Sudah menjadi kebiasaan bagi orang kita utk mengadakan majlis tahlil apabila ada ahli keluarga yg meninggal dunia. Walaupun ada pendapat yg berbeza samada bacaan dan doa itu sampai kpd si mati atau sebaliknya, tetapi kami lebih cenderung kpd pendapat yg mengatakan ianya akan sampai. Apapun ini adalah usaha yg boleh kita lakukan utk menolong si mati.
Sempena pulangnya ke rahmatullah adik ipar saya, Muhammad Afiq pada hari Selasa lalu, mertua saya telah mengadakan majlis tahlil dari malam pertama hingga ke malam Isnin akan datang di rumahnya di kampung.
Malam pertama majlis dihadiri oleh sanak saudara dan jiran2 sekampung yg memenuhi anjung rumah (living room bagi kita yg duduk kat bandar ni).
Bagi malam kedua, keluarga kami menyediakan nasi ambeng kerana ianya merupakan tradisi masyarakat di kampung isteri saya. Apa yg membuat saya merasa terharu ialah pertolongan jiran2 dalam menyiapkan hidangan tersebut. Pagi2 lagi beberapa org jiran (perempuan) telah datang utk menolong apa yg patut spt mengupas bawang dan kentang. Bahkan jiran sebelah rumah yg bekerja kilang telah mengambil cuti hanya utk membantu kami. Isteriku dan adik lelakinya telah ke pasar pada hari tersebut utk membeli barang2 keperluan spt ayam, mee kuning, udang dan buah utk pencuci mulut.
Beras, minyak masak, gula dan juga kuih semuanya disumbangkan oleh jiran dan saudara mara. Mereka menyuruh menggunakan barang2 tersebut utk majlis tahlil. Inilah sedekah mereka. Saya tahu ada di antara mereka yg bukan orang berada. Tetapi keikhlasan mereka bersedekah utk Allahyarham Afiq membuat saya sebak. Semoga Allah mengurniakan rezeki yg berlimpah ruah kpd mereka.
Bagi kalian yg tak biasa dgn nasi ambeng, biar saya terangkan sikit tentangnya. Ianya nasi yg diletakkan di dalam dulang besar yg cukup utk makan beberapa keluarga.
Setelah itu, sehelai lagi daun pisang yg dipotong bulat diletakkan di atas nasi. Lauk2 akan ditaruh di atas daun pisang yg berbentuk bulat tu. Kerana ini kenduri kematian, lauknya agak simple: sambal goreng, mee goreng dan ayam goreng.
Dah siap utk dihidangkan.
Selesai orang membaca doa, nasi ini akan dihidangkan. Tapi awas! Bukan utk dimakan di situ tapi utk dibungkus dan dibawa balik ke rumah masing2 dan dimakan bersama keluarga. Satu dulang biasanya utk 5 org dan selalunya ada yg expert yg membahagi2kan nasi dan lauk2 itu sama rata. Jemputan akan hanya menjamah kuih, buah dan minuman.
Bagi yg berminat nak tahu lebih lagi jemputlah datang ke kampung isteri saya di Kg Seri Tiram Jaya, Tg Karang hujung minggu ni. Majlis tahlil utk Allahyarham Muhammad Afiq akan terus diadakan malam ini sehingga hari Ahad malam Isnin selepas solat Isyak. InsyaAllah saya sekeluarga akan ada di sana mulai esok.
saya teringin nak pergi...
ReplyDeleteevents penuh sepanjang minggu sampai minggu depan.
haih...
selamat bertahlil ye abg yunus...
mcm jauh je. hehe..
ReplyDeletethanks for the invitation..pape pon.. takziah ya.. huhu
one love,
ReplyDeleteorang penting mcm you tentu sibuk selalu. Selamat menjalankan tugas dan berinteraksi dgn vvip, vip, ip dan wartawan glemer.
Jard,
Jauh apanya? - tak sampai 2 marhalah kalau dr KL.
terima kasih yb, moga majlis berjalan lancar jua hendaknya, jauh sangat tu, tak mai ler, sori.
ReplyDeletehujung minggu itu hari apa ye YB? kalau hari sabtu malam minggu tak dapatlah, sebab ada rencana keluarga...
ReplyDeleteTapi, nasi ambang ni kira biasa di area umah saye... maklum, duduk di area komuniti masyarakat jawa, sikit sebanyak tahulah juga... skarang, nasi ambang dah buleh beli kat pasar malam je... sesekali kalau rase teringin tu, belilah juga... Heheheheh :D
Mak Su,
ReplyDeletetakpe saya faham. Kebetulan dah buat n3 ni jemputlah kengkawan sekali. Kalau kat kampung isteri saya tak payah jemput. Mereka dtg sendiri. Malam kedua hari tu sampai tak muat rumah. Ada yg tak dpt nasi ambeng tu!
syah shah,
majlis tu dari malam ni, malam besok (mlm minggu) dan malam Isnin. Kalau ada kesempatan boleh dtg malam Isnin. Rumahnya di Lrg Intan.
Kalau dah biasa nasi ambeng baguslah. Bagi yg tak biasa, mau dimakan di situ. Bila time nak bungkus dah takde bahagian dia hehehe.
bestnye nasi ambeng tue...
ReplyDeleteNak pergi tu memang tak dapat la uncle. Tapi insyaAllah, saya boleh bacakan yaasin dan tahlil ringkas. Setakat yang saya mampu.
ReplyDeletesalam takziah buat keluarga en.YB..
ReplyDeletesaya sangat suka nasi ambeng..
Kawe tak pernah tengok & merasa nasi ambeng ni.... cuma pernah dengar cerita je pasalnya.... dulu2 kawe dengar nasi dalam talam ni dimakan ramai2
ReplyDeleteduk di kampung memang seronok melihat org kampung bekerjasama bila buat kenduri.... walaupun sudah tak semeriah dulu, tapi suasananya masih ada
YB sakura lum pernah lagi makan nasi ambeng ni....
ReplyDeleteyo kalau wong jowo memangla jangan ambeng ni yo??
ReplyDeletehuhu...
YB, aku kalau nasik ambeng ni kdg2 kembang tekak sket nak makan, sbb mase dier nak bagi2 utk tapau tu, dier pakai barehand je...
huhu...
cume, ade gak yg dorg makan kat situ kan??
Semoga doa yang dibaca semasa tahlil..diterima Allah dan membantu meringankan ujian aruah di alam sana…….
ReplyDeleteOjo kalingan panganane wae loh kang ah!!!Piye toh Kang Onoih kuwi!
alfatihah untuk arwah. nak sangat merasa nasi ambeng tu. pernah dengar tapi belum pernah jumpa.
ReplyDeleteterima kasih jemput..(atau sebab aku terbaca jemputan nih..he he he)
ReplyDeleteitu nasik utk bawa balik..org panggil nasi ' berkat' ker?..
Aikk...urong balik..!!
ReplyDeleteBaru-baru ini ada satu bas guru-guru dari Sekolah Sungai Tiram, membuat lawatan penanda aras ke sekolah ckLah...ada kot sedara mara isteri kang Onoih...ckLah pernah juga pergi kenduri kat kg tu..
nasi amben kena makan sikit je..pastu bungkus wat balik..
ReplyDeleteUnGu VioLeT,
ReplyDeletenak tahu best tak best kenalah try. Dapat pulak yg ada serunding ... boyfren lalu belakang mesti tak nampak.
Akmal,
Terima kasih atas kiriman bacaan Yasin dan tahlil tu.
e-leeyana,
tq atas ucapan. Di sebahagian tempat di Johor nasi ambeng mmg biasa. Di Sintok ada jugak ke?
Shifu67,
Nasi ambeng selalunya tak dimakan di rumah org kenduri tu tapi dibawa balik utk keluarga. Ini utk memberi peluang isteri dan anak2 yg tak dtg kenduri utk sama2 merasa.
Alhamdulillah di kg isteri saya semangat bantu membantu masih menebal.
Sakurasa,
sekarang dah ada banyak dijual di warung2 tapi tak 100% sama dgn yg dihidangkan dlm dulang.