Saturday, July 11, 2009

Hari Terbuka Sekolah

Seperti sudah menjadi satu trend di kebanyakan sekolah utk menjemput ibubapa datang berjumpa guru kelas utk mengambil kad laporan anak2. Majlis ini dipanggil Hari Terbuka di sesetengah sekolah.

2 minggu lepas ada hari terbuka di sekolah Haizam. Mujur aku tiada meeting atau pergi outstation pada hari tersebut. Di sekolah tu menggunakan sistem nombor giliran. Aku dapat no 10 dan di depan aku ada dalam 5 org lain. Ibubapa yg awal dah pulang bersama anak2 mereka. Sementara menunggu, ibubapa telah diberi keputusan anak2 utk diteliti. Tidaklah buang masa. Di samping itu, keputusan keseluruhan kelas juga dipamerkan di pintu.

Alhamdulillah Haizam mendapat A dalam semua mata pelajarannya kecuali Matematik di mana dia mendapat 41 markah atau gred D. Aku memanggil Haizam dan mengucapkan 'tahniah' kerana mendapat markah begitu rendah. Haizam kata dia dapat 91 bukannya 41. Kalau tak percaya, boleh check kertas peperiksaannya di rumah. Aku pun menelefon isteriku dan setelah diperiksa mmg betul dia dapat 91. Cikgunya tersilap masukkan markah. Kedudukan dia di kelas pun melonjak dari no 13 ke no 3 setelah dicampur lagi 50 markah. Bila tiba giliran aku bertemu dgn guru, beliau memberi komen yg Haizam ok kecuali matematik. Tetapi setelah aku beritahu perkara sebenarnya dia kata kalau macam itu, Haizam mmg ok sangat.

Minggu lepas sekolah agama tempat Haikal belajar pula mengadakan Hari Terbuka. Masa itu aku ke JB kerana urusan kerja. Aku meminta Hazwan aje yg pergi mengambil kad laporan itu sebab kami dah tahu Haikal dapat no. 1.

Semalam giliran SK tempat Haikal belajar pula mengadakan Hari Terbuka bermula dari pukul 2:30 ptg bagi pelajar2 sesi petang seperti Haikal. Lepas solat Jumaat aku bergegas ke sekolah. Sampai di kelas Haikal dah ramai ibubapa menunggu. Aku kira ada 10 org sedang duduk di kerusi sekolah mcm murid2 sekolah dewasa lagaknya. Setiap kali seorg ibu atau bapa masuk menemui guru kelas, semua ibubapa akan berganjak ke kerusi yg hampir dgn pintu kelas. Tiada no giliran disediakan dan tiada keputusan dipamerkan di pintu kelas.

Ibubapa menanti giliran untuk bertemu guru kelas anak masing di sepanjang koridor

Semasa aku berjumpa dgn guru kelas Haikal aku telah diberikan kad laporan. Haikal hanya mampu mendapat tempat ke 13. Tak dapatlah hadiah insentif dari aku sbb skim insentif aku hanya utk no 1 - 8 saja mcm perlumbaan F1. Begini skimnya:

No 1 RM20
No 2 RM16
No 3 RM12
No 4 RM10
No 5 RM 8
No 6 RM 6
No 7 RM 4
No 8 RM 2

Jadi salah satu cara utk Haikal mendapat insentif ini mungkin masuk kelas bawah sikit seperti yg pernah dicadangkan oleh Haizam. Sekarang dia di kelas 2 Amanah.

48 comments:

  1. pada pendapat sy yang tak berapa bernas ini, sy rasa En YB patut ubah skim insentif itu..

    sepatutnya peratusan markah yg diutamakan.. bukan kedudukan di dalam kelas.. sangat tidak adil..

    errr.. ini cuma pendapat...

    lagi satu, sy tak tersenarai ke utk dpt skim insentif itu??

    klu dpt, naikkan lah sikit insentifnya... sekurang2 nya lepas byr minyak selama seminggu.. barulah layak dgn saya..

    hik hik hik..

    .
    .
    .
    .

    selamat hari minggu :D

    ReplyDelete
  2. jeles weyh... ngan budak2 tu dapat insentif...

    saya dulu dari tadika sampai habis persekolahan tak pernah dapat insentif...


    bkan kerana tak termasuk dalam ranking tapi saya tak pernah mendapat nombor 1 dalam kelas... erkkkk... uwaaaaaaaaaa...


    *Kepada Haikal dan Haizam tahniah pakcik ucapkan. keep it up!
    ** kepada YB dan isteri tahniah juga diucapkan...
    *** juga...kpd cikgu2 yang terlibat
    **** sebagai kawan dari jauh, tupang bangga ler huhuhu

    ReplyDelete
  3. Dalia tak suka bg insentif base on no bape...lagi best kalau base on percantage..kat situ lagi leh nmpk prestasi anak2....

    ReplyDelete
  4. waaa.. smpi no 8 bg insentif.. bapa ku dulu bg adiah utk no. 1 ja.. no lain tak layak dpt adiah.. eehehe..

    ReplyDelete
  5. semua A, pastu tiba-tiba satu D? Suspiciooouuuss~~~

    ReplyDelete
  6. ..bagus la diorang nih..terbakar semangat ~~~...

    ReplyDelete
  7. ..bagus la diorang nih..terbakar semangat ~~~...

    ReplyDelete
  8. uish..91 jadi 41..mak aihhh jauh tu bezanya..depa tak recheck kut sebelum finalized slip results..huhu..

    Sally bila sekolah buat program ni cukup serba salah nak ngomen anak org..sebab bila turn Sally jumpa cikgu2 anak2 sendiri..gayat je nak dengor cikgu2 ngadu hal pasal Iman n Sophie..huhu

    ReplyDelete
  9. salam..kalau kelas bawah..gred insentive kena berubah gak..ahahah kijam...apa pun dulu my parents selalu ckp....duit/hadiah hanya untuk berkongsi kegembiraan, tapi apa yg penting kecemerlangan yg dicapai itu utk kesenangan sendiri di kemudian hari....

    tahniah buat haikal dan haizam

    ReplyDelete
  10. kts no 1,
    Ko mcm tahu aje aku nak publish n3 pukul 1 pagi tadi. Aku mula tulis pulul 3:53ptg tapi hanya siap lepas pukul 1 pagi.

    Ko buat apa malam tadi? Chatting dgn bf ko ke? larikkks

    kts no 2,
    Terima kasih memberi cadangan. Aku akan pertimbangkan dgn sewajarnya. Tapi kalau ikut A, botaklah sbb selalunya mereka dpt straight A atau hanya 1-2 aje yg B. Kalau kat Sek Agama lagi dasyat - dekat nak penuh markah Haikal tu.
    Kalau guna skim insentif sekarang maksimum baru RM20 hehehe

    Ko nak masuk skim apa pulak? Kalau setiap pengomen 1 - 8 dpt insentif, jgn kan aku yg tak kerja ni, Bill Gates pun boleh bankrap ngeh3x

    Selamat berhujung minggu utk ko jugak.

    NL,
    No 3 pun ok. Aku menghargai kunjungan dan komen kalian sekalian.

    NL lagi,
    Aku rasa ko tak keseorangan dlm tidak mendapat insentif. Aku masa sekolah dulu pun takde ganjaran kewangan dari ibubapa kerana mereka bukan org senang.

    Insentif aku itu utk memberi galakan kpd anak2 aku dan utk mereka bersaing sesama sendiri.

    Dalia,
    Mungkin saya boleh belajar dari awak skim itu utk menambah baik skim saya yg dah berjalan lebih 7 tahun.

    Alhamdulillah setakat ni anak2 saya dapat 5A dan 8A dlm UPSR dan PMR.

    Jard,
    Bapak ko ganaz mcm aku satu masa dulu sehingga isteri dan kawan2 aku cakap aku letak standard tinggi sgt.
    Patutlah ko adik beradik ramai yg terer2 dlm pelajaran.

    Sampai no 8 pasal aku ikut F1. Dulu F1 sampai no 5, aku punya insentif pun setakat no 5. Kalau F1 bungkus aku pun tutup skim aku ni kot muahahaha

    Akmal,
    Masa guru kelas dia beritahu berapa A murid2 dapat ada satu matapelajaran dia tak masukkan lagi. Jadi Haizam ingat betullah bilangan A yg dia dpt sbb cikgu tak sebut yg D tu.

    ReplyDelete
  11. zaren,
    uncle tengok mereka mcm biasa aje. Tak nampakpun terbakar semangat tu huhuhu

    tchersally,
    Mungkin mereka nak cepat. Untunglah murid2 yg dpt no 3 sampai 12 sbb mereka kedudukan mereka 1 tangga lebih tinggi dari yg sebenarnya. Kebanyakan mereka pelajar yg mendapat 5A masa UPSR tahun lepas tapi tak mahu ke SBP atau tak dpt tawaran ke sana.

    Ada ibubapa yg menggunakan peluang berjumpa dgn guru semasa Hari Terbuka ini utk berbincang habis2an dgn guru kelas. Ibubapa yg menunggu di belakang mereka naik geram kerana lama sgt masa yg diambil. Mungkin lebih elok berjumpa dan berbincang dgn guru kelas masa lain kalau banyak hal yg nak dibincangkan.
    Sally mungkin lebih arif dlm hal ini sbb Sally seorg guru.

    arsaili,
    wsalam. Mungkin kena ubah tapi alhamdulillah setakat ni anak2 saya di kelas atas.
    Pihak sekolah memberi hadiah pd hujung tahun utk mereka yg mendapat no 1 - 3 di setiap kelas. Itu yg Haizam mencadangkan Haikal masuk kelas bawah sbb senang2 boleh dpt top 3! Cadangan mengong.

    Terima kasih dr Haizam dan Haikal atas ucapan itu.

    ReplyDelete
  12. bukan semangat diorg uncle..smgt zaren la..

    (dgn budak kecik pun xnak kalah)

    ReplyDelete
  13. zaren,
    Eloklah ko bakar semangat ko tu. Pesaingan di IPT lebih hebat dari di sekolah dan bila dah kerja esok, pesaingan di dunia pekerjaan jauh lebih mencabar dari pesaingan di IPT.

    Jadi utk berjaya dgn cemerlang, zaren kena sentiasa di hadapan yg lain!

    ReplyDelete
  14. aku sudi jd guru tusen kat umah YB klu dperlukan, F.O.C... hehe

    ReplyDelete
  15. Teja,
    ko nak ajar tusyen kat budak2 tu atau kat bapak budak? hehehe

    ReplyDelete
  16. err... kat budak2 lew, bapak budak dh pandai.... hehe! tp klu bapaknye sudi di'tusen'kan, aku tk kisah...

    ReplyDelete
  17. a ah..bila dah ramai parents tu, macam2 style la YB..nak cerita tak habis 2 hari 2 mlm..bab yg berbincang terlalu detail dan lama sampai tak hirau parents lain dok que di belakang tu mmg ramai..teachers selagi bnole nak be fair to all..selagi boleh akan cuba control the situation so that tak la lamaaaaaa org lain menunggu..huhu..lain kali naik sediakan jam yg mcm org lawan main chess tu..duduk je mak/bapak tu tekan loceng ..after 3 minit loceng kedua berbunyi ..maknanya,sekian terima kasih..hehe..bole gitu??

    ReplyDelete
  18. Kakpah rasa yb kena bagi insentif pada pengomen pertama sampai kelapan, sama macam insentif untuk anak-anak yb tu. Apamacam.... hehe.. nanti hari-hari kakpah tunggu depan pc tunggu ko update.

    ReplyDelete
  19. Kak Pah saya SOKONG!!! hehehehee
    idea bernas!

    ReplyDelete
  20. Teja,
    Apa subjek ko nak tusyenkan aku? Kalau subjek menarik, aku ok aje hehehe

    tchersally,
    cadangan yg baik tu. Biar ibubapa tak terlampau lama ambil masa bincang masalah anak2. Kalau nak bincang jugak, jumpalah guru di waktu lain.

    kakpah,
    saya dah jawab cadangan tu dlm komen balas sy kpd kts no 2 di atas.

    Alamat sebulan sekali ajelah saya buat n3 kalau mcm tu.

    NL,
    ko lah buat kat blog ko hehehe

    ReplyDelete
  21. opocot!!
    lewat tido tu maknanya chatting ngan bf eh...
    maknanya,
    .
    .
    .
    .
    .
    ko pun chatting ngan gf gak la eh.. smpi lewat tido..
    hikkkssss...

    ReplyDelete
  22. masa ambik report kad anak dulu2 - cikgu tak banyak nak soal/tanya. cuma katanya - dah dapat A,kekalkan A dengan tambahkan markah lagi...
    ( tak ade ape nak komen gamaknya )

    tahniah atas kejayaan anak2. Cadangan:isentif kasi up sikit , alang2 sampai ke 8, terus aje le ke 10!!! kalau cabutan bertuah pun - jarang ada sampai ke 8 !

    ReplyDelete
  23. kalau dapat no 1, tapi semua C..dapat gak ke insentif????

    ReplyDelete
  24. adik2 dalia ade je C..siap!! hehehe..(Klong yg garang...hahahaha..)

    ReplyDelete
  25. Tahniah YB...

    Bapa prihatin..
    Peluang ni jgn jumpa cgu kelas je.
    Sebaik-baiknya, pergi jumpa semua cgu yang mengajar anak tu.
    Tya pretasi setiap subjek.

    Jgn terkejut...kalau tahu perihal anak-anak kat sekolah.

    Selalunya bapa prihatin, anak positif...

    ReplyDelete
  26. bijak2

    apa rahsianya?

    nanti aku nak ajar anak aku

    eh.. lama lagi

    ReplyDelete
  27. kts,
    Makna betullah ko chatting dgn bf ko. Kalau aku nak chat dgn ko boleh jugak kan? Takde yg jeles ke? hehehe

    sonata,
    Anak2 sonata terer jadi tak perlu awak menggunakan banyak masa utk berbincang dgn guru2 mereka. Bagilah peluang ibubapa lain hehehe

    Saya cadang nak hadkan insentif sampai no 5 aje. Kalau berkesan mungkin lepas tu sampai no 3 aje. Biar mencabar. ngeee

    ONE ZABA,
    Tak dapat! Begitu juga kalau mereka bukan di kelas atas, insentif bertukar menjadi intensif. Kena masuk kelas tusyenlah jawabnya. Sekarang joli katak tengok tv dan main games kalau tak sekolah.

    Dalia,
    Awak bukan Kak Long yg garang tapi prihatin.

    psst - kalau dpt B ok lagi ke?

    ragbar,
    Terima kasih atas saranan itu. Tapi selalunya guru2 subjek juga sibuk selaku guru kelas2 lain. Jadi mereka kena melayan ibubapa yg anak mereka belajar di kelas guru2 tersebut.

    Kalau pencapaian kurang memuaskan, saya akan cuba berbincang dgn guru subjek utk mencari jalan penyelesaiannya.

    kapten,
    Alhamdulillah boleh tahanlah. Tapi ramai lagi yg bijak2. Itu sbb aku kena buat skim insentif ni supaya mereka menjadi yg terbaik.

    Bila ko dah ada anak esok, ko dtg jumpa aku utk tahu rahsianya. hehehe

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. Pak Nye...
    Itu bukan trend tu....
    Tapi tanggung jawab kami pihak sekolah...dan tanggujawab ibu bapa juga untuk berbincang dengan guru anak-anak...



    .pasal tersilap 'key-in' markah tu...memang tek sapatutnya berlaku. Kesilapan disedari selepas ibu bapa datang...itu memang kira cuailah...kesian murid jadi mangsa

    ReplyDelete
  30. boleh sajer untuk saya buat tu kat blog saya... sekang nih saya tgh cari sponsor...

    rasanya YB mmg sesuai jadi sponsor hheheheheee...

    tak bermniat ker nakjadi sponsor? ajak KTS sekali... dia buleh sponsor bunga tahi ayam huhuhuhu

    ReplyDelete
  31. ckLah,
    Alhamdulillah ko dah selamat sampai ke pangkuan keluarga tercinta.

    Bukan trend ya? Dulu aktiviti ni takde. Kad laporan bagi kpd murid utk dibawa balik dan disain oleh ibubapa aje.

    Tapi baguslah beri peluang utk ibubapa berbincang pencapaian dan masalah anak2. Tapi selalunya ibubapa yg anak kelas hujung kurang yg dtg. Mungkin sibuk kerja hehehe.

    Nasib jugak perbezaan markah sgt jauh. Jadi aku terpaksa check. Kalau setakat 10 markah mungkin takde siapa yg perasan.

    NL,
    Ko ayatlah si KTS tu supaya jadi sponsor ko. Setakat bunga tahi ayam aku pun boleh sponsor dlm sepasu dua hehehe

    ReplyDelete
  32. haaaaaaaa yer betul tu satu cadangan yang baik... nanti buleh juga dia sumbangkan nangka sulung dia yang dah masak sejak beberapa hari lalu huhuhu


    buat bubur nangka lepas tu makan dengan pulut campur durian sikit...
    perghhhhhh...

    biala makan, kapal terbang lalu pun tak nampak hehhee

    ReplyDelete
  33. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  35. *ralat

    YB...system komen ada masalah ler... sekali dia keluar tiga komen yg sama tu pasal saya delete huhu

    ReplyDelete
  36. oooppppsssss
    .
    .
    .

    IBU!! cepat sorok nangka2 tu.. merbahaya!! klu ada org tanya pasal nangka, ckp ibu tak kenal apa tu buah nangka taw!!


    hihihihi..


    NL,
    aku tak nak sponsor bunga taik ayam..
    apatah lagi nangka ku yg gagah lagi perkasa tu..


    sape suruh sombong sangat..

    pergi la cari tokey lain suruh dia sponsor...
    hihihi

    ReplyDelete
  37. NL,
    kan aku dah kata ko kenalah pandai ayat si kts tu. Dia cepat berubah fikiran hehehe

    NL lagi,
    mmg en blogger bengong sikit malam ni. Shout box aku pun dah hilang entah ke mana kat pc aku ni. Tak dpt aku nak balas jeritan ko dan teja.

    kts,
    ko tak tido lagi. Sah ko sedang chatting dgn bf ko.

    Dah besar panjang pun masih nak ngadu kat ibu?

    ReplyDelete
  38. haikal kena usaha lagi tewww.. ehehe, salam abang yb ittewww..

    ReplyDelete
  39. en_me,
    Nanti saya sampaikan kat Haikal bila dia balik dari sek agama.

    Banyak 'careless mistake' dia.

    ReplyDelete
  40. klu ikut umur YB, aku kena buat kelas tusen KLM... hehe!

    ReplyDelete
  41. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  42. saya rasa lagi baik Haikal terus dalam kelas atas... biar lebih banyak usahanya... kalah dalam kalangan yang terbaik adalah lebih bagus daripada menang dalam kalangan yang corot...

    Errr... nombor 44 tak dapat insentif ke?? Hahahahahah :P :P

    ReplyDelete
  43. Teja,
    Apa bendanya KLM tu? Yg aku tahu sykt penerbangan belanda hehehe

    syah,
    Haikal masih mahu kekal dlm kelas atas cuma abgnya saja suka menyakat. Apa yg ko cakap tu ada betulnya.

    Mungkin aku nak bagi insentif bagi no 100!

    ReplyDelete
  44. ..itu sudah mesti..cuma bila ambik engineering ni, masa yang ada suntuk sangat..
    terpaksa tumpu lebih untuk akademik.

    nak beraktiviti koko (kokurikulum, bukan buah koko..) pun susah..

    jadi seolah2 nilai tambah tu tak ada..

    pape pun, untuk haikal n haizam, blaja la rerajin..

    sekurang2nya dah ada abg sulung masuh u, adik2 tinggal nak ikut je la..

    ReplyDelete
  45. err.. anak aku Batrisyia tu termasuk tak dalam skim insentif ko tu.hehe

    aku muyskil ni.camne Haikal bleh dpt no 13 kat SK tu. ade kesilapan markah ke disitu.

    ReplyDelete
  46. zaren,
    Kalau ko faham apa yg diajar, masa lapang akan ada bertambah sbb tak perlu ulangkaji giler2.

    Selamat belajar dan semoga berjaya dgn cemerlang.

    Haikal dan Haizam bukan saja ada abg utk jadi ikutan dan contoh tapi Atikah juga boleh diikuti kerana dia juga di IPTA sekarang.

    PenyuBiru,
    maaflah skim ini hanya utk anak YB hehehe

    Dia ingat 13 tu lucky no agaknya. Haizam pun kalau tak dpt no 13 jugak. ngeh3x

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails