Mengikuti trend perkembangan teknologi yang ada pada ketika ini, Haizam memilih untuk 'masuk jawi' menggunakan kaedah yang dikenali sebagai Smart Klamp.
5.10 petang: Haizam memulakan aktiviti 'berendam'. Kalau orang dulu-dulu, anak-anak yang akan masuk jawi dibawa mandi sungai beramai-ramai. Siap diarak dengan paluan kompang lagi. Sekarang kebanyakkan sungai pun tak sejernih dulu (erkk..), jadi abang bombalah yang sudi membantu menyiram air. Memandangkan Haizam sunat berseorangan, takkanlah nak panggil bomba juga. Memadailah sekadar berendam di rumah sahaja.
Haizam sedang asyik berendam di bathtub.
6.25 petang: Haizam keluar dari tempat persiramannya.
6.50 petang: Haizam makan malam berlaukkan telur ceplok (2 bijik you) dan brutu goreng (sila rujuk kamus 'Jerman' utk mengetahui makna dua perkataan ni atau boleh tanya direct kat ckLah).
8.08 malam: Haizam dan escortnya bergerak meninggalkan halaman rumah menuju ke klinik. Perjalanan pada malam ini diiringi hujan. Orang kata kalau hujan ni biasanya bawa 2 perkara je. InsyaAllah rahmat yang dibawa.
8.13 malam: Tiba di klinik tempat Haizam bakal dikhatankan yang terletak 1.45 km jauhnya (jauh ke??) dari rumah. 2 minit lebih awal dari appointment yang dibuat. Appointment minta Haizam tiba jam 8.15 malam untuk diberi ubat, 15 minit sebelum masuk ke OT (OT?? bunyi macam operation besar je..hehe..standard klinik punya OT la kan)
8.15 malam: Haizam diberikan ubat demam & ubat tahan sakit. Jantung berdetak lebih kencang!
8.22 malam: 'Korban' sebelum Haizam telah selamat 'disembelih' bahagian mereka. Kini giliran Haizam untuk dikorbankan. 8 minit lebih awal dari masa yang ditetapkan. Denyutan jantung diperiksa oleh doktor. Anti-septic disapu di seluruh kawasan yang akan dikerjakan.
8.25 malam: Doktor memberi ubat bius (macam Yusry membius Melly). Smart Klamp dipasang pada anu Haizam. Proses penyembelihan bermula.
8.35 malam: Selesai proses khatan. You are no longer a boy, you are a young man now Encik Haizam!
8.43 malam: Ubat-ubatan berserta preskripsi dibekalkan untuk tempoh 5 hari sebelum klamp yang dipasang akan dibuka pada Selasa depan. Encik Haizam perlu diberikan penelitian yang lebih sepanjang tempoh ini. Doktor turut memesan supaya Encik Haizam mandi usai proses berkhatan ini sesampai di rumah.
8.48 malam: Encik Haizam bersama escortnya tiba di rumah.
9.00 malam: Encik Haizam mandi seperti yang disarankan oleh doktor.
9.05 malam: Encik Haizam berehat di kerusi OSIM (tanpa mengonkan fungsi urutannya. Hanya sekadar mahu merehatkan diri). Beliau disakat manja oleh abang & adiknya kerana mereka tahu kini pergerakan beliau terbatas. Nak lari kejar mereka pun

10.01 malam: Encik Haizam melabuhkan diri untuk mendapatkan tidur yang cukup.
Detik2 metamophosis yg sempat dirakamkan
"SAKIIIT!!!!!!!!!"
Selamat berkhatan buat Haizam! Tahniah kerana berani. Mintak RM100 kat ayah ya...MakcikLah yang bagi tu...!!
ReplyDeletePutera saya Nabil Emir berkhatan masa umur 7 tahun dulu. Dr 'bius seluruh' bagi dia pengsan.CkLah yang duduk sebelah dia tunggu semua progress dari mula 'sembelih' sampai selesai. Abahnya kat luar klinik termuntah-muntah...hi...hi..hi..
ckLah,
ReplyDeleteAlhamdulillah dah selamat pun spt yg syah dah update. Tima kasih kerana bagi RM100.
Ayah kata bukan setakat RM100 malah RM200 dia bagi. Tapi bukan kpd Haizam tapi kpd doktor huhuhu.
Wah uncle, live update nih hehehe.
ReplyDeleteTo Haizam, tahniah! :D Alah sakit sikit aje. Saya dulu lepas 3 hari dah lari-lari keliling rumah hahaha :D Needless to say, lepas tu kena marah ngan mak :(
Nampak haikal macam rileek aje tengok kat tepi? Hehehe...
Er...ceplok dan brutu tu apa uncle?
Akmal,
ReplyDeleteLetih nak update n3 kali ni. Haizam kata sakit giler. Punyalah terpekik terlolong masa balik dari klinik sehingga Haikal pun takut nak sunat. Sekarang dah ok sikit - dah boleh tidur.
Berutu = tongkeng ayam
telur ceplok boleh cek kat google he he he
Salam
ReplyDeleteAnak sedara pB akan menjadi 'lelaki' esok petang.
baru berumur 7 tahun dan 6 tahun ...
pB tak ada pengalaman ini semua sebab pB tak ada anak lelaki
pB
ReplyDeleteSaya doakan 'kanak2' 2 org tu selamat menjalani proses menjadi 'lelaki'. Jgn ada yg chicken out macam Haikal sudah he he he.