Kerana tak jadi beli rumah, semalam aku mengajak isteri aku membeli tanah ajelah. Dia pun teruja kerana dah lama kami tak beli tanah. Kata mereka yg pakar ada beberapa kriteria utk membeli tanah antaranya:
1) harga - kena cari yg murahlah kalau boleh
2) lokasi - kalau jauh sgt, susah
3) aksesibiliti - jalan nak ke tempat tu mestilah tak susah. Kalau kena tol masih ok sbb di KL ni jarang tempat yg takde tol huhuhu
4) dah biasa dgn tempat tu - tempat baru kadang tak sekufu atau silap haribulan kena tipu!
Berpandukan kepada kriteria di atas, kami memilih utk membeli tanah di Sg Buloh. Pada mulanya aku cuma mahu membawa isteriku dan Adam sahaja. Tapi bila aku beritahu ibuku (dia mmg tinggal dgn kami) dan Haikal serta Haizam niat kami nak ke Sg Buloh beli tanah semua nak ikut. No problem. Jom!
Setelah me'riki2' kami memilih satu lokasi yg kami rasa strategik. Bab tawar menawar harga aku serahkan kpd isteriku kerana dia pakar dalam perkara ini. Lagipun dia seolah2 mendapat kepuasan dari kegiatan tersebut! Dalam apa perkara yg kita buat yg penting kita happy.
Apa? Nak tengok tanah yg kami beli semalam.
Rasa segan pulak. Ah? betul nak tengok ni. Ok lah.
,
,
,
,
,
,
,
,
"Ayah kat sebelah atas tu boleh muat lagi," seolah2 itulah kata Adam spt memerli ayah dan ibunya. Betul jugak cakap kau tu Adam. Ok kita sumbat lagi. Dan inilah hasilnya
