Terima kasih kpd rakan2 blogger yg sering menziarah laman ini walaupun telah hampir seminggu tidak saya kemas kinikan. Bukan kerana cuti Tahun Baru Cina yg panjang tu (walaupun itu antara sebabnya) tapi ada satu perkara besar yg telah menimpa keluarga kami. Begini kisahnya.
Selasa 27 Jan pukul 7:40 pagi
Tatkala saya sedang solat sunat tetiba hp saya berdering. Belum sempat saya menjawab selepas solat selesai, hp tu dah tak bunyi. (Nampak sgt tak khusuk saya solat ini). Saya lihat nama pemanggil dan tertera nama suami kakak ipar saya yg sulung. Dia jarang menelefon saya kecuali ada hal penting. Apa pulak halnya pagi2 ni dah telefon? Saya lantas menelefonnya kembali.
Dengan suara separuh cemas dia memberitahu, "Afiq (adik bongsu isteriku) tak bangun2 dari tidur dan badannya dah sejuk! Mungkin dia dah tak ada."
Hampir tak terkata apa2 saya mendengar berita itu lebih2 lagi kami baru saja balik dari kampung hari semalamnya sempena cuti tahun baru cina.
Saya bergegas ke dapur mendapatkan isteri saya dan memberitahu berita sedih itu. Isteri saya hampir tercelepuk. Saya suruh dia telefon ke rumah kampung utk mendapatkan pengesahan lanjut. Dengan terketar2 dia menelefon kampung tapi telefon sedang engage. Saya suruh dia telefon adik lelakinya yg tinggal sekampung dgn mertua saya. Panggilan berjawab dan adiknya memberitahu memang benar Afiq dah meninggal dunia semasa dia tidur. Bapa mertua saya yg cuba mengejutkannya utk solat Subuh yg menjumpainya dalam keadaan tak bernyawa lagi pagi itu. Badannya telah sejuk dan tangan serta kakinya juga telah kaku. Innalillahi wa innaillah rajiun.
Isteri saya terus menangis dan seperti tak percaya apa yg dia dengar kerana tak sampai 16 jam sebelumnya Allahyarham Afiq sama2 mengucapkan selamat tinggal kpd kami sebelum kami bertolak pulang dari kampung. Setahu kami dia tidak ada sebarang masalah kesihatan dan pemeriksaan kesihatan yg dilakukan semasa dia hendak berkerja dgn Majlis Daerah Kuala Langat juga mengesahkan dia sihat.
Saya lantas ke tingkat atas rumah kami untuk memberitahu anak2 dan menyuruh mereka bersiap secepat mungkin utk balik ke kampung. Saya juga bertanya kpd ibu saya yg tinggal bersama2 kami kalau dia mahu ikut kerana sejak kebelakangan ini dia tak berapa sihat terutama masalah lutut. Dia bagi tahu nak ikut jugak. Jom cepat siap. Sementara itu kami sempat menelefon makcik2 dan adik saya. Makcik saya yg tinggal di Kampung Baru nak ikut tapi dia takde kenderaan. Jadi saya suruh Hazwan membawa sebuah kereta dan saya bawa sebuah lagi. Hazwan yg membawa neneknya dan Atikah saya suruh singgah di Kg Baru manakala saya dan ahli keluarga lain terus ke kampung.
Dalam perjalanan isteri saya telefon kakaknya dan diberitahu jenazah sedang dimandikan. Orang kampungnya memang selalunya begitu cepat menguruskan jenazah. Dalam tangisan isteri saya meminta supaya kakaknya memberitahu kalau mereka boleh menunggu dia sampai kerana dia begitu ingin melihat wajah adik bongsunya buat kali terakhir. Tak lama kemudian kakaknya telefon memberitahu jenazah sudah hendak disembahyangkan. Kakaknya yg kedua yg tinggal di Jenjarom pula menelefon memberitahu keretanya ada masalah di dalam perjalanan. Maka dua beradik tu pun menangis di dalam telefon.
Saya cuba memandu secepat mungkin tapi kenderaan banyak pulak pada hari tu. Kira2 lagi 15 minit nak sampai kampung anak saudara kami yg sulung memberitahu kubur sedang dikambus. Punah harapan isteri saya hendak menatap wajah Allahyarham adiknya buat kali terakhir. Sesampainya kami di kampung orang telah mula balik dari pusara.
Bila berjumpa dgn keluarga hanya airmata yg bercucuran. Adik iparku telah pergi buat selama2nya dalam usia yg muda - 22 tahun.
Petang itu selepas solat Asar kami sekeluarga, kakak ngah sekeluarga dan adik ipar aku sekeluarga (yg menghantar ibu mertuanya ke Pahang) telah ke pusara Muhammad Afiq untuk bertahlil dan membacakan doa kpd rohnya. Kami semua tak sempat melihatnya dan yg lebih sedih menyembahyangkannya buat kali terakhir.
Semoga Allah mencucuri rahmatNya kpdmu dan ditempatkan bersama2 orang yg soleh.
Al-Fatihah.
Salam takziah dari ckLah dan keluarga....
ReplyDeleteInnalillahiwainnailaihiraaji'unn... Takziah pada YB dan keluarga...
ReplyDeletemacamana nak buat, tak ada rezeki
ReplyDeleteTakziah, hanya gambar pengubat rindu.
ckLah dan syah shah,
ReplyDeleteterima kasih. Saya bersyukur kerana ada kawan2 mcm kalian yg boleh berkongsi suka dan duka.
Mak Su,
mmg kami redha dgn ketentuanNya walaupun ada rasa terkilan dgn pemergiaan mengejutnya. Kebetulan ada gambar Afiq sedang sarapan dan gambar dia memegang ayam yg kampung yg disembelih oleh bapa mertuaku yg saya ambil sehari sebelum dia meninggal. Isteriku sebak bila ku tunjukkan gambar2 tu.
alfatihah.
ReplyDeletetakziah buat kamu sekeluarga.
Innalillahiwainnailaihiraaji'unn...
ReplyDeleteAlfatihah tuk arwah. moga rohnya ditempatkan bersama orang² yang beriman dan dicucuri rahmatNya.amiin.
Takziah pada YB dan keluarga...
Bismillahirohman nir rohim..allahumagfir lahu warhamhu wa 'afini wa'fu anhu...allahumaj'al lahu fakakalahu min nan Nar wa najatal lahu minan Nar, wa sitran lahu minan Nar..Amin...
ReplyDeleteAl-fatihah...
ReplyDeleteTakziah buat Encik Yunus sekeluarga, kuatkan semangat ek? Allah lebih sayangkan dia. Semoga dia ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..aminnn
Al-Fatihah n Takziah YB dan keluarga
ReplyDeleteInnalillah wainna ilaihi raaji'uun.
ReplyDeleteItulah maut, takde sapa boleh predict.
Semoga Allah mencucuri ruh Allahyarham Afiq, semoga dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.
Kita yang masih hidup ni, ambikla pengajaran. Jangan dok tunggu last minute baru nak bertaubat. Last minute kita, hanya Allah yang tahu...
Salam Takziah.
siannyerrr.. alfatihah wat afiq ittewww.. aminn
ReplyDeletetasik,
ReplyDeletekalau tengah cuti tak leh baca Fatihah tau hehehe
PenyuBiru dan HABIHA,
Semoga Allah memakbulkan doa kita semua dan semoga rohnya aman di sana.
Liyana,
kami telah cuba utk gagahkan semangat yg masih ada tapi saya kesian ibu mertua saya yg masih berusaha menerima hakikat anak bongsunya telah pergi secara mengejut. Memang Allah lebih sayangkan Afiq kerana dari lahiriah dia seorang anak yg taat kpd perintah Allah dan ibubapa.
sakurasa dan en_me,
terima kasih.
Akmal,
peringatan utk kita semua supaya sentiasa bersedia utk dijemput. Malam tadi dlm perjalanan pulang dari kampung, saya beritahu isteri saya, andainya saya dijemput sekarang, saya tak yakin saya dah bersedia. Kena banyakkan amal.
salam takziah..
ReplyDeletehidup dan mati hanya Dia yg menentukan. AL FATIHAH
Begitulah kehidupan. Bila sudah sampai masanya dipanggil Tuhan, sesaat tak lambat, sedetik tak cepat. Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah.
ReplyDeletesalam takziah..
ReplyDeleteAlfatihah!
salam kenal.. salam ziarah... ade mase, singgahlah blog mar pulak.. thanks...
zue,
ReplyDeletesesungguhnya hidup dan mati ketentuanNya jua. Tapi sering kita terlupa sehingga gagal menyiapkan diri utk bertemu dgn Pencipta kita. Semoga peristiwa ini memberi kita peringatan dan pengajaran dan semoga roh Afiq dicucuri rahmat.
JP,
betul katamu. Oleh itu kita kena sentiasa bersedia.
UnGu,
salam kenal. InsyaAllah saya akan singgah di blog Mar dalam masa terdekat ni.
Salam takziah.
ReplyDeleteRedhakan pemergiannya sebab Allah amat menyayanginya.
Kenang dia dalam doa harian kalian..
Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat.
Al-Fatihah
waa.. muda lagi tuh..
ReplyDeletehuhu.. ajal akan dtg tak kira bila dan siapa..
al-Fatihah buat adik bongsu isterimu.. huhu.. dan takziah buat mu and famili..
salam takziah...
ReplyDeleteallah nak cabut nyawa tak kira mase, dan di mana...
jadi, kena bersiap-siaga lah...
Innalillahiwainnailaihiraaji'unn...
ReplyDeleteTakziah buat Encik Yunus sekeluarga
harap bersabar
kadang2 hati ni terdetik juga,bagaimanala keadaan kita ketika di cabut nyawa.Semoga dalam keadaan yang paling mulia.
amen..
semoga seluruh keluarga YB tabah menghadapi suratan takdir ini ...
ReplyDeleteal fatihah
Al-Fatihah untuk arwah dan salam takziah unutk YB sekeluarga
ReplyDeleteAlaahai..banyak2 bersabar okk..Allah lebih sygkan dia..yana plak sedih ;(
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteInnalillahhiwainnailaihirajiuun.. tersentuh hati baca kisah ni en yunus..
takziah utk tua YB seisi keluarga. sabar dan berdoalah agar rohnya bersama roh para solihin & muqarrabin..
ReplyDeletezonaku,
ReplyDeleteKami redha dgn pemergiannya walaupun dlm keadaan begitu mengejut. Akan kami ingatnya di dlm doa kami.
Jard,
Mmg masih muda - belum sempat berkeluarga. Tapi bila dah sampai masanya, kita semua akan dijemput ke sana.
Chekgu BH,
3 perkara yg kita kena tinggalkan supaya pahala kita berterusan walaupun kita dah tiada di dunia: amal jariah, ilmu yg bermanafaat (cikgu2 yg ikhlas untunglah ni) dan anak2 soleh yg mendoakan ibubapa.
messyremo,
kita kena selalu ingat mati supaya hati ini dijauhkan dari condong kpd membuat maksiat. Semoga apabila tiba giliran kita, kita akan pergi di dlm keadaan taat kpdNya.
pB,
Kami masih terasa kehilangannya terutama ibubapa dan kakak2 serta abg2 Afiq.
Liyana,
Kesabaran kita mmg diuji di saat2 spt ini. InsyaAllah kami tabah.
fzi,
Wsalam. Adakala kita gembira dan ada kala kita berduka. Apapun hidup mesti diteruskan.
nahmy,
kami sentiasa berdoa agar rohnya dicucuri rahmat. Terima kasih juga kpd rakan2 blogger yg sama2 mendoakan.