Emak mertua sepupu aku yg tinggal di Taman Melawati meninggal dunia pagi tadi kerana sakit tua. Aku ke masjid di sana petang tadi. Jenazah disembahyangkan selepas solat Asar sebelum dibawa ke tanah perkuburan berhampiran.
Semasa talkin, yg mati dan yg hidup diingatkan tentang alam kubur dan Hari Akhirat.
Hidup kita di dunia ini tak lama. Purata dalam 60 -70 tahun. Mungkin ada yg sampai 80 - 90 tahun tapi kalau semua dah tak kuat dan nyanyok pula tu tiada gunanya hidup lama2.
Itu bagi yg panjang umurnya. Ada pula yg muda dah mati. Kemalangan, demam denggi (dah dekat 90 org mati tahun ni saja), H1N1, barah (siapa yg hisap rokok tu ingat sikit), lemas, kena serangan virus misteri dan macam2 punca lagi.
Semasa kita hidup di dunia ini dan sebagai insan semestinyalah kita menyumbang sesuatu. Kalau tiada sebarang sumbangan memang buat semak dunia aje. Nak sumbang apa?Takkan nak minta sumbangkan lagu kot
Sebagai manusia kita kena menyumbang kepada KEMANUSIAAN dan sebagai insan yg hidup kita kena menyumbang kepada KEHIDUPAN.
Sudahkan anda menyumbang?
Semasa talkin, yg mati dan yg hidup diingatkan tentang alam kubur dan Hari Akhirat.
Hidup kita di dunia ini tak lama. Purata dalam 60 -70 tahun. Mungkin ada yg sampai 80 - 90 tahun tapi kalau semua dah tak kuat dan nyanyok pula tu tiada gunanya hidup lama2.
Itu bagi yg panjang umurnya. Ada pula yg muda dah mati. Kemalangan, demam denggi (dah dekat 90 org mati tahun ni saja), H1N1, barah (siapa yg hisap rokok tu ingat sikit), lemas, kena serangan virus misteri dan macam2 punca lagi.
Semasa kita hidup di dunia ini dan sebagai insan semestinyalah kita menyumbang sesuatu. Kalau tiada sebarang sumbangan memang buat semak dunia aje. Nak sumbang apa?
Sebagai manusia kita kena menyumbang kepada KEMANUSIAAN dan sebagai insan yg hidup kita kena menyumbang kepada KEHIDUPAN.
Sudahkan anda menyumbang?
888. Cantik nombor batu. Setelah kita mati, ini semua tak bererti lagi huhuhu
Sent via BlackBerry from Maxis
Aduhh yB..gambar kubur ni yang buat seram sejukkk ni..
ReplyDeleteYb prgi nempah ke satu?....hahaha gurau Yb
ReplyDeleterelevan,
ReplyDeletewah cepatnya awak komen. Belum sempat masukkan teksnya lagi hahaha.
Takut ke tidak kita semua akan ke sana satu hari nanti.
psst - kubur org Islam mmg seram sikit. Kubur cina kurang sikit. Masa sekolah dulu malam2 kami cari harta karun kat kubur cina. Kerja gila ngeee
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteibuintan,
ReplyDeleteKalau boleh saya nak tempah kubur kat kampung saya di Kg Datuk Keramat satu lot. Kalau boleh banyak lagi bagus - boleh tempat utk sekeluarga. Saya nak korner lot lagi hahaha.
Tapi kita tak tahu di mana kita akan mati.
semoga rohnya ditempatkan bersama orang soleh serta dijauhkan dari azab kubur serta api neraka
ReplyDeleteterbaru dari saya : ayam berkokok hujan pun turun
salam takziah..
ReplyDelete..bila ada kematian selalunya kita akan mula muhasabah diri sendiri..
cumanya adakah kesannya akan lama, atau sebentar cuma....
usia muda atau tua tidak menunjukkan apa-apa..
al-fatihah..
ReplyDeletedengan ini ai nak menyumbangkan alfatihah kpd beliau.semoga rohnya dicucuri rahmat.
ReplyDeleteinnalillahiwainnailaihirojiun
ReplyDelete.
.
nak sumbang suara yang sumbang pun takleh.. aurat wanita kaan..
err...
bagus soalan awak tu ! tapi tak yah cakaplah apa yang kita dah sumbang.
ReplyDeletep/s: ada tak awak dengar orang mati kerana berbelog ?
a kl citizen,
ReplyDeleteAmin. Begitulah hendaknya.
zaren,
ReplyDeleteterima kasih bagi pihak keluarga sepupu uncle.
Kalau bermuhasabah diri jika ada kematian kira baguslah. Ada org bila ada kematian tak ambil pelajaran pun. Datang hanya borak2 pasal dunia sambil hisap rokok di bawah pokok huhuhu.
Lama atau sekejap kesan tu bergantung kepada tahap iman seseorg.
zino,
ReplyDeleteal-fatihah utk semua saudara2 Islam kita yg telah mendahului kita juga.
syidagorjes,
ReplyDeleteterima kasih di atas sumbangan awak tu. Jgn lupa kalau saya pergi dulu sebelum awak sumbangkanlah al-fatihah sekurang2nya selama 100 hari ngeeee
syidagorjes lagi,
ReplyDeletesemangat nampak sampai 2 kali submit.
Tambah al-Fatihah utk saya jadi 200 hari kalau mcm tu hehehe
kts,
ReplyDeleteada beberapa pendapat ulama mengenai persoalan samada suara wanita merupakan aurat atau bukan. Kalau nak tahu lanjut jom ikut saya ke kelas agama di surau. Dah lama awak tak datang ke surau saya ni. Dah lebih setahun sejak awak skodeng saya hari tu hehehe.
Malam esok kalau awak free jemputlah datang ke majlis ceramah Israk Mikraj.
al-lavendari,
ReplyDeleteterima kasih di atas pujian abg tu walaupun bukan itu yg saya cari.
Soalan ini tak perlu dijawab di khalayak ramai. Cukup dlm diri kita aje. Apakah sumbangan yg boleh kita tunjukkan di Akhirat kelak ketika bertemu dgn Allah.
Setakat ni saya belum dengar ada org mati kerana berbelog. Tapi ramai yg setengah mati kalau tak dapat berbelog. Blogger tegarlah tu hahaha
aku tgh berkira2 utk daftar jadi penderma organ
ReplyDeletekacau betul la iklan munchy tu...tak leh nak feeling langsung
ReplyDeletesalam, betul YB kita mmg kena byk menyumbang...setidaknya itulah juga 'saham' akhirat kita...yg akan kita rasa 'dividen'nya nanti...insyaAllah
ReplyDeleteAl-fatihah.
ReplyDeletesaya sumbang makanan pada anak2 jiran..boley ?
Bukan apa YB, anak2 saya ni setiap kali beli apa2 mesti diberitahu kat jiran baru tu.. tak sampai hati kita dibuatnya..
insaf!
ReplyDeleteSalam takziah
ReplyDeleteAl fatihah
----------
yb,
ReplyDeletei tertekan 2x la. mana bole request 100 or 200 kali.errrr....bole ke?
HEMY,
ReplyDeletesatu pengorbanan tu. Saya hormati langkah awak tu.
MENTIBANG LAUT,
ReplyDeletelaaa iklan munchy ke pulak. Sebelum ni iklan Nokia.
Nanti saya cuba nyahkan iklan yg mcm tu
nahmy,
ReplyDeletedunia ni jambatan utk Akhirat. Apa saja yg kita niatkan utk kebaikan insyaAllah ada pahalanya.
a.z.r.i.n.a,
ReplyDeleteSemoga al-fatihah tu dapat membantu arwah di sana.
Ada jiran baru ke?
Baguslah anak2 nak ambil hati kawan baru mereka. Awak niatkan aje sbg hadiah.
shaliza,
ReplyDeletesemoga memberi menafaat sedikit sebanyak n3 kali ni.
Eja,
ReplyDeleteTerima kasih berkongsi simpati.
Syida,
ReplyDeletesaya tahu. Saja aje nak usik awak tu hehehe
Al-Fatihah...
ReplyDeleteNak tanya, kenapa batu tu ada nombor.. Supaya senang nak cari ke... huhuhu...
~Kak AZZ~
ReplyDeletesetahu saya kebanyakan kubur di Lembah Klang meletakkan no pada liang supaya senang nak kenal pasti lubang yg mana nak dikebumikan jenazah apabila dapat sijil pengkebumian. Kadang2 satu hari ada lebih dari satu jenazah nak dikebumikan.
Kat kampung takde masalah mcm ni. Jadi tak perlu pakai nombor hehehe