Ms. Lilies,
ReplyDeleteBegitulah paras rupanya si habuk2 tu. Nama tak cantik tapi rupa boleh tahan cun. Rasa mmg cun habis.
Bolehlah ke sini lain kali kalau nak merasa. Nanti saya minta emak adam buat lebih sikit hehehe
nottingham,
ReplyDeleteKuih ni sedap tapi tak ramai yg nak komersialkan. Balik2 karipap, seri muka dan cucur badak hehehe.
MasZuber,
ReplyDeleteJanganlah panggil saya Tuan. Rasa mcm jadi pegawai tentera atau polis pulak hehehe.
Terima kasih kembali. Harap org2 yg nak tahu mcmana kuih habuk2 ni puas hati.
Insan Marhaen,
ReplyDeleteMungkin dah lama sangat awak tak makan kuih ni. Itu yg tak pasti.