2 minggu lepas ada hari terbuka di sekolah Haizam. Mujur aku tiada meeting atau pergi outstation pada hari tersebut. Di sekolah tu menggunakan sistem nombor giliran. Aku dapat no 10 dan di depan aku ada dalam 5 org lain. Ibubapa yg awal dah pulang bersama anak2 mereka. Sementara menunggu, ibubapa telah diberi keputusan anak2 utk diteliti. Tidaklah buang masa. Di samping itu, keputusan keseluruhan kelas juga dipamerkan di pintu.
Alhamdulillah Haizam mendapat A dalam semua mata pelajarannya kecuali Matematik di mana dia mendapat 41 markah atau gred D. Aku memanggil Haizam dan mengucapkan 'tahniah' kerana mendapat markah begitu rendah. Haizam kata dia dapat 91 bukannya 41. Kalau tak percaya, boleh check kertas peperiksaannya di rumah. Aku pun menelefon isteriku dan setelah diperiksa mmg betul dia dapat 91. Cikgunya tersilap masukkan markah. Kedudukan dia di kelas pun melonjak dari no 13 ke no 3 setelah dicampur lagi 50 markah. Bila tiba giliran aku bertemu dgn guru, beliau memberi komen yg Haizam ok kecuali matematik. Tetapi setelah aku beritahu perkara sebenarnya dia kata kalau macam itu, Haizam mmg ok sangat.
Minggu lepas sekolah agama tempat Haikal belajar pula mengadakan Hari Terbuka. Masa itu aku ke JB kerana urusan kerja. Aku meminta Hazwan aje yg pergi mengambil kad laporan itu sebab kami dah tahu Haikal dapat no. 1.
No 1 RM20
No 2 RM16
No 3 RM12
No 4 RM10
No 5 RM 8
No 6 RM 6
No 7 RM 4
No 8 RM 2
