Monday, October 25, 2010

Weekend Husband

Malam tadi aku pakai t-shirt ini utk tidur.


Aku beli dgn harga RM5 sempena Sukan Tahunan Jabatan Kejuruteraan (Engineering Manager Annual Sport atau EMAS) pada tahun 1995. Dah lama tu. Mungkin ada antara korang yg pakai pampers aje lagi masa tu hehehe. Sekejap betul masa berlalu.

Aku bukan nak citer tentang baju tu. Aku nak citer tentang weekend husband. Pada tahun 1995 aku diarahkan pulang ke HQ Shell di Miri setelah lebih 5 tahun aku mengikut pasukan projek di KL, JB dan KL semula. Pada tahun tersebut anak sulung aku dah masuk darjah 1 di KL. Bila diarahkan pulang ke Miri aku beritahu emak Adam tak perlu ikut kerana aku akan cuba pulang semula ke KL sebelum hujung tahun. Masa tu dalam bulan Feb kalau tak silap.

Maka aku pun berpindahlah ke Miri dgn sebuah beg saja w/p sykt menyediakan sebuah kontena utk mengangkut barang2 aku. Seperti kakitangan lain yg baru pindah, aku ditempatkan di rumah pegawai milik sykt utk tempoh sebulan sebelum pindah ke rumah sewa atau rumah sendiri.

Tak lama selepas aku berpindah, bulan puasa pun tiba. Nasib baiklah bulan puasa. Kalau tak aku akan tetap berpuasa kerana hidup sendiri hahaha.

Raya tahun tersebut aku ambil cuti panjang. Dekat sebulan aku cuti sampai saudara mara dan sahabat handai yg datang ke rumah kami beraya merasa jeles. Tak tahulah jeles atau mereka ingat aku dah tak kerja lagi

Selepas kembali bertugas di Miri bermulalah episod menjadi weekend husband. Setiap dua minggu sekali aku akan balik ke KL. Masa tu mana ada AirAsia. Naik MAS bukan murah. Tambang paling murah utk pakej minima 72 jam dah > RM800. Utk layak pakej ini aku kena balik petang Jumaat dan pulang semula ke Miri petang Isnin. Ini bermakna aku kena mengambil cuti pada Isnin. Takkanlah aku nak cuti setiap dua minggu. Mesti bos tak kasi. Jadi apa yg aku buat aku akan meminta jika ada mesyuarat di KL ianya diadakan pada hari Isnin. Kalau tak pun pada hari Jumaat. Dapatlah aku menghabiskan hujung minggu dgn anak2 dan emak kpd anak2 aku tu! Masa tu aku ada 3 org anak.

Sementara rutin ini berjalan aku berusaha minta ditukarkan ke KL utk selamanya. Tapi pihak HR sentiasa memberi jawapan negatif. Aku pernah memohon diberi pakej VSS tapi Pengurus aku (Mat Salleh) dan HR (Melayu) marah kpd aku. Mereka kata sykt tak akan melepaskan staf yg cekap spt aku rasa kembang jugalah masa kena puji tu Mereka hanya melepaskan mereka yg kurang potensi atau yg tak berapa pandai buat kerja. Aku kata kalau mcm tu senang aje. Beri aku sedikit masa - mereka boleh melihat aku tak boleh buat kerja atau potensi aku merundum. Lagilah mereka bengang dgn apa yg aku katakan itu they didn't think it was funny.

Dalam pada itu aku masih berulang alik antara Miri dan KL. Kadangkala setiap minggu aku balik KL. Emak Adam tentulah happy tengok aku kerap balik. Tapi MAS pun happy juga sbb banyak aku menyumbang kpd pendapatan mereka, semua gara2 aku menjadi weekend husband huhuhu.

Dipendekkan citer, pada bulan Nov 1995 aku ditawarkan kerja di Shell KL. Itupun setelah mereka mendapat tahu aku dah pergi temuduga dgn sebuah sykt minyak lain di KL.

Bila aku terima tawaran kerja di Shell KL gaji aku terpaksa diturunkan hampir 10% sebab gaji di Miri mmg lebih tinggi. Demi kesejahteraan keluarga dan tak mahu lagi menjadi weekend husband lagi, aku pasrah.





57 comments:

  1. utk kebahagiaan apa salahnya ;D

    ReplyDelete
  2. beraninya emak adam! kalau aku laaa.. aku ikut ke mana saja suami pergi... nak nak suami mcm ko.... ulat bulu pun surrender tau

    hihihi :P

    ReplyDelete
  3. skang aku dah tau kenapa org shell sabah klu nak meeting kat tmpt kitorang mesti nak ari isnin.. rupa2 ada udang di sblk pizza..
    .
    .

    org shell sbh tu pun org semenanjung cam ko gak.. ;D ko kenal tak?? eh.. ko kat miri kaan

    ReplyDelete
  4. tahun 95... ermmmm.. ya.. aku masih pakai pampers lagi

    .
    .


    .
    .


    oh... mudanya rasa :P

    ReplyDelete
  5. kts,
    memang ko dah ditakdirkan jd kedua, terima sajalah hakikatnya.

    yb,
    airasia takde, henpon pun mahal lagi,nak berhubung dgn keluarga susahkan.

    kts,
    tahun 95 ko pakai pampers? aku dalam perut mak aku lagi tem tu, baru belajar pusing kiri kanan.

    ReplyDelete
  6. tgk perkataan "EMAS" kat baju tu memula ingat "Warga Emas".,ehehehe.

    ReplyDelete
  7. dan skrg semuanya sudah berakhir. Emak Adam boleh hari2 jumpa dgn bapa Adam

    ReplyDelete
  8. Huhuhu.. suami saya masih lagi menjadi weekend husband... dah bertahun2 dah...

    Dulu dia di KL... saya di Melaka... menjaga mertua... 5 tahun... kemudian dia balik Melaka setahun je... bekerja pula di S.Alam... setahun jadi weekend husband... Bila saya pindah ikut dia ke Shah Alam... dia lari pula ke Jeddah... 3 bulan baru dpt jumpa... bila project di Jeddah dah habis... dia balik pula ke Melaka... dan saya masih di Shah Alam. Takut pula kalau tahun depan saya balik ke Melaka... dia pula kena duduk tempat lain pula...

    Tak taulah sampai bila akan jadi weekend wife...hehehe

    ReplyDelete
  9. time2 tu rasa sungguh tak syok kan...

    saya pun skrg hsbd takde...nun hujung tahun baru balik...huhuhu

    ReplyDelete
  10. pB,

    kenangan lama muncul kembali setelah memakai baju tu malam tadi.

    ReplyDelete
  11. kts,

    Ko dah ditakdirkan menjadi yg kedua. Redha ajelah.

    Atau mmg ko yg memilih utk menjadi yg kedua? ahaks

    ReplyDelete
  12. Syida,

    Dalam pasrah dengar citer awak nak berpindah ke padang yg lebih hijau rumputnya hehehe

    ReplyDelete
  13. Mak Su,

    Dalam hidup ini kita berdepan dgn pilihan dan membuat keputusan. Kalau tak tahu mana yg terbaik kita serahkan kpd Allah. Dia akan memberi kita yg terbaik w/p mungkin pada lahirnya ia bukan yg terbaik.

    ReplyDelete
  14. kts,

    Masa tu ko belum ada. Mmg beranilah emak Adam hahaha

    ReplyDelete
  15. kts,

    ada juga faedahnya n3 aku ni. Sekurang2nya skrg ko tahu kenapa.

    Betullah kata aku semalam. Ko lah udangnya hehehe

    ReplyDelete
  16. kts lagi,

    terlepas nak komen tadi. Sabah Shell dan Sarawak Shell tu kebanyakan org yg sama. Aku dulu nama aje kerja dgn Sarawak Shell tapi aku ada juga buat kerja utk Sabah Shell sbb opis kami kat Miri. Yg kat KK tu ada berapa org aje.

    Ko pergi sekolah pakai pampers lagi ek? Ini mesti kencing berak tak tahu nak cakap

    Run baby run . . . .

    ReplyDelete
  17. juliet,

    betul kata ko tu. Mmg kts ditakdirkan menjadi yg kedua. Ko yg terakhir hehehe

    Henpon mmg mahal. Dahlah tu banyak tempat takde signal. Dari aku habis duit bayar bil lebih baik aku kumupul buat beli tiket kapalterbang.

    Sesuailah ko jadi yg terakhir kalau ko baru berusia 15 tahun hari ni. Nak kahwin pun belum cukup umur hahaha

    ReplyDelete
  18. Rozita,

    semuanya sudah berakhir 15 tahun yg lalu. Skrg bukan saja saya sudah tidak menjadi weekend husband tapi saya dah jadi FULLTIME husband. Hari2 duduk kat rumah hehehe

    ReplyDelete
  19. juliet lagi,

    Warga emas tu mahal harganya. Kena buat baik dgn mereka.

    ReplyDelete
  20. Kak Anie,

    Terima kasih kerana sudi berkongsi kisah hidup Kak Anie dan suami sebagai pasangan hujung minggu.

    Kalau sama2 redha dan demi kebaikan masa depan keluarga tak salah kalau berkorban. Tapi satu hari kena juga settle down. Rugi tak nampak anak2 membesar di depan mata. Duit boleh dicari tapi kasih sayang kpd keluarga tak ternilai.

    Semoga rutin menjadi weekend wife Kak Anie berakhir tak lama lagi.

    ReplyDelete
  21. Ms.Lilies,

    Mmg tak syiok. Itu sbb saya aktif dgn kegiatan keagamaan, kemasyarakatan dan sukan semasa saya hidup membujang di Miri selama 9 bulan tu utk mengisi masa lapang dgn kegiatan berfaedah.

    Mesti awak rasa lama dari skrg sampai hujung tahun. Lebih2 lagi baby awak nak juga bermain dgn ayahnya.

    ReplyDelete
  22. salam yb..

    membaca n3 ni tringat la kisah kak ct masa ujung thn 2008 sampai prtghn 2009...

    masa tu hari2 ulangalik ipoh-kl mcm pegi coket je..

    naik tren pg kul 5.30 dr kl
    naik tren ptg kul 6.00 dr ipoh

    ReplyDelete
  23. gadisBunga,

    Betul ke you tak kisah ni? Banyak pengorbanan diperlukan.

    ReplyDelete
  24. kak ct,

    Wsalam.

    Kalau dah setiap hari tu kira kalah pergi Chow Kit.

    Rasanya konduktor tu pun dah kenal kak ct. Sayang masa tu belum ada ETS. Kalau tak sekejap aje sampai.

    ReplyDelete
  25. Abg pun ada kawan sama belajar bekerja di BP rasanya. Sekarang bertugas di Sarawak.

    Gaji berbeza betul bila kerja di OGP ni...

    ReplyDelete
  26. Ada persamaan lah...

    Taktik yg sama saya guna masa di sini 3 tahun lepas... hehehe..

    baru dorang nak 'up' sikit.

    ReplyDelete
  27. a.z.r.i.n.a,

    Org ramai yg ingat kerja sykt minyak ni gajinya besar. Tapi mmg besar pun hahaha

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum akhi YB...

    kalau sekarang tentu best kerja kat Miri kan , dah ada Air Asia tambang murah..tiap2 minggu boleh balik... he he he

    1995 anak sulong ummi baru 2 thn ,ummi baru berhenti kerja n tahun tu juga ummi baru berpindah dr Taman Melati ke KD...kenangan

    ReplyDelete
  29. salam ,

    weekend husband dah makin jadi trend masa kini , apa yang penting pasangan masing2 faham akan tanggungjawab masing2 dalam tinggal berjauhan ...

    btw, dah lebih dari 5 tahun suami saya memegang status 'suami bulanan '.. huhuhu .

    ReplyDelete
  30. waduh tahun 1995?

    saye baru form 2 Tuan YB..

    terasa muda pulak(ketika itu)

    ReplyDelete
  31. oooo.. itu ke maksud weekend husband...

    ReplyDelete
  32. ye..kalo pjj ni memang kos tinggi..hehehehe

    ReplyDelete
  33. ye..kalo pjj ni memang kos tinggi..hehehehe

    ReplyDelete
  34. a.z.r.i.n.a,

    Pandai awak guna taktik tu. Tapi kalau pekerja yg baik lambat laun sykt akan memberi pengiktirafan juga. Kalau boleh biarlah cepat kannn?

    ReplyDelete
  35. Ummi Humaira,

    Waalaikum salam ummi.

    Jiran saya di taman ini bekerja di Miri skrg. Dia dulu pegawai polis tapi berhenti awal sbb nak masuk Shell (gaji lagi besar hehehe). Dia tak bawa famili kerana ingat kontrak 2 tahun. Tapi skrg dah 8 tahun jadi monthend husband. Guna AirAsia kalau nak balik.

    Anak Ummi yg sulung sebaya dgn anak saya yg no 3. Tahun ni ambil SPM.

    Oh dah 15 tahun ummi duduk KD. Dulu dipanggil Pusat Bandar Sg Buloh kan?

    ReplyDelete
  36. maintain nye badan ko.. muat lagik baju tawon 1995 tuuh.. hahaha..

    weekend je jumpa anak bini??.. moga2 aku tak diuji sebegitu.. tak sanggup weih.. huhuhu.
    (tak syok la laki takdak.. nanti takde org nak hantar aku pegi opis dan jemput aku dari opis balik umah!.. hahaha)

    ReplyDelete
  37. erm...

    tentu mak adam tak duduk diam bila tau YB dipindahkan ke Miri ...

    huhuh
    kalu me pun ... aishk!!! xleh jadi ... me nak ikut ...

    ReplyDelete
  38. mengulit kenangan...



    hehehhe...


    takpe2.. family come 1st

    ReplyDelete
  39. alahai! weekend husband and monthly husband.... Pengorbanan untuk keluarga amatlah bermakna... Akhirnya sekarang sentiasa berada di sisi. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  40. yb,
    pindah ke padang rumput yang lebih hijau?i dont get it. apakah sebenarnya yang tersirat itu?

    ReplyDelete
  41. sy pun terpaksa lepaskan bonus dan duit insentif kawin sbb nak ikut bakal suami.


    baek takkkkk?

    hahaha

    ReplyDelete
  42. silversarina,

    Wsalam.

    Trend ni rasanya dah lama. Semasa saya kerja di JB (famali saya ikut sekali) rakan2 dari Petronas Carigali ramai yg menjadi weekend husband. Itu tahun 1992 -1993.

    Maknanya perkara ini dah lama.

    Tapi dulu atau skrg, yg penting saling memahami tanggungjawab dan amanah kpd pasangan.

    Dengar status 'suami bulanan' awak tu akan berakhir tahun depan. Baguslah tu.

    ReplyDelete
  43. DrSinga,

    Muat tapi ketak sikitlah. Dari tahun 1995 saya dah naik 15 kg. Setahun dlm sekilo huhuhu

    ReplyDelete
  44. MasZuber,

    Jauh berjalan luas pengalaman. Tiba2 pula saya terasa dah tua.

    ReplyDelete
  45. Insan Marhaen,

    Itulah maksudnya. Ini bukan part time lover hehehe

    ReplyDelete
  46. Lieya,

    Kos tinggi utk PJJ (perkahwinan Jarak Jauh ke?) dari segi tambang dan tepon masih ok. Jangan kos tinggi yg perlu dibayar kerana keretakkan rumahtangga sudahlah. Itu kos yg sangat tinggi dan tak berbaloi. huhuhu

    ReplyDelete
  47. TINY,

    Boleh tahanlah badan aku ni tak naik sangat. Cuma skrg ni aje mcm kena pam huhuhu.

    Kalau boleh aku pun tak nak jadi weekend husband masa tu. Tapi kesian famili aku dah berpindah randah dari Miri ke KL ke JB ke KL. Mmglah kompeni sediakan khidmat packing tapi letih juga jika setiap 1.5 - 2 tahun kami nak pindah. (Elaun pindah boleh tahan).

    Aku tak rasa ko boleh tahan kalau suami ko tak hidup di samping ko dan keluarga. Korang terlalu dependent on each other. Which is good!

    ReplyDelete
  48. T@sh Sch@,

    Sebaik kami bernikah saya dah bawa emak Adam ke Miri. 4 tahun dia di sana sebelum kami pindah ke Semenanjung kerana tuntutan tugas saya.

    Dia ok masa saya balik Miri sorang2 pada 1995 kerana saya dah janji sebelum hujung tahun tersebut saya akan balik semula ke KL w/p jika terpaksa berhenti kerja Shell.

    Kalau awak baru kahwin eloklah ikut suami.

    ReplyDelete
  49. PnConfused,

    Kenangan silam yg mengajar erti pengorbanan.

    Yes family first. Duit boleh cari.

    ReplyDelete
  50. Riz Ardy,

    Saya tabik mereka yg boleh bertahan bertahun2 melalui rutin ini. Harap ianya tak berpanjangan. Kalau tak ditentukan berapa lama ianya akan berakhir, takut terlalu lama.

    Bukan skrg aje telah berada di sisi tapi pada penghujung 1995 lagi. Tak sampai 11 bulan.

    ReplyDelete
  51. Syida,

    Dengar nak tukar tempat kerja? Betul ke?

    We take it offline.

    ReplyDelete
  52. GaDis CoMeL,

    Hang nak ikut suami hang duduk mana? Takde can nak jumpa hang kat Bayan Baru lah kalau lagu ni huhuhu.

    Eloklah tu. Tempat isteri di sisi suami. Terutama baru lepas kahwin.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails