Semenjak dua menjak ni ada yg kata n3 aku 'berani mati' dan 'mengancam'. Tak tahulah apa yg berani mati dan mengancam sangat tu. Jadi kali ni aku nak buat n3 yg inesen. Baca tajuk aje pun dah tahu. Begini kisahnya.
Pagi tadi emak Adam buat kuih habuk2 utk sarapan kami. Dia juga menyediakan roti canai dan roti bom kerana ada gulai ayam dan kari ikan tenggiri. Mertua aku masih di rumah kami sejak seminggu yg lalu. Jadi bertambah rajinlah emak Adam memasak.
Petang ni tadi aku menghantar Haizam dan Atikah ke Time Square utk mencari baju utk Jamuan Pengawas sekolah Haizam yg berlangsung di sebuah hotel malam ni. Aku cuma hantar mereka pergi. Balik mereka setuju nak naik monorel dan LRT sbb masa tu mesti traffic jam. Tapi sebelum aku turunkan mereka aku berpesan pada Atikah supaya membelikan sedozen donut Krispy Kream. Haikal suka makan donut tu. Dia suka yg plain. Atikah pula suka yg ada mcm2 rasa. Aku suruh Atikah beli yg plain 6 biji dan yg ada pelbagai rasa tu 6 biji. Sementara Atikah dan Haizam pergi membeli donut tu aku menunggu di depan lobi Time Square di dalam kereta. Biasanya pak guard yg berjaga di situ tak akan membenarkan kereta berhenti lama di situ kecuali kereta2 mewah. Pilih bulu betul pak guard ni.
Tapi petang tadi dia tak halau aku pun w/p aku tak bawa kereta mewah. Mungkin disebabkan gaji mereka nak naik tak lama lagi kot. Atau pak guard tu ingat aku ni drebar mak datin yg suaminya sedang sibuk bersidang di PWTC.
Setelah menunggu hampir 10 minit Atikah keluar membawa satu beg plastik berisi 2 kotak donut. Aku pun ambil beg plastik itu lalu bergerak meninggalkan Time Square sebelum jalanraya di bandaraya menjadi lebih sesak.
Setelah sampai di rumah, aku menghulurkan 2 kotak donut itu kpd emak Adam. Boleh dibuat minum petang.
Semasa minum petang, ibu mertuaku bertanya, "Sebijik donut ni dapat 50 sen?"
Aku dan emak Adam berpandangan. Terkesima.
Kemudian emak Adam memecah sunyi dgn berkata, "Sebijik dalam dua ringgit tu emak."
Terkejut beruk orang tua tu. Lalu emak mertua aku makan habuk2 yg masih berbaki dari sarapan pagi.

Terkejut
Kuih abuk2 tu acana ghupenya?
ReplyDeletekuih abuk2 kuih jawa tu ke YB? sedapnya donut.. ruginya la mbah tak nak makan donut mahal..hihihi
ReplyDeletekalau donat ada, aku nak donat. hihihi
ReplyDeleteKuih abuk-abuk sagu tu kan YB. Yg ada gula merah atau gula melaka.
ReplyDeleteArwah nenek kalau datang KL dulu mesti buatkan.. Kalau guna daun pisang lagi sedap dari guna talam.
wah...dah lama saya tak buat tu..
sejak berblogging ni byk yg tak sempat.. hehehe..
paling terakhir beli donat glamer ni 3-4 bulan lepas di Jejantas Sg Buloh DDonut.
ReplyDeleteEmak saya pun mesti kata camtu..
skrg semua dah mahal. RM50 dh tk jadi apa. sikit lagi kita pun jd mcm Indon..pakai juta2
ReplyDeleteateeeee, kalau bli donut kat tempat mewah2 memangle mahal.
ReplyDeletekehkeh.
jgn mkn banyak2 donut mahal tu. sbb donut mahal banyak gula. tu sbb jadi mahal (^_^)
harga bertepatan dengan tempat jual. kalau tepi jalan mungkin donut tu harganya 50sen...
ReplyDeletesalam akhi YB...
ReplyDeletekuih abuk2 rupanya leper , dlm nya ada inti kelapa n disalut dgn debu kacang hijau tu ker? huuuuu lama tak makan kuih tu
erm... tggu YB post gamabr kuih habuk2 ... uhuk uhuk .. terbatuk den
ReplyDeleteceh, igtkan nak selit sikit ayat berani mati dan mengancam! boring aah! :p
ReplyDeleteMs.Lilies,
ReplyDeleteKuih habuk2 dibuat dari sagu biji dan ditaruh campuran gula melaka dan gula pasir. Dibungkus dgn daun pisang dan dikukus sehingga masak.
krispy kreme saya tak penah cuba... mungkin satu hari nanti...
ReplyDeletesebiji 2 ringgit? saya rasa cam lebih je... hehehehe :D :D
Lieya,
ReplyDeleteHa'ah kuih tu itu. Sedap dimakan panas2.
Ibu mertua saya tak makan kalau benda2 yg dia tak pernah makan. Dia makan apa yg dia dah biasa makan aje. Takpelah cucu2 dia ada tukang habiskan donut mahal tu.
Kyuubi,
ReplyDeleteAda lagi sikit donut tu. Silalah ke sini. Nanti saya masukkan dlm microwave oven, sedaplah mcm baru masak hehehe
suh la emak adam bt donut yg serupa mcm donut krispy cream tu YB
ReplyDeleteteringat ke makwo (nenek) yg tinggal bersama kami hingga akhir hayatnya.... dia selalu bagi rm5 kat mem besar, suruh beli pisang, apam balik, jagung rebus, akok dll.. dia tak tau RM5 tu nak beli pisang sesikat pun tak berapa lepas. Kalau dia tau berapa harga semua benda yg dia pesan tu, harus dia pengsan.... hahaha!
ReplyDeletea.z.r.i.n.a,
ReplyDeletebetul tu. Semalam kami guna gula Melaka. Saya yg tolong racik gula Melaka tu. Tambah gula pasir sikit biar manis.
Arwah nenek awak mesti jenis yg rajin memasak.
Nampaknya kenalah awak kurangkan berblog dan berfb hehehe
a.z.r.i.n.a lagi,
ReplyDeleteTak boleh makan selalu donut mahal ni bukan saja kerana ianya mahal tapi kerana banyak kandungan gulanya.
Org2 tua tak boleh terima makanan yg simple mcm donut dan pizza ni harga giler2.
Rozita,
ReplyDeleteHakikat yg pahit tapi terpaksa kita terima huhuhu.
Harga barang semua naik tapi gaji tak naik setara dgn harga barang. Tadi pagi kami pergi pasar tani pun dah habis 3 -4 keping duit RM50
AiTotYati,
ReplyDeleteSkrg dah ada beberapa jenama donut mahal ni kat M'sia. Dulu Dunkin Donut aje tapi kerana tengok ianya laku, yg lain2 pun nak jual donut. Saya ingat lagi DD tu sewa ruang kat stesen minyak tempat saya kerja dan jualannya purata RM400 sehari. Itu baru sewa ruang kecil aje.
Budak skrg tak mainlah kalau kuih keria atau donut biasa tu huhuhu
Insan Marhaen,
ReplyDeleteIanya mahal bukan saja kerana tempat di mana ia dijual tapi kerana jenamanya. KK doughnut ni belum ada banyak cawangan tapi kalau naik AirAsia ada dijual dlm penerbangan.
i tetap suka yang habuk2 itu..:)
ReplyDeleteUmmi Humaira,
ReplyDeleteWsalam ummi.
Itu bukan kuih habuk2. Yg emak Adam buat guna sagu biji dan dicampur gula melaka serta dibungkus dgn daun pisang.
T@sh Sch@,
ReplyDeletetinggal satu aje kuih habuk2 tu. Kalau sempat nanti saya ambil gambarnya dan upload kat sini. Kalau tak sempat tunggu bila emak Adam buatnya lagi.
Uhuk uhuk
gadisBunga,
ReplyDeletekalau selit nanti org kata saya mengada2 pulak huhuhu.
Awak suka ke yg berani mati atau yg inesen mcm ni?
syah,
ReplyDeletekrispy kreme ni tak banyak tempat jual. Francisee utamanya kumpulan Berjaya Group. Itu sbb ada kedai di Time Square milik Berjaya Group tu.
Semalam sedozen tu RM25+ kalau tak silap. Atikah yg bayar, saya tunggu dlm kereta aje.
KSWSK,
ReplyDeleteAda juga emak Adam buat yg mcm tu tapi mana nak sama sbb KK tu gunakan mesin. Boleh tengok mcmana dia mengorengnya kalau pergi ke kedai di Berjaya Time Square tu.
Shifu,
ReplyDeleteMakwo tinggal dgn awak sampai dia meninggal. Besar pahala awak sekeluarga jaga dia tu. Bukan semua org dapat peluang mcm tu. Tapi kena banyak bersabar kan?
Itulah kadang tak sampai hati nak beritahu harga sebenar barang2 skrg kpd org2 tua yg minta kita tolong belikan. Tak ambil duit tu mereka beriya2 suruh kita ambil. Kalau diambil tak cukup mana pun.
MasZuber,
ReplyDeleteLain kali kalau emak Adam buat lagi bolehlah awak datang merasa. Bukan jauh sgt dari tempat awak kalau nak kemari hehehe
antara abuk2 dan donut tu..Yb pilih yang mana?
ReplyDeleteari tu aku dah try KK, tp x sedap la pada tekak aku..
ReplyDeleteaku tau abuk2 y can umi kata tu jer.... kalau y lain aku x tau
ibuintan,
ReplyDeleteDua2 saya makan. Pagi semalam saya makan abuk2 dan petang pula makan donut. Dah beli kenalah makan hehehe
zonaku,
ReplyDeleteLain org lain minatnya. Ada yg suka DD, Big Apple dan J Co. Terpulanglah. Tapi semuanya mahal.
Saya tak pernah pula makan abuk2 yg mcm Ummi cakap tu. Ko tahu buat ke? Bolehlah aku rasa nanti.