Wednesday, September 9, 2009

Nur Hidayah

Semasa aku sampai ke surau utk solat Maghrib setelah berbuka puasa di rumah bersama keluargaku semalam, aku terlihat seorg lelaki Cina duduk di hadapan meja makan di luar dewan yg terletak di sebelah surau. Meja itulah yg digunakan oleh beberapa org jemaah termasuk pak bilal utk berbuka puasa sepanjang Ramadan ini. Aku dapati semua org telah meninggalkan meja tersebut kerana bersiap2 utk solat Maghrib. Aku memberi salam kpd lelaki Cina tersebut lantas dijawabnya. Aku senyum kpdnya lantas aku pun masuk ke ruang solat.

Aku bersalam2an dgn jemaah yg telah berada di dlm ruang solat sambil bertanya khabar. Pak bilal memberitahu bahawa lelaki Cina tersebut ingin memeluk Islam dan dia telah dibawa ke surau kami oleh seorg rakannya yg telah memeluk Islam beberapa tahun yg lalu. Kami kenal rakannya tersebut kerana semasa beliau baru memeluk Islam beliau telah datang ke surau kami. Sudah dua tahun pihak surau memberi bantuan kewangan kpd saudara baru kita ini. Tidaklah seberapa bantuan tersebut tetapi yg penting utk menunjukkan org Islam itu bersaudara tanpa mengira bangsa dan kita kena tolong menolong spt yg dituntut oleh agama kita.

Usai solat dan setelah berbincang serba ringkas, seorg jemaah telah bersetuju membawa lelaki Cina ini ke rumah Pengerusi surau yg juga imam di tempat kami.

Menjelang solat Isyak, lelaki Cina itu dan kawannya yg telah beragama Islam itu kembali ke surau. Tuan Imam telah membuat pengumuman kpd jemaah sebelum solat Isyak tentang kehadiran lelaki Cina ini dan niat murninya utk memeluk agama Islam. Selesai solat Isyak Tuan Imam telah membawa lelaki tersebut ke pejabat surau utk memberi keterangan lebih lanjut tentang Islam. Para jemaah lain meneruskan dgn solat terawih dgn dipimpin oleh Imam kedua.

Selesai solat terawih dan witir, kami pun spt biasa masuk ke dewan utk menikmati moreh yg disediakan. Tuan Imam menjemput lelaki tersebut utk bersama2 kami. Dia telah diperkenalkan kpd para jemaah. Namanya Chang dan duduk di Pandan Indah bersama keluarganya. Dia mempunyai seorg isteri, dan 3 org anak - seorg di universiti, seorg sekolah menengah dan yg bongsu bersekolah rendah.

Imam yg duduk di hadapanku semasa moreh tu telah memberitahu aku yg lelaki ini mahu masuk Islam malam tadi juga. Tetapi setelah ditanya, dia memberitahu bahwa keluarganya belum diberitahu hasratnya itu, Tuan Imam menerangkan kpd dia bahwa sebaik memeluk Islam, hubungan dia dgn isteri sudah tidak spt sebelumnya. Oleh itu, Tuan Imam menasihatkan dia memberitahu dan memujuk keluarganya utk sama2 memeluk Islam. Dia berjanji akan melakukannya dan kembali ke surau kami secepat mungkin.

Kita doakan semoga Allah memberi hidayahNya kpd lelaki ini sekeluarga.

"Ya Allah, kami tahu hidayah di tanganMu ya Allah. Berilah hidayah kepada keluarga ini sempena bulan Ramadan yg penuh berkat ini ya Allah ya Rabbalalmin."

27 comments:

  1. moga moga keluarganya tidak menghalang niat murni nyer itu

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...Semoga Allah berikan hidayah untuk dia dan keluarganya memeluk Islam...

    Teringat pengalaman KM dan kawan-kawan mengislamkan adik angkat (berbangsa cina). Terlalu banyak dugaan dan rintangan yang kami tempuhi. Siap turun naik mahkamah lagi. Akhirnya Allah permudahkan segalanya... Syukur sangat-sangat

    ReplyDelete
  3. moga moga keluarga beliau turut mendapat hidayat...

    syukur

    ReplyDelete
  4. Amin...semoga hidayah Allah ada untuk mereka...sy tgu cerita dia lepas ni...update tau.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah... dia telah mendapat hidayah...

    ReplyDelete
  6. Semoga keluarganya juga turut menerima petunjuk dan hidayah-Mu ya Allah... Amin ya Rabbal 'Alamin...

    ReplyDelete
  7. Semoga seluruh keluarga beliau menerima hidayah Allah..
    Amin..
    p/s..uncle ble nk wat n3 pasal param setiawangsa???

    ReplyDelete
  8. harap2 seluruh korga dia dpt hidayah...

    ReplyDelete
  9. mintak2 iman dia x goyah sementara nk memujuk tu. huhu.

    ReplyDelete
  10. Dulu masa pembantu kedai bapak masuk Islam, bulan puasa juga. Sama dengan tarikh lahir abang saya. Masa nak daftar nama, dah bincang, Zulkifli untuk nama abang, dan Ramlan untuk nama baru sedara tu.....alih-alih bapak tukar. Abang dapat nama Ramlan. Sebab tu adiknya dapat nama macam ni. Kalau tak dulu....mungkin nama ckLah ZulFarina ke...atau Zulkifliah ke...hi..hi..

    ReplyDelete
  11. ni bukan kes nak kawin dgn perempuan melayu, kan??

    .
    .
    .

    errr???

    .
    .
    .


    semoga kita dan dia diberi hidayah...

    ReplyDelete
  12. moga dipermudahkan, sempena bulan ramadhan yg mulia ini

    ReplyDelete
  13. alhamdullilah , semoga dipermudahkan segala urusan...

    ReplyDelete
  14. harap chang tak hadapi kesukaran utk memujuk keluarganya.

    psttt: saya tak makan kambing.

    ReplyDelete
  15. pB,
    Kita doakan begitulah hendaknya.

    Na Shari,
    Semoga dipermudahkanNya.

    Mmg banyak kita mendengar cerita rintangan mereka yg nak memeluk Islam dan penyisihan keluarga. Kita selaku saudara Islam kenalah membantu dari segala segi yg boleh.

    ~O~,
    Kita berharap begitulah hendaknya.

    Shaliza,
    InsyaAllah saya akan update kisah ini. Semoga akhir yg baik.

    Oh ya, Mr Chang merupakan seorg jurutera elektrikal. Tapi kerana keadaan ekonomi sekarang dia telah tiada pekerjaan selama 6 bulan. Kita boleh rasa mcmana tekanan yg dihadapinya sekarang.

    kuina,
    Apabila dia mengucap dua kalimah syahadat maka gugurlah dosa2nya yg lalu. Saya yg dah Islam dari lahir tak terkira rasanya dosa2 saya huhuhu

    ReplyDelete
  16. syah,
    Saya berharap kita dapat sama2 mendoakan dia dan keluarganya malam ni. Hanya itu yg mampu kita lakukan.

    siddiq,
    Ko pun tolong doakan ya.

    Uncle ke siddiq yg nak buat n3 ttg param Setiawangsa? Kalau uncle takyah lah sbb Shamsul Ghau2 dah tunjuk kat TV3 Ahad lepas. Ko ajelah yg tulis ya.

    INTAN,
    Itulah harapan kita semua. Kalau tak mungkin perkara ni jadi rumit.

    Masy,
    Itu yg saya risau sebenarnya. Kami akan cuba follow up supaya niat dia nak memeluk Islam tercapai.

    ckLah aka ZulFarina,
    Letak nama Zulfa pun sedap.

    Besar pahala embah lanang mengislamkan pembantu kedai dia. Lebih baik dari segala keuntungan dari perniagaan tu. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  17. kts,
    aku tak rasa sbb dia nak kawin dgn pompuan Melayu kerana dia dah ada keluaga.

    Dari apa yg tuan imam beritahu aku, dia telah mula mempelajari Islam sejak kebelakangan ini.

    Mak Su,
    macam tu lah harapan dan doa kita semua.

    tasik,
    tolong doakan dia dan keluarganya juga.

    sonata,
    Amin.

    juliet,
    Semoga dia tak diuji dgn sesuatu yg dia tak mampu hadapi.

    Rugilah ko tak makan kambing. Ingat aku nak belanja ko sup kambing lepas raya nanti hehehe

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah, akhirnya pintu hidayah t`buka jua utk nya.
    Semoga dia m`dpt k`berkatan dari ALLAH S.W.T.

    :)

    ReplyDelete
  19. Zyma,
    Semoga dia dan juga KITA mendapat keberkatan dari Allah.

    Ramadan dah dua pertiga meninggalkan kita. Sayu pulak rasanya. huhuhu

    ReplyDelete
  20. harap2 dia jadi muslim sebelum
    raya... sempatlah beraya
    sebagai saudara baru... :)

    ReplyDelete
  21. NL,
    Tuan Imam berjanji kalau dia dah memeluk Islam sebelum Sabtu ini, pihak surau kami akan memberi dia sedikit pemberian di majlis kami Sabtu ni.

    zonaku,
    Itu juga doa semua rakan blogger.

    ReplyDelete
  22. semoga nur hidayah ramadhan ini akan terus bersinar...

    ReplyDelete
  23. alhamdulillahh.. muger berkembang syariat islam abg yb kannns..

    ReplyDelete
  24. Shifu,
    Sebagai org Islam kita wajib berdakwah ikut kemampuan kita utk memastikan nur hidayah tersebar ke seluruh pelusok alam.

    en_me,
    Kita kena menunjukkan contoh yg baik supaya org bukan Islam tertarik kpd agama kita . . .

    ReplyDelete
  25. susah tu..
    saya bukan blogger...
    hehehe..xpelah...shamsul ghau-ghau da buatkan bbaaaeeekkk punya..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails