Sekembalinya saya dari solat Isyak di surau malam tadi, saya nampak seekor musang pandan sedang meniti di atas tembok rumah saya. Saya cuba menghalaunya tetapi haiwan ni tak nak pergi. Sebaliknya ia panjat pulak paip air hujan (rain water down pipe) di tepi dinding. Sesampainya di atas paip tu, ia cuba masuk ke dalam siling tapi gagal. Sayapun mengambil kamera di dalam kereta dan merakamkan gambarnya. Ini dia
Musang tu dah lama 'intai'pisang belakang rumah tu. Alih-alih pisang tu dah tak ada. tu yang dia meroyan tu....
ReplyDeleteErrr...musang makan pisang ke...?
wow!
ReplyDeleteahli sarkas :p
ckLah
ReplyDeletePandailah cikgu. Mmg dia selalu rembat pisang kat belakang rumah. Tapi kerana Hazwan dah tebang dia pergi pulak depan rumah kat pokok mangga. Musang pandan makan buah tak makan ayam!
one love,
Tidur lambat malam tadi? Masih melayan perasaan ke?
Slm tuan umah.
ReplyDeleteMusang pandan tu bau wangi cam daun pandan, Btl ke?
Julietchun,
ReplyDeletewsalam. Betul musang pandan tu mmg bau wangi mcm daun pandan.
Malam tadi saya cuma dapat tangkap gambar dia. Lain kali kalau dia dtg lagi, saya nak cuba tangkap binatang tu he he he
Musang; comel dah mischievous :)
ReplyDeleteTakpe uncle, musang aje, rilek la. Belakang rumah saya kat kampung hari tu ada 'ba alif ba ya' datang cari makan. Satu family pulak tu haha :D
Akmal,
ReplyDeleteBila tengok musang tu tak lari uncle yg lari. . . lari pegi kereta ambik kamera.
Akmal tak tembak ke ba alif ba ya tu? Di kawasan tertentu di Kelantan mcm Jeli dengar lagi seram pasal ada harimau. Takuuuut.
Musang sesat masuk rumah tak apa en YB, jangan ular tedung atau sawa yang sesat masuk rumah. Hehehe!
ReplyDeletep/s Tag itu nanti bila saya senang saya jawap ye...
JP,
ReplyDeleteMmg nasib baik bukan ular. Tapi kalau mimpi digigit ular takpe kot.
psst - kemana lama menghilang?
comel musang tu....
ReplyDeletenasib baik bukan musang berbulu ayam hehheee