Wednesday, April 29, 2009

Nak Wisel

Sebaik turun dari bas sekolah semalam, Haikal memberitahu saya dia nak wisel. Cikgu dia suruh cari wisel untuk persembahan pertandingan English song. Dia telah dipilih menjadi ketua dan memerlukan wisel.

"Malam ni kita pergi kedai dua ringgit beli wisel ya ayah?" pintanya penuh harapan.

"Malam ni tak bolehlah sbb di surau ada kuliah bulanan - ada ustaz baru. Lepas kuliah ada makan2 sikit." balasku.

Saya tahu ada jamuan ringan lepas kuliah kerana petang tadi saya lihat kaum ibu sibuk memasak di dapur surau. Saya sempat singgah lepas solat Asar dan berbual2 dgn mereka (saya ni kan peramah hehehe). Malah saya telah diberi sebungkus bubur lambuk utk dibawa pulang buat hidangan petang di rumah.

"Mintaklah abang tolong hantar ke kedai," saran saya memberi alternatif kepada Haikal.

"Alah abg mesti tak nak," balasnya kerana dah faham benar perangai abangnya.

Malam tadi semasa saya balik dari surau lebih kurang pukul 10 malam, Haikal dah tidur. Cepat pulak dia tidur dari selalu. Abangnya pula keluar ke hyermarket membeli barang2 yg dipesan oleh isteri saya. Tapi wisel tak dibelinya.

Pagi tadi semasa nak ke sekolah agama, sekali lagi Haikal meminta saya belikan wisel.

"Ayah kena beli wisel hari ni jugak sbb Jumaat dah pertandingan!" katanya seperti separuh mengugut.

"Tak payahlah, pakai jari pun boleh buat wisel," kataku.

"Mana boleh, kita (dialah tu) tak pandai pakai jari," balasnya macam nak menangis.

"Pagi2 ni kedai tu pun belum buka." kataku menutup kes.

Nampaknya lepas dia balik sekolah agama ini kena jugaklah carikan wisel. Budak2 ni kalau cikgu mereka cakap atau minta apa2, tak boleh tidak mesti mereka nak.

Apa mandrem cikgu mereka gunakan? hehehe

37 comments:

  1. kts,mualaikum salam.

    aku tahu. ko tetap yg pertama hehehe

    ReplyDelete
  2. dekat 7-11 takde jual wisel ke??
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    takyah susah2 mandrem...
    kita kena ada AURA bila berkata2...

    anak2 sedara aku sumer dgr ckp aku..

    silap2, ko pun mungkin akan dgr ckp aku..

    hik hik hik :P
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    lebih baik aku DIAM kan..

    takde maknanya :P

    ReplyDelete
  3. betui..cikgu ada ayat mandrem..tapi apasal anak aku sendiri pun kekadang tak percaya cakap aku, cakap cikgu dia..iyekan jer...ha ha ha

    ReplyDelete
  4. kta,ada banyak tempat jual benda tu tapi aku tak sempat nak pergi malam tadi.

    setakat cikgu dia minta wisel aku tak kisah, tapi kadang2 benda pelik2 pun nak jugak dan budak2 ni dengar sungguh cakap cikgu. Itu yg aku nak belajar mcmana nak buat budak2 ni dengar cakap aku.

    Ko nak bagi AURA ko sikit kat aku ke?

    Aku cadangkan ko tak payahlah nak teruskan kempen DIAM ko tu. Takde maknanya ko nak terus DIAM hehehe

    ReplyDelete
  5. Cikgooden,jom kita ngeteh. aku nak belajar ayat mandrem dari ko.

    ReplyDelete
  6. Akekekeke..
    manderem??ahaks..meh sini teacher Sally nak mansrem..kekeke..lawaklah..cikgu mana ade jampi serapah..
    tapi semanderem2 Sally nih..anak2 ikut ckp cikgu dia orang jugek!Sampai kekadang keluar ayat "eh!!mama ni pun teacher tau!!"..hmmm..

    ReplyDelete
  7. memang saya akui..
    cikgu suh apa pun mesti buat punya
    aura cikgu memang kuat

    ReplyDelete
  8. tchersally,alah cikgu kongsilah ilmu tu. Atau mungkinkah mandrem tu tak jalan kalau apply kat anak2 sendiri? hehehe

    ArPeGGiOS,ini yg saya nak korek rahsia dari cikgu2 ni.
    nanti kalau ada cikgu yg sudi bagi tau, kita boleh kongsi amalkan. kehkehkeh

    ReplyDelete
  9. anak-anak yang baik memang gitu... lagi-lagi kalau masih sekolah rendah... masih naif gitu...

    cube dah sekolah menengah kang... cikgu mintak buat karangan, dia bagi balik buku kosong... Hohohohohoh :P :P

    ReplyDelete
  10. salam



    payah payah , guna recorder jer

    ReplyDelete
  11. syah shah,cakap mcm pengalaman sendiri aje hehehe

    pB,wsalam.
    kalau cikgu cakap nak guna wisel mana boleh guna recorder. Nasib baik cikgu tak cakap wisel warna apa.
    Cakap cikgu ni mcm wahyu bagi budak2 ni huhuhu

    psst - tadi saya dah hantar Haikal pergi beli wisel tu. Senyum sampai telinga lepas dpt wisel tu.

    ReplyDelete
  12. eleh... alphard bulih beli. ank mintak wisel pun tak nk beli... teruk la ko bang!

    kih kih kih....

    ReplyDelete
  13. ikutkan je la...sapa la mak bapak kalau nak dibandingkan dgn aura cikgu.

    ReplyDelete
  14. tasik,alphard tu sbb ko dah iya2 sgt mintak kat aku sampai guling2. ngeh3x

    Wisel pun aku dah beli, bukan satu tapi sampai 3 bijik. Aku ni kan ayah mithali. hehehe

    ONE ZABA,ajarlah aku macamana nak dpt AURA mcm cikgu tu. Ko cakap murid2 ko pun dengar jugak kan?

    ReplyDelete
  15. Salam,
    hati anak2 kena jaga, maklumlah mereka baru nak belajar tentang hidup. Err, bleh ke komen gini?

    ReplyDelete
  16. juliet,bukan hati anak2 aje nak kena jaga wei. Banyak hati2 lain pun kena jaga

    pssst - boleh ke balas komen mcm tu? hehehe

    ReplyDelete
  17. err... gitule... Hohohohohoh :P :P :P

    ReplyDelete
  18. syah shah,mengaku pun ko.
    Tapi aku nak belajar mcmana cikgu sekolah rendah bagi mandrem kat anak murid mereka. Kalau cikgu sekolah menengah boleh buat, lagi tinggi ilmu mereka. Itu lagilah aku nak tahu. Jgn mereka mintak pengeras yg keras2 sudah lah hehehe

    ReplyDelete
  19. kalau abis stok kat kedai, cemana? bersiul boleh tak?

    ReplyDelete
  20. saya ngaku le pasal saya tak suke tipu... tipu tak baik untuk kesihatan... heheheheh :D :D

    ReplyDelete
  21. Mak Su,kalau cikgu yg suruh dah habis stok kat kedai pun kena adakan jugak wisel tu. Ayahnya kena pegi cari pengadil bola ke, polis trafik ke, india jaga parking ke tak kira janji dapat! Cikgu suruh ma. hehehe

    syah shah,ko org yg jujur. Sejuk perut ibu yg mengandungkan ko.

    ReplyDelete
  22. Arek sempritan yo...?
    CkLah ada satu kotak....kalau duduk dekat2 cklah bagi je..
    Hari Jumaat tak cuti ke?




    Pasukan Nuha baru saja menjadi Johan Daerah Singing Contest...skrg sebok berlatih utk wakil negeri. Nyanyi jelah kerjanya...haih..!

    ReplyDelete
  23. ckLah,cikgu ne arek seng orak2.

    Terima kasihlah menawarkan sempritan awak tu. Saya dah beli dah tadi. Adam pun dpt satu hehehe

    Hari Jumaat cuti apa ya? Saya dah tak kerja mana ada cuti hari pekerja. Takde maknanya.huhuhu

    Tahniah kpd Nuha kerana menang pertandingan daerah. Terer bakal menantu saya tu nyanyi - mesti macam emak dia! ngeh 3x

    ReplyDelete
  24. wong orak takon kuwe coti porak...
    Wong takon Haikal kae....kok ono competition dino Jemuah....howalaahhh...


    Er...competition cakap Jawa ke...he..he..

    ReplyDelete
  25. cikgu ade magis yg takleh dibongkarkan..
    hanya cikgu2 yg tau...huhu

    ReplyDelete
  26. eleh....masa YB kecik pun sama kan kan kan????
    apa cikgu ckp sumer betul... salah jugak mak bapak kenkadang nih

    ReplyDelete
  27. cikgu sgt power kat sekolah....
    tp kalau ngan anak-anak....kalah cikgu!!

    ReplyDelete
  28. anak saya pun akan mintak beli apa yang diperlukan. Tapi, sebab saya cikgu kan, saya tanya balik, cikgu mana nak itu ini??? he3, "garang" nya saya!

    anak nak belajar - nak tak nak, kena ikut jugak, sebab nanti, kita seperti tidak indahkan kehendak mereka, pada mereka tu besar maknanya, kita ni remeh aje...walaupun rm2 sj regenya...

    ReplyDelete
  29. ckLah,udu Jemuah ki'e. Jemuah ngarep. hehehe

    competition mmg berasal dari bahasa Jawa Kendal hehehe

    kapten,saya tanya cikgu2 lah ni. Dah ada sekurang2nya 6 org cikgu beri respon. Ini tak termasuk dari anak2 cikgu mcm kts dan syah.

    Chekgu BH,kongsilah magis tu. Nanti saya belanja roti canai hehehe

    dcrysz,saya dengar cakap cikgu DAN emak bapak. Budak sekarang cuma nak dengar cakap cikgu. Itu yg saya bengang tu. huhuhu

    cikgu math,betul ke kata org mandrem cikgu tu tak berkesan kat anak2 sendiri?

    ReplyDelete
  30. betul, mandrem cikgu cuma pada anak muridnye saje... kalo ngan anak sendiri susah sket... hahahahahah :P :P

    Err... inipun cakap berdasarkan pengalaman... Kikikikikik :P :P

    ReplyDelete
  31. masa kecik2..."ayah nak wisel",...bila dah besor "ayah nak kahwin"....

    ReplyDelete
  32. hehehehe klu pasal nak pi beli untuk anak2 ada sajer alasan... tapi klu ada makan2 laju jer

    *samalah kita huhu

    ReplyDelete
  33. syah shah,maknanya ko pun kadang2 tak dengar cakap ibu ko yg kerja cikgu tu lah tapi kalau cakap cikgu sekolah ko mesti ikut hehehe

    nahmy,kecik2 nak wisel ayah kena carikan. Dah besar nak kawin carilah sendiri hehehe

    Dreambusterz,bukan bagi alasan tapi ada hal lain. Pagi semalam saya dah belikan dia wisel tu.

    ReplyDelete
  34. mase kecik-kecik je macam tu laa... dah beso remaja, dedua pun tak dengo cakap... dah dewasa ni, dia jadi terbalik plak dari masa kecik dulu... heheheheheh :P :P

    ReplyDelete
  35. syah shah,cabaran utk cikgu2 yg mengajar sekolah menengah agaknya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails