Tuesday, May 19, 2009

Macam2 Cekadak - Nasib Menang

Ingat lagi kisah Haikal nak wisel (kalau nak tahu klik sini) dan lepas tu hendak topi pulak (klik sini)? Bukan setakat wisel dan topi, cikgu dia suruh pakai baju T warna hitam. Nasib ada satu beli masa melawat Melaka beberapa tahun silam.

Ini gambar Haikal seperti yg dikehendaki oleh cikgunya. Gambar di tepi kolam ikan saya yg sudah kosong tu kerana ikan2 dah mati.


Petang Jumaat lepas Haikal pulang ke rumah dgn senyum sampai ke telinganya yg caplang tu. Di tangannya ada hadiah kemenangan pertandingan sempena Minggu Bahasa Inggeris di sekolahnya (macam dalam gambar atas tu).

Ini hadiah tu. Bagi yg susah nak baca tulisan tu tapi masih nak tahu apa yg tertulis ini saya tolong ulang
English Month Action Song. Year 2 - Group A First.

Ya dia menang tempat pertama. Macam2 cekadak kalau tak menang, buang karan aje hehehe

58 comments:

  1. tok tok tok

    .
    .
    .
    .
    .

    ada org ke tak ni??
    sunyi lagi harini..

    pergi meraikan kemenangan ke?/
    huhuhuhu

    smpi hati tak ajak..
    nak ikuuuuuuttttt

    ReplyDelete
  2. oopppsss..

    sorry... aku 1st plak.. tak sengaja..


    haikal,
    tahniah ya...
    bolehlah nyanyi utk akak.. teringin nak dengar.... pitching lari ke laut ke tak??

    tak la kot... tu yg dapat tempat pertama..

    .
    .
    .
    tahniah ya haikal..
    boleh ganti jamal abdillah lepas ni..
    .
    .
    .
    .
    errrkkk..
    ko bg ke YB anak ko jd penyanyi??

    ReplyDelete
  3. kts,eh ko no 1 hari ni! Selalu ko no 2 atau yg terakhir muahaha

    Semalam aku ajak ko pergi meraikan kemenangan ko kata ko sakit perut sbb tak makan. Aku nak bawak Adam pergi jumpa pakar saraf tengahari ni ko nak ikut ke? hehehe

    zaren,tanyalah En Google hehehe

    ReplyDelete
  4. tertekan publish lak tadi..padahal tak habis tulis lagi..

    ni kes dah terbiasa nak berebut la ni..

    ..best la tu menang.tapi hari ni takde niat nak berebut pun..
    dengan ini diumumkan:

    haikal - 1st,

    ku tak sempurna pun 1st jugak, tapi takde hadiah le..
    heheh..

    ReplyDelete
  5. ..yang bestnya,tiap kali no 2, mesti tipis..
    seminit, kali ni takde beza pun, tapi ttp no 2..huhu

    11.09.00am

    ReplyDelete
  6. kts lagi,aku tak nampak komen kedua ko masa aku balas yg pertama.

    aku rasa ko lebih sesuai jadi yg pertama! Sungguh dan ikhlas aku cakap ni (aku rasa ko faham apa maksudku).

    Haikal ucapkan terima kasih kak Akak Comel. Dia kata kalau Akak nak dengar dia nyanyi jemputlah datang rumah. Sedap dia nyanyi tapi lagu kanak2 aje tak mcm Akak yg nyanyi lagu jiwang. hehehe

    Setakat nak nyanyi kat sekolah tu aku tak halang kalau tak mengganggu pelajaran.

    ReplyDelete
  7. haaaaiiiihhh..

    tiba2 rasa nak menyampuk jugak..
    minta izin ya encik blogger... ini bukan SPAM..

    zaren.. zaren...

    percaya pada takdir tak??

    hahahahaha...
    klu dah ditakdirkan aku no 1, beza sesaat pun aku ttp no 1..

    klu dah ditakdirkan ko no 2, ttplah no. 2...

    hahahahaha

    lain kali kita cuba lagi ek...


    psstt... tuan umah, takde ke hadiah utk no 1 hari ni??


    hikkkksss

    ReplyDelete
  8. heheheheh.... memacam hah mintak seb baik mng...

    takkan piala ja?? bonus2 ke, mkn2 ke takde ke..?? kataku pada bos ku..

    ehhh.. salah... nih entry psl Haikal.. :D

    ReplyDelete
  9. zaren lagi,ko tertekan publish button tu pasal ko tertekan nak jadi no 1 ke?

    kts dah cakap apa yg uncle nak balas komen zaren tu, jadi tak payahlah uncle ulang.

    kts - terima kasih jadi jurucakap aku. Mcm ko tahu isi hati aku ni hehehe

    kts the no 1,ada org tu hari2 no 1 takde minta hadiah pun. ahaks

    ko nak hadiah apa?

    ReplyDelete
  10. cik konfius,aku kesian kat emak bapak budak2 kelas lain yg tak menang tu. Cikgu mereka pun minta mcm2. hehehe

    Bos ko beritahu aku dia nak bagi bonus seorg sekotak. ala yg air soya tu wakaka

    ReplyDelete
  11. menang! Tahniah haikal :)
    err...uncle, adam camne?

    ReplyDelete
  12. tahniah haikal menang...

    ReplyDelete
  13. tahniah! buat haikal. ketererran dia tak ubah cam aku masa sebaya dia dulu. haha..

    ReplyDelete
  14. hahaa..kalau dia tak menang, yb nak buat apa? belasah cikgu dia nak hahahaaaa

    ReplyDelete
  15. tahniah haikal, meh auntie ciom sket.... muaaaaahhhh!!!!

    ReplyDelete
  16. Akmal,terima kasih bagi pihak Haikal.

    Pukul 2:30 ni nak bawa Adam pergi jumpa pakar saraf. Tengkorak sebelah kiri ada indentation. Harap semuanya ok.

    pB dan anonymous,ingat dah tak menang. OKlah tu. Lepas ni wakil sekolah pulak.

    PenyuBiru,mmg ko terer. Sepatutnya ko masuk AF7 gantikan budak2 yg entah apa2 tu.

    psst - kalau ko masuk gerenti aku tak AFUNDI ko. hehehe

    Cinta Cukulet,ko nak ikut belasah cikgu dia sekali ke? Sempena hari guru ni tak payahlah kot. hahaha

    soca,alamak Haikal dah ke sekolah. Wakil kat ayah dia boleh tak wakaka

    ReplyDelete
  17. whoaaaaaaaa terer si Haikal nyanyi sampai menang fisrt place...
    bravo bravo and congrats eh nape r aku jadi nak tulih kot bahser org putis nih hehehehehe

    * kenapa ngan Adam tu... takkan dah beberapa hari baru timbul symptoms lain pulak...

    ReplyDelete
  18. ape kelas AF7.hehe..

    harap Adam ok. banyakkan bersabar YB. aku lak yg risau.

    ReplyDelete
  19. cekadak tu ape?
    hmm~~
    oohh,,,
    da menang da haikal,,,
    memang pandai la cikgu die mendrem budak2 ngan hakim2 skali,,,
    kna mintak petua nih,,
    hikhik

    ReplyDelete
  20. dah pulun usaha..tentu menang.

    ReplyDelete
  21. tahniah haikal..

    errrrkkk ikan2 tu lupa bernafas yer... sangat kasihan...

    kita semua kat sini jgn lupa bernafas yer.. tuhan bg udara free..

    ReplyDelete
  22. tak sia2 saya melatih Haikal :D
    Yb,mandi bunga bawah jambatan lagi afdal,kekekekeke.

    ReplyDelete
  23. salam..fuyoooo menang..nih ambik bakat sapa ni...like father like son ker..ehehe

    ReplyDelete
  24. eh, baru perasan... yang anonymous itu saya... hahahahahhah :P :P

    Tadi tak login.. :D :D

    ReplyDelete
  25. TMFH,ko tertulis omputih sempena minggu bahasa inggeris kot.

    Terdapat letuk di sebelah kiri kepala Adam. Kami baru balik dari berjumpa pakar neurologi dan dia kata itu biasa bagi org yg terhantuk kepalanya kerana ada darah beku di tempat itu. Ia akan pulih dlm beberapa minggu.

    PenyuBiru,kalau bukan AF7 takkan ko nak masuk Mentor pulak. Silap haribulan, Awie pulak yg kena belajar dgn ko. Ko kan terer.

    Alhamdulillah Adam dah ok. Doktor tadi kata dia ok. Untung2 dia jadi genius mcm adik Jard yg jatuh tu hehehe

    una,cekadak = mcm ragam = banyak songeh

    Ini yg aku nak jumpa cikgu Haikal nak belajar mandrem dia. Nanti aku nak guna kat kawan2 blogger mcm ko kahkahkah

    Jard,Tau apa Haikal kata masa dia baru balik dgn hadiah tu?
    "ini hadiah pertama Haikal dpt dari sekolah setelah hampir 2 tahun di situ!" Dia tahu tahun lepas dia tak dpt hadiah pelajar cemerlang kerana masuk kelas budak2 pandai. Tahun ni kena berusaha lebih utk dpt top 3.

    ONE ZABA,pulun jgn tak pulun. Kalau tak menang kena balun.

    ReplyDelete
  26. dh lama aku x 1st....huhuh

    aku mcm kurang jelas...sbb aku baca x fokus....nti kat umah aku baca lain...hehehe

    ReplyDelete
  27. kuIna,terima kasih kata Haikal.

    Ikan2 itu mati mungkin kerana tak dapat menyesuaikan diri dgn tempat baru yg terlebih cantik tu ngeh3x.

    Kita kat sini tak lupa bernafas tapi takut mcm bernafas dlm air spt kata Yona.

    one love,Haikal comel mcm ayahnya kot hehehe

    juliet,patutlah Haikal kata akak yg parking kereta depan rumah tu yg selalu ajar dia nyanyi. Ko rupanya!

    Takkan ko nak mandi bawah jambatan mcm mat Bangla kat stesen Damai tu? Tak sesuai langsung. Kalau ko nak datang roger aje kts. Dia dah lama nak dtg rumah aku tapi segan sbb takde kawan. Malam Jumaat ni elok benarlah korang dtg mandi bunga.

    ReplyDelete
  28. tok tok tok
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    bang,
    tumpang petik bunga ya...
    hikkksss...
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    kitorang lagi suka mandi bunga bwh jmbtn.. lebih berkat..
    hikhikhik

    ReplyDelete
  29. arsaili,tak tahulah nak kata bakat ayah atau emaknya. Kami masa sekolah dulu mmg selalu ambil bahagian tapi jarang menang huhuhu

    syah shah,ko takut anak bos ko nampak ko blogging ke sampai lupa nak log in? hehehe

    Na Shari,nanti bila dia balik sekolah saya sampai ucapan awak tu.

    intan,apa dah jadi ni? esok cuba dpt no 1 balik ok. hehehe

    Nanti ko dah baca betul2 dan komen baru aku balas. ngeh3x

    ReplyDelete
  30. tahniah haikal..tmpt pertama pulak tu...meh ajar cik zue ckap org putih.

    ReplyDelete
  31. kts,betul ke ko dan juliet nak datang? Dah nak hujan ni. Aku tolong petikkan bunga2 tulah utk korang. Berapa banyak ko nak? Sorang sebakul cukup kan? Banyak2 sangat habis gondol pulak pokok bunga emak Adam tu.

    Anak2 dara mandi bawah jambatan hati2 takut banyak mata yg memerhati ahaks.

    ReplyDelete
  32. Good job Haikal!! Well done!! Aunty Sally bangga!!

    ReplyDelete
  33. tahniah haikal...
    memang dari tadika lagi haikal ni budak yang bijak!!!...cikgu bangga sekali..kirim salam ye pada haikal...sekarang ni peramah lagi ke dia??..hehe..

    cikgu noor tadika amal

    ReplyDelete
  34. ok..dh siap baca....nasib le menang yedak....bkn dia je bangga..sah apak dia pun bangga....kira berbaloi le...

    ReplyDelete
  35. zue,terima kasih cik zue. Cakap org putih Haikal tak pandai sangat tapi kalau nak belajar nyanyi lagu org putih Haikal boleh tolong ngeh 3x

    tchersally,Thank you aunty Sally. This is just the beginning hehehe

    cikgu noor,saya suruh Haikal baca sendiri komen cikgu semasa dia balik sekolah petang tadi. Dia senyum lebar sebab cikgu bagi komen mcm tu kpd dia.

    Dia masih peramah mcm dulu sehingga dia dilantik menjadi pengawas sekolah.

    intan,Haikal gembira kerana pertama kali dapat hadiah dr Sek Kebangsaan. Ayah cuma tumpang bangga.

    ReplyDelete
  36. haha...
    itu laa...sib baik abahnya melayan cekadak anaknye...
    kalau tak, tak menang lak...

    hehe...
    berhasil jugak benih YB nih...haha

    haikal dah besar jugak ek??
    nmpk matang kalau dlm gambar...

    perangai sebenar tatau...huhu

    ReplyDelete
  37. Chekgu BH,Letih jugak nak melayan cekadak budak2 ni kadang2 tu. Nasib baik menang.

    Alhamdulillah abg2 dan kakak2 Haikal boleh tahan dlm pelajaran dan aktiviti2 lain. Harap dia mengikut atau memperbaiki pencapaian itu.

    ReplyDelete
  38. oh kalu gitu syukurlah Adam tak apa apa... buleh lah dia menyambung aktivti lasak dia heheee..

    klu nak beli helmet untuk dia pakai tak payah beli macam helmet motor tu tapi beli headguard macam penjaga gol Chelsea pakai tu... dia ringan.

    dan ada keluaran terbaru headguard untuk org yang main ski salji, yang tu lagi ringan dan selesa...

    ReplyDelete
  39. TMFH,Alhamdulillah Adam talah disahkan sihat dan takde kecederaan dalaman. Terima kasih atas keprihatinan ko dan kawan2 blogger lainnya.

    Mmg dia dah bertambah lasak sejak jatuh ni. nanti kalau sempat kami cari head guard yg mcm ko cakap tu.

    ReplyDelete
  40. Ooo....action song rupanya... Dulu anak Tie ada masuk kat sini, dpt no 2 daerah hulu ganu.

    Sekarang dah besar ..masuk boria pulak, dpt juara peringkat daerah..hehe... Tapi tersangkut peringkat negeri pulak, ekekekee......

    Baguslah anak2 aktif di sekolah. Supaya dapat tanamkan sifat yakin pada diri sendiri...hehe...

    ReplyDelete
  41. kayteeze,Alhamdulillah anak ko berbakat dan berani. Kanak2 ni kita kena pupuk sifat yakin pada diri sendiri supaya bila besar senang nak bergaul dgn masyarakat.

    Kat sekolah Haikal pasukan boria utk budak2 pompuan aje. Mereka menang pertandingan peringkat daerah tahun lepas.

    ReplyDelete
  42. huhu tak tau nak kata apa dah....

    ReplyDelete
  43. simpan baik2 wisel, t-shirt hitam & topi tu, nanti klu nak pki balik dah senang....

    ReplyDelete
  44. TMFH,ko boleh komen kat n3 aku yg baru pulak. Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan selama ini.

    nahmy,Elok jugak nasihat ko tu. Mana tahu ada pertandingan peringkat seterusnya pulak hehehe

    ReplyDelete
  45. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  46. Nak nyanyi macam Haikal...
    "Besar bagai johan...
    besar bagai johan...
    Minumlah susu cap...





    cap





    cap 'cup'


    swadik kaaappp...

    ReplyDelete
  47. ckLah,wah dah dua kali awak dpt no 50. Kalau 3 kali berturut2 nak hadiah jugak ke mcm kts?

    ckLah ke 51,dulu Haikal pun minum susu cap cup tu. Sekarang Adam pulak. Ayah terpaksa minum susu pekat manis wakaka

    ReplyDelete
  48. "Hadiah?
    Tak payah laaah....tak payah susah-susah!" kata cklah sambil menadahkan tangannya.







    hadiah hari guru kelmarin pun, Nuha belum habis tolong bukak kan...he..he..

    sampai pagi ni masih ada yang bagi...termasuk dari bekas murid yang dah kerja...

    ReplyDelete
  49. oit... mana buleh dorang jadi yang terakhir hehehheeee

    ReplyDelete
  50. ckLah,aku tak suka memaksa org menerima kalau dia tak sudi, kataku sambil meraup muka tanda syukur kahkahkah.

    Kalau ada hadiah yg cantik tu bolehlah pas kat sini. Kita tukar suka sama suka ngeh3x

    kapten,terima kasih.

    TMFH,tak dpt jadi yg pertama, yg terakhir pun ok jugak kan? hehehe

    ReplyDelete
  51. huhu dah byk klai dapat yang last
    nih...

    save the best for last.... kata omputih... betul ke idak ayat tu!

    ReplyDelete
  52. TMFH,itu omputih cakap. Org kita suka no 1 aje. Kalau no 2, 3 atau 4 nanti dikatakan perampas hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails