Monday, October 26, 2009

Perjumpaan Keluarga dan Makan-makan

Sabtu dan Ahad semalam ni kami ada perjumpaan keluarga. Alhamdulillah kedua2 mertua aku dan semua ipar duai datang "beraya" ke rumah kami.

Yg mula2 tiba pukul 4 ptg Sabtu itu ialah sis1 bersama suami dan anak pompuan mereka. Anak sulong mereka tak dapat datang kerana kerja.

Dalam pukul 6:30 ptg Bro5 datang bersama keluarganya termasuk baby yg baru lepas hari. Dia bawa mertua aku sekali.

Mertuaku minum petang bersama Adam. Hidangan 1Malaysia - keropok lekor Terengganu, otak2 Mr. No, Skudai, karipap dan popiah Banting. Lain yg tu buat sendiri

Malam tu kami makan lauk ayam kampung yg mertua aku bawa di samping lauk yg emak Adam masak.

Anak2 Bro5 bersedia utk sarapan pagi

Pagi Ahad Bro6 dan isteri yg mula2 tiba. Menjelang tengahari Bro4 sekeluarga dari Hulu Selangor datang.

Sebelum makan tghari, kami meminta bapa mertuaku memimpin majlis tahlil utk ahli2 keluarga yg telah mendahului kami.

Bapa mertua aku yg duduk di atas sofa tu. Dia dah tak boleh duduk di atas tikar sejak menjalani pembedahan kaki kerana tulangnya patah

Makan tghari lauk sup tulang, udang masam manis dan ikan keli berlada yg kami beli di pasar borong pada hari Sabtu tu. Sayur baby kailan. Untuk budak2 disediakan nugget dan bebola ayam. Emak Adam dan sis1 yg masak.

Hidangan tghari semalam

Sis2 datang agak lewat kerana suaminya terpaksa bekerja di sebelah paginya. Mereka hanya membawa 3 dari 6 org anak2 mereka kerana kereta tak muat.

Jadi semalam semua keluarga emak Adam (kecuali 4 org anak sedara) dapat sama2 berkumpul. Anak2 kami termasuk yg di asrama pun ada semuanya.

Petang semalam semua keluarga pulang ke rumah masing2. Hari ini Hazwan dah pulang ke UIAM dan sekejap lagi aku nak hantar Afifah balik ke MRSM Serting.

36 comments:

  1. inilah makan² yg diperkatakan tu. lapar la plak..isk..isk..

    ReplyDelete
  2. salam YB..
    sesekali makan bersama family yg besar gitu terasa gumbira nyer ....apatah lagi diiringi pula dgn doa dan tahlil .
    bila pula YB nk wat jamuan bersama rakan blogger pula..

    ReplyDelete
  3. gi serting ke YB? hari nieh jalan pilah bz sket...ada pertabalan:)

    ReplyDelete
  4. keluarga besar , maka besarlah hidangan nyer

    ReplyDelete
  5. ni open house deepavali ke??
    maruku takde??

    errr?

    hihihihi..

    ReplyDelete
  6. aku sedang tercari2 lauk yg ko masak...
    huh!! hampeh!!
    takde maknanya ko nak masak kaaaaaannnnnnnn??

    rejected!!

    hikksssssss

    ReplyDelete
  7. errr...
    reject aku nak amik ko jadi tukang masak aku...

    hihihi

    ReplyDelete
  8. saya tengah pikir lagi ni nak komen apa... tetiba blur... har har har har har :P :P

    ReplyDelete
  9. klu tak abis nuget tu meh sini maksu abiskan :)

    ReplyDelete
  10. patut lalu umah Yb semlm nampak byk keta, ingatnyer ada majlis goncang tangan, mana ler tau,kekekekkekekeke.

    ReplyDelete
  11. i) Tu tikar yang beli kat Nilai hari tu ya?


    ii) Pemandangan keropok lekor kurang jelas....he..he..mana kamera 'canggih' wak?


    iii) Aisey....rugi tak singgah semalam.



    iv) Okey...ini dikira 4 komen lah kan.....bayar hutang!

    ReplyDelete
  12. keluarga bahagia... seronok kalau sesekali dapat berkumpul

    ReplyDelete
  13. Mmg sonok bila dpt gather ramai2 camtu. Family Kirana sllu wat cam gitu. Malangnya, family lain payah nak wat makan2 nih, asyik tunggu family Kirana je nak organize. Mane aci?

    ReplyDelete
  14. Wahhhhhh,best la.
    Family gathering gituuuuu.
    patutlah ko sibuk, ghuperney sibuk dgn Family Gathering.
    Huhuhuhu.
    :)

    ReplyDelete
  15. ummi humaira,
    wsalam.
    Raya tempoh hari keluarga nak Adam tak dapat berkumpul semuanya dlm satu masa. Alhamdulillah kali ini dpt berkumpul semuanya.

    Ummilah buat jamuan utk blogger. Nanti saya boleh join.

    ReplyDelete
  16. sha,
    haah smlm saya pergi Serting. Pukul 2:35 dari rumah sampai balik KL pukul 7:40mlm.

    Banyak kereta2 org kenamaan yg diiringi polis trafik smlm.

    ReplyDelete
  17. pB,
    Keluarga emak Adam agak besar. Keluarga saya kecik aje hehehe

    ReplyDelete
  18. cik konfius,
    Dah dekat pukul 2:30 smlm ko belum lunch lgi ke?

    ReplyDelete
  19. ~O~,
    inilah seronoknya kalau ada keluarga yg besar lagi harmoni hehehe

    ReplyDelete
  20. kts,
    Deepavali pun dah habis lah.

    Ko nak muruku? Emak mertua aku ada bawak hari tu. Sungguh.

    kts lagi,
    Emak Adam dan kakak dia dah masak tu oklah. Aku tak nak kacau. Adik beradik dia mmg terer masak. Bro6 tu kerja chef kat hotel besar.

    kts lagila,
    aku pun tak ingin nak jadi tukang masak ko. Jadi yg lain tu nak lah aku ngeh3x

    ReplyDelete
  21. syah,
    asudaaalaaa ko mmg selalu mcm tu hehehe

    ReplyDelete
  22. Mak Su,
    habislah makanan semua hari tu. Lain kalilah kalau mak su dtg dgn baby w kami masakkan lagi hehehe

    ReplyDelete
  23. juliet,
    bila masa pulak ko lalu depan rumah aku ni?


    Kalau ada majlis goncang tangan takkaan buat sebelah lelaki. Mestilah kat rumah pompuan. Apa kata kita buat kat rumah ko aje muahaha

    ReplyDelete
  24. arr... mana ada selalu... kekadang je... har har har har :P :P

    ReplyDelete
  25. ckLah,
    i) taklah. Tikar tu beli dekat kawasan ni aje 2 hari sebelum raya.

    ii) kamera canggih tu Hazwan punya. Saya punya kan cap ayam aje.

    iii) mmg tak nak singgah kot huhuhu

    iv) sejak bila pulak awak berhutang dgn saya? Semua komen saya ikhlas dan tak harapkan balasan (walaupun sbrg komen balas amat dihargai).

    ReplyDelete
  26. syah,
    cepat ko balas utk mempertahankan diri
    ai like hehehe

    ReplyDelete
  27. tu sudah mesti... har har har har :P :P

    ReplyDelete
  28. errrr???
    ko nak jadi apa??
    driver aku ke??
    bila nak intrview??

    hikkssssss

    ReplyDelete
  29. Shifu,
    Maaf lambat balas komen. Smlm aku ada mtg sampai ptg.

    Tiap2 tahun kami cuba berkumpul seluruh keluarga di rumah salah seorg adik beradik isteri aku. Tahun ni kami jadi hos hehehe

    ReplyDelete
  30. kirana,
    Lihat dari sudut yg positif: sekurang2nya mereka nak datang berkumpul. Lagipun insyaAllah keluarga Kirana dpt pahala dan murah rezeki atas sebab organise gathering tu. Teruskanlah usaha murni tu. Satu hari nanti adalah keluarga lain yg offer nak organise.

    ReplyDelete
  31. Zyma,
    Mmg best.
    Aku sibuk bukan pasal tu aje hehehe

    syah,
    pantang aku puji sikit hehehe

    kts,
    tak payah interviewlah. Tghari ni aku bawak ko pusing2. Ko boleh tengok skill aku memandu hehehe

    psst - lunch time aku tunggu ko kat opis ko taw.

    ReplyDelete
  32. en_me,
    Ya betul. Bukan selalu dapat berkumpul semuanya walaupun semua tinggal di Selangor kecuali anak saya yg di Serting tu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails