Ketika kesedihan kami sekeluarga di atas pemergian Muhammad Afiq masih terasa, kami dikejutkan pula dengan berita kematian pakcikku.
Kami sekeluarga di dalam perjalanan pulang ke kampung di Tg Karang petang semalam untuk majlis tahlil Afiq apabila telefon bimbitku berbunyi. Kerana saya sedang memandu, maka saya meminta Hazwan menjawab panggilan tersebut. Dari makcikku di Kg Baru. Baru saja saya menghantar emak ke sana kerana dia tak dapat ikut kami balik kampung kerana masalah kesihatan. Jantungku berdetap kerana mesti ada perkara penting makcikku menelefon petang2 begini.
"Dah sampai mana ni?" tanya makcikku kpd Hazwan.
"Baru sampai Sg Gulang2. Sekejap lagi sampailah kampung." balas Hazwan.
"Ini nak bagi tahu, Atuk Es baru aje meninggal sekejap tadi" kata makcikku.
"Dah sampai mana ni?" tanya makcikku kpd Hazwan.
"Baru sampai Sg Gulang2. Sekejap lagi sampailah kampung." balas Hazwan.
"Ini nak bagi tahu, Atuk Es baru aje meninggal sekejap tadi" kata makcikku.
Atuk Es adalah panggilan anak2ku kpd Allahyarham pakcikku. Nama sebenarnya Hj Ishak bin Kasmani. Dia adalah abang kandung ibuku yg seibu sebapa. Makcikku yg di Kg Baru hanya seibu tapi berlainan bapa dgn ibuku.
"Bila nak dikebumikan?" tanya Hazwan.
"Kalau ikut pesan terakhir arwah kalau boleh malam ni juga. Tapi tengoklah keadaan kerana sekarang pun dah nak Maghrib. Tak tahu pukul berapa jenazah boleh dibawak balik dari hospital. Tolong beritahu Yusof sekali ya." pesan makcikku.
Kami berbelah bagi samada hendak bertahlil utk Afiq di kampung atau bergegas balik semula ke KL utk upacara pengkebumian kalau betul ianya diteruskan malam tadi. Sesampai di kampung dan usai solat Maghrib saya menelefon menantu lelaki Allahyarham pakcik saya utk mendapatkan penjelasan terkini. Kesemua 4 org anak pakcik perempuan. Saya diberitahu jenazah baru nak dibawa pulang dari hospital dan besar kemungkinan akan disemadikan pagi esoknya.
"Kalau ikut pesan terakhir arwah kalau boleh malam ni juga. Tapi tengoklah keadaan kerana sekarang pun dah nak Maghrib. Tak tahu pukul berapa jenazah boleh dibawak balik dari hospital. Tolong beritahu Yusof sekali ya." pesan makcikku.
Kami berbelah bagi samada hendak bertahlil utk Afiq di kampung atau bergegas balik semula ke KL utk upacara pengkebumian kalau betul ianya diteruskan malam tadi. Sesampai di kampung dan usai solat Maghrib saya menelefon menantu lelaki Allahyarham pakcik saya utk mendapatkan penjelasan terkini. Kesemua 4 org anak pakcik perempuan. Saya diberitahu jenazah baru nak dibawa pulang dari hospital dan besar kemungkinan akan disemadikan pagi esoknya.
Malam tadi kami berkesempatan bertahlil utk Afiq. Pagi tadi selepas Subuh kami sekeluarga bertolak balik ke KL. Selepas menghantar Adam Hakimi balik ke rumah bersama Atikah, kami sekeluarga terus ke Datuk Keramat. Orang telah ramai membanjiri perkarangan rumah. Setelah bersalaman dgn beberapa org di situ saya terus ke dalam rumah pakcik saya. Jenazahnya telah dimandikan dan sedang dikafankan. Saya dapat melihat wajahnya buat kali terakhir dan membantu mengkafankan beliau. Tepat pukul 10:00 pagi, imam pun datang utk menyempurnakan solat jenazah. Kebetulan ada 2 kematian di kampung ini hari ini.
Selesai solat, jenazahpun dibawa ke tanah perkuburan dgn van jenazah. Saya menaiki van itu ke tanah perkuburan.
Semoga Allah mencucuri rahmat kpd Allahyarham Hj Ishak. Semoga kubur ini menjadi salah satu dari taman2 syurga dan bukannya salah satu dari lubang2 neraka.
Peringatan untukku . . . (dan teman2 semua)
Tak kiralah apa kenderaan yg kita gunakan di dunia (Kancil, Proton, Camry, Citra, Mercedes, BMW, Alphard dsb), van seperti ini jugalah yg akan membawa kita utk perjalanan terakhir kita satu hari nanti
Tak kiralah berapa besar rumah kita di dunia ini, liang lahad inilah tempat kita bersemadi bila tiba giliran kita nanti. Tiada lampu dan tiada air cond. Yg dapat menolong hanya amal kita semasa hidup. Sentiasalah kita memperbanyakkan amal dan menjauhkan dosa.
Takziah buat keluarga YB. ckLah juga baru kehilangan 'sesorang' yang pernah menjadi tempat bermanja, pada subuh Jumaat lalu. Sempat juga membantu membukakan pakaian hospital pada jasad yang telah mengeras itu...dan membantu emak ckLah yang mengetuai kerja-kerja memandi dan mengkafan...Lain kalilah cerita...
ReplyDeleteTakziah utk YB sekeluarga, 'dari Allah kita dtg, kpdNya juga kita akan pergi'
ReplyDeleteInnalillah wainna ilaihi raji'uun...
ReplyDeleteSalam takziah kepada uncle sekeluarga.
ckLah,
ReplyDeletetakziah buat ckLah. Mesti sedih kehilangan org yg pernah menjadi tempat bermanja. Doakan utk kebahagiaannya.
nahmy,
tq. Semua kita menuju kpdNya. Setiap saat semakin hampir kita kpd Pencipta kita.
Akmal,
tq. Allah sedang menguji kami. Semoga kami mampu menghadapi ujian ini.
salam....al fatihah buat arwah, may ALLAH grant him al jannah. Kematian adalah satu peringatan buat yang hidup...semoga kita lebih bersedia...
ReplyDeletesalam takziah dari kami sekeluarga..
ReplyDeleteal fatihah...
al-fatihah
ReplyDeleteTakziah dari saya....
ReplyDeletekehilangan memang menyedihkan tetapi tak mungkin dapat dihalang
abg yunus,
ReplyDeletetakziah...
kembalinya kepadaNya!
semoga segalanya aman
takziah.. moga bersabar.. Hidup ini hanya sementara...
ReplyDeleteInnalillahiwainnailaihiraaji'unn... Al-Fatihah buat arwah Hj.Ishak Bin Kasmani...
ReplyDeleteSalam takziah buat YB sekeluarga... Semoga tabah menghadapi...
Terima kasih juga untuk peringatan akhir itu... :)
Salam.
ReplyDeleteInnalillahiwainna ilaihirajiun.
Takziah buat en yb sekeluarga. Semua kita akan pergi, sudah ditentukan bila dan di mana. Jika meninggal disebabkan sakit, itu hanyalah merupakan penyebab... yang lainnya adalah ketentuan Illahi..Wslm
sabar ye YB.. huhu.
ReplyDelete:(
ReplyDeletetakziah utk YB sekeluarga
takziah. Semoga roh mereka di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg beriman.
ReplyDeletearsaili,
ReplyDeleteterima kasih. Cuma kita cepat lupa peringatan spt ini.
zino,May & one love,
terima kasih atas ucapan takziah dan fatihah.
Shifu,
kita tak dpt menghalang kerana kita hanya insan yg kerdil. Semoga mendatangkan keinsafan.
UnGu,
betul. Sementara yg kita pun tak tahu bila penghujungnya.
bila baca peringatan tu, teringat masa aku pi melawat jenazah raja AP kat masjid wilayah. Allahyarham jual macam² kete mewah,tapi bila mati, van kia prestigio jugak yg membawa jenazahnya.
ReplyDelete