Friday, November 28, 2008

Wah, Dah Ada Van Baru!

Tengahari tadi seperti kebiasaan saya dan rakan2 sepejabat lunch kat gerai di luar kawasan Masjid Kelana Jaya. Dan seperti selalunya, kami memilih nasi ayam madu. Masa kami sampai, barisan belum panjang tapi ayam yg dah siap dimasakpun belum banyak. Tak dapat pilih yg solid molid. Yang ada yg kecik2 aje. Mungkin saiznya dah dikecikkan kot - seekor ayam potong 18 (teringat kes Mona Fendi).

Semasa makan saya menoleh kearah Pak Cik yg jual nasi ayam tu (walaupun isterinya saya panggil kakak). Terperasan saya van barunya yg berwarna putih. Betul punya baru - plastik penutup kusyen pun belum bukak lagi. Van ini lebih besar dari van dia sebelum ni. Boleh muat 10 org. Yg dulu dah teruk, badan van luka2 dan berkarat - rasanya dah boleh buat tukun.

Saya memberitahu rakan saya inilah rezeki Pak Cik tu berniaga nasi ayam. Betul sabda Nabi, "9/10 pintu rezeki ada dalam perniagaan."

Macam tu saya rasa saya pun nak berniaga. Tapi nak jual apa eh?

12 comments:

  1. Meniaga soft ice cream mingomingo! Jangan kata nak pakai van, pakai lori pun boleh. :p

    ReplyDelete
  2. mak su,
    Saya mmg bercita2 nak jual pisang goreng secara francis mcm KFC. Saya namakan GPMS (Goreng Pisang Memang Sedap atau Goreng Pisang Makan Selalu). Ada beberapa perisa spt coklat, mocha, oren dan OR he he he.

    Hazwan Soft icecream dah ada org lain buat. Kena cari yg original dan kurang persaingan.

    ReplyDelete
  3. Hazwan,
    Kalau kaya tak nak pakai lori atau van. Nak beli Alphard yg silver kaler lagi ha ha ha

    ReplyDelete
  4. Teringat burger kukus kat Rawang. Original. Rasa memang sedap, dan rasanya kat tempat lain tak de jumpa lagi kot. Masalahnya, benda yang dijual tu tak standardize; takde quality control. Hari ni beli rasa sedap, esok beli rasa kurang sikit sedapnya. Tulat, bertambah-tambah pulak sedap.
    GPMS? Ni goreng pisang ke microchip computer? Hahaha :D

    ReplyDelete
  5. Akmal makan burger tu sampai 3 hari berturut2? :)
    GPMS tu trademark goreng pisang uncle. Tumpang glamour nama persatuan yg menggunakan singkatan yg sama he he he.

    ReplyDelete
  6. ckLah AJK GPMS tau.....nak kena tindakan Akta Hakcipta ni..


    Seram dengar nama Mona Fendy!

    ReplyDelete
  7. Alphard silver?! Mungkin berubah fikiran usai mengamati Alphard yang ditunjukkan di sini: http://www.autoblog.com/2006/07/04/toyota-alphard-royal-lounge-offers-jetlike-luxury/

    ReplyDelete
  8. Saya dah agak ckLah mesti org kuat Gabungan Pelajar Melayu Sem.
    Kalau nak jadi org kuat GPMS saya, boleh pegang francais di Teluk Intan he he he.

    Hazwan, nanti kita order yg Royal Lounge tu. Kita bawak pergi Melaka tayang kat Tasik Merah biar dia jeles :)

    ReplyDelete
  9. jual...

    jual...

    jual...

    entah! saya pun tak tau! jual je apa yang boleh abg yunus oi..
    boleh ke?
    hehhe

    ReplyDelete
  10. one love,
    Ingat nak bagi idea nak jual apa. Takpe lah Nurul bagi semangat tu pun dah kira bagus.

    ReplyDelete
  11. Sama-samalah kita berdoa semoga saudara kita berjaya dalam perniagaan dan jauhi hasad dengki, kalau kawan kita berjaya kita sepatutnya bersyukur.

    Yunus Badawi anda sentiasa bersifat mahmudah ( positif ), semoga sifat tersebut beristiqamah dalam diri anda.

    Saya senaraikan blog anda dalam Rakan Blog saya, diharap mendapat keizinan. Terima kasih.

    Wassalam.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails