Wednesday, July 14, 2010

Sudahkah Anda Menyumbang?

Emak mertua sepupu aku yg tinggal di Taman Melawati meninggal dunia pagi tadi kerana sakit tua. Aku ke masjid di sana petang tadi. Jenazah disembahyangkan selepas solat Asar sebelum dibawa ke tanah perkuburan berhampiran.

Semasa talkin, yg mati dan yg hidup diingatkan tentang alam kubur dan Hari Akhirat.

Hidup kita di dunia ini tak lama. Purata dalam 60 -70 tahun. Mungkin ada yg sampai 80 - 90 tahun tapi kalau semua dah tak kuat dan nyanyok pula tu tiada gunanya hidup lama2.

Itu bagi yg panjang umurnya. Ada pula yg muda dah mati. Kemalangan, demam denggi (dah dekat 90 org mati tahun ni saja), H1N1, barah (siapa yg hisap rokok tu ingat sikit), lemas, kena serangan virus misteri dan macam2 punca lagi.

Semasa kita hidup di dunia ini dan sebagai insan semestinyalah kita menyumbang sesuatu. Kalau tiada sebarang sumbangan memang buat semak dunia aje. Nak sumbang apa? Takkan nak minta sumbangkan lagu kot

Sebagai manusia kita kena menyumbang kepada KEMANUSIAAN dan sebagai insan yg hidup kita kena menyumbang kepada KEHIDUPAN.

Sudahkan anda menyumbang?

888. Cantik nombor batu. Setelah kita mati, ini semua tak bererti lagi huhuhu

Sent via BlackBerry from Maxis

34 comments:

  1. Aduhh yB..gambar kubur ni yang buat seram sejukkk ni..

    ReplyDelete
  2. Yb prgi nempah ke satu?....hahaha gurau Yb

    ReplyDelete
  3. relevan,
    wah cepatnya awak komen. Belum sempat masukkan teksnya lagi hahaha.

    Takut ke tidak kita semua akan ke sana satu hari nanti.

    psst - kubur org Islam mmg seram sikit. Kubur cina kurang sikit. Masa sekolah dulu malam2 kami cari harta karun kat kubur cina. Kerja gila ngeee

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. ibuintan,
    Kalau boleh saya nak tempah kubur kat kampung saya di Kg Datuk Keramat satu lot. Kalau boleh banyak lagi bagus - boleh tempat utk sekeluarga. Saya nak korner lot lagi hahaha.

    Tapi kita tak tahu di mana kita akan mati.

    ReplyDelete
  6. semoga rohnya ditempatkan bersama orang soleh serta dijauhkan dari azab kubur serta api neraka

    terbaru dari saya : ayam berkokok hujan pun turun

    ReplyDelete
  7. salam takziah..

    ..bila ada kematian selalunya kita akan mula muhasabah diri sendiri..

    cumanya adakah kesannya akan lama, atau sebentar cuma....

    usia muda atau tua tidak menunjukkan apa-apa..

    ReplyDelete
  8. dengan ini ai nak menyumbangkan alfatihah kpd beliau.semoga rohnya dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  9. innalillahiwainnailaihirojiun

    .
    .



    nak sumbang suara yang sumbang pun takleh.. aurat wanita kaan..

    err...

    ReplyDelete
  10. bagus soalan awak tu ! tapi tak yah cakaplah apa yang kita dah sumbang.

    p/s: ada tak awak dengar orang mati kerana berbelog ?

    ReplyDelete
  11. a kl citizen,
    Amin. Begitulah hendaknya.

    ReplyDelete
  12. zaren,
    terima kasih bagi pihak keluarga sepupu uncle.

    Kalau bermuhasabah diri jika ada kematian kira baguslah. Ada org bila ada kematian tak ambil pelajaran pun. Datang hanya borak2 pasal dunia sambil hisap rokok di bawah pokok huhuhu.

    Lama atau sekejap kesan tu bergantung kepada tahap iman seseorg.

    ReplyDelete
  13. zino,
    al-fatihah utk semua saudara2 Islam kita yg telah mendahului kita juga.

    ReplyDelete
  14. syidagorjes,
    terima kasih di atas sumbangan awak tu. Jgn lupa kalau saya pergi dulu sebelum awak sumbangkanlah al-fatihah sekurang2nya selama 100 hari ngeeee

    ReplyDelete
  15. syidagorjes lagi,
    semangat nampak sampai 2 kali submit.

    Tambah al-Fatihah utk saya jadi 200 hari kalau mcm tu hehehe

    ReplyDelete
  16. kts,
    ada beberapa pendapat ulama mengenai persoalan samada suara wanita merupakan aurat atau bukan. Kalau nak tahu lanjut jom ikut saya ke kelas agama di surau. Dah lama awak tak datang ke surau saya ni. Dah lebih setahun sejak awak skodeng saya hari tu hehehe.

    Malam esok kalau awak free jemputlah datang ke majlis ceramah Israk Mikraj.

    ReplyDelete
  17. al-lavendari,
    terima kasih di atas pujian abg tu walaupun bukan itu yg saya cari.

    Soalan ini tak perlu dijawab di khalayak ramai. Cukup dlm diri kita aje. Apakah sumbangan yg boleh kita tunjukkan di Akhirat kelak ketika bertemu dgn Allah.

    Setakat ni saya belum dengar ada org mati kerana berbelog. Tapi ramai yg setengah mati kalau tak dapat berbelog. Blogger tegarlah tu hahaha

    ReplyDelete
  18. aku tgh berkira2 utk daftar jadi penderma organ

    ReplyDelete
  19. kacau betul la iklan munchy tu...tak leh nak feeling langsung

    ReplyDelete
  20. salam, betul YB kita mmg kena byk menyumbang...setidaknya itulah juga 'saham' akhirat kita...yg akan kita rasa 'dividen'nya nanti...insyaAllah

    ReplyDelete
  21. Al-fatihah.



    saya sumbang makanan pada anak2 jiran..boley ?

    Bukan apa YB, anak2 saya ni setiap kali beli apa2 mesti diberitahu kat jiran baru tu.. tak sampai hati kita dibuatnya..

    ReplyDelete
  22. Salam takziah
    Al fatihah
    ----------

    ReplyDelete
  23. yb,
    i tertekan 2x la. mana bole request 100 or 200 kali.errrr....bole ke?

    ReplyDelete
  24. HEMY,
    satu pengorbanan tu. Saya hormati langkah awak tu.

    ReplyDelete
  25. MENTIBANG LAUT,
    laaa iklan munchy ke pulak. Sebelum ni iklan Nokia.

    Nanti saya cuba nyahkan iklan yg mcm tu

    ReplyDelete
  26. nahmy,
    dunia ni jambatan utk Akhirat. Apa saja yg kita niatkan utk kebaikan insyaAllah ada pahalanya.

    ReplyDelete
  27. a.z.r.i.n.a,
    Semoga al-fatihah tu dapat membantu arwah di sana.

    Ada jiran baru ke?

    Baguslah anak2 nak ambil hati kawan baru mereka. Awak niatkan aje sbg hadiah.

    ReplyDelete
  28. shaliza,
    semoga memberi menafaat sedikit sebanyak n3 kali ni.

    ReplyDelete
  29. Eja,
    Terima kasih berkongsi simpati.

    ReplyDelete
  30. Syida,
    saya tahu. Saja aje nak usik awak tu hehehe

    ReplyDelete
  31. Al-Fatihah...

    Nak tanya, kenapa batu tu ada nombor.. Supaya senang nak cari ke... huhuhu...

    ReplyDelete
  32. ~Kak AZZ~
    setahu saya kebanyakan kubur di Lembah Klang meletakkan no pada liang supaya senang nak kenal pasti lubang yg mana nak dikebumikan jenazah apabila dapat sijil pengkebumian. Kadang2 satu hari ada lebih dari satu jenazah nak dikebumikan.

    Kat kampung takde masalah mcm ni. Jadi tak perlu pakai nombor hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails