Thursday, April 10, 2014

Nak Masuk Darjah 1 Pun Kena Saringan

Tahun lepas aku daftarkan Adam untuk masuk ke Darjah 1 di SK Setiawangsa untuk kemasukan pada 2015. Semasa aku mendaftar pada pertengahan tahun lepas sudah ada lebih 120 orang bakal murid mendaftar.  Aku yakin Adam dapat masuk sekolah itu kerana Haikal sedang belajar di situ pada tahun lepas. Dia pula adalah pembantu ketua murid. Sebab lain kami memilih sekolah ini adalah kerana sekolah inilah yang paling dekat dgn rumah kami. Sebelum inipun kakak2 dan abang2 Adam belajar di situ.

SK Setiawangsa merupakan sebuah sekolah berprestasi tinggi selain sekolah kluster. Setiap tahun pendaftaran untuk masuk Darjah 1 melebihi bilangan tempat yang disediakan. Untuk tahun 2015 aku difahamkan telah ada lebih daripada 700 orang bakal murid mendaftar. Tempat untuk Darjah 1 cuma 400 iaitu 10 kelas di mana setiap kelas mempunyai 40 orang murid. Kalau di kawasan luar bandar 400 tu dah bilangan keseluruhan sekolah.

Daripada bilangan yang mendaftar setakat ini, 300 orang murid pasti akan kecewa untuk memasuki sekolah tersebut. Macamana nak pilih yang 400 orang yang berjaya tu? Kalau dulu, berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Sekarang tidak lagi macam itu. Baru-baru ini aku dapat sepucuk surat daripada pihak sekolah. Ini suratnya:


Fuyooo …… macam nak masuk SBP atau MRSM

25 comments:

  1. ada saringan bersukan sekali ke? kena pakai baju sukan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebanyakan budak dah letih sebab 3.5 jam menjawab soalan. Saya belum boleh bayangkan budak2 kecik ambil exam selama itu di dalam dewan.

      Rasanya ramai yg menangis bila baca soalan dan tak tahu jawapannya ….. huhu

      Delete
  2. ..sudah...abis tu yang mana yang memang menetap kat setiawangsa pun ada potensi ditendang jauh. macam takde makna cari rumah dekat sekolah. huhu

    kesian budak-budak...
    yang lebih kesian, ibu bapa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarak rumah ke sekolah bukan ukuran utama bila dah ada saringan macam ini. Samalah siswa KL tak semestinya dapat belajar di UM, UKM atau UPM. Ada yg kena 'tendang' ke Sabah …. huhuhu.

      Saya risau kalau Adam gugup nak menjawab soalan pada hari penilaian itu nanti. Guru2 di tadika sedang melatih murid2 cara2 menjawab soalan bermula dari minggu ini. Harap itu dapat membantu

      Delete
    2. Alaaaa...soalan2 biasa je kot basic 3M. Kalau teruk sangat pihak sekolah tolak...

      Delete
    3. Rasanya pun macam itu. Tapi saya risau juga budak2 kecik nak kena jawab soalan mcm dalam peperiksaan. Sedangkan hari pertama sekolah ada murid yang menangis inikan pula suruh duduk dalam dewan menjawab soalan mcm murid dah besar…… huhuhu

      Delete
  3. bagus jgk..cikgu boleh ajar ikut kemampuan budak sekelas..
    kalau cmpur2..yg pandai faham, yg tak berapa x faham plk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujian untuk menentukan kemampuan murid memang dilakukan sejak dulu lagi. Tapi itu setelah murid2 itu masuk ke sekolah tu….

      Delete
  4. selamat menduduki ujian Adam.Kesian anak anak la ni.Nak mula sekolah rendah pun dah kena bersaing.
    Mmg pening kepala GB bila permintaan ibubapa utk masuk sekolah dia terlalu tinggi.Jenuh nak tolak ...pengalaman lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SKS ni dah terkenal sbg salah sebuah sekolah terbaik di kawasan kami. Itu sebabnya ramai ibubapa nak masukkan anak2 mereka ke sini. Setiap tahun memang jumlah yg memohon lebih daripada jumlah tempat yg ada.

      Tapi kalau sampai ada saringan ini memang memberi tekanan kepada budak2 tu ….. huhu

      Delete
  5. Encik Yusof Badawi keluar di Kosmo semalam. Pasal SYABAS kerugian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolong hantar potongan berita tu kpd saya boleh tak? Saya tak tahu pun …… huhuhu

      Delete
  6. kasihan anak zaman sekarang. simpati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah itu yg terpaksa dilaluinya, redha ajelah ….. huhu

      Delete
  7. yb
    tahun lps anak saya msk darjah 1 di sksetiawangsa. ujian tu di adakan untuk menentukan kedudukan kelas dan tahap kecerdasan anak2 kite supaya dapat diberi perhatian dan cara pengajaran yang bersesuai untuk murid. Bab kena tendang tu mungkin ade. sebab kemasukan ke sekolah di tentukan oleh kementerian pelajaran malaysia lebih kurang saya ingat2 lupa. Diberi kelebihan kepada mereka yg tinggal berdekatan sekolah utk msk ke sk setiawangsa. Sbb byk yg ada sikap penting diri krn menipu alamat rumah maka mereka yg berhak ke sk setiawangsa telah di tendang keluar. Itu le panorama yang terpaksa kami hadapi. Dan menjadi keluahan bagi ibubapa di setiawangsa

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik melor,
      bekas sekolah saya sekolah kluster pertama di Perlis.Setiap tahun sekolah minta segala bil air dgn bil api masa daftar.Tu pun ada yang terlepas....reason dok dgn tok,mak saudara..mcm mcm cerita ada.Percaya tak satu alamat ada dua tiga bin duduk .
      SK Setiawangsa memang masyhur seantero Malaysia..pernah pi melawat sana.
      sorry YB..dah jadi forum pula dok jawab kat sini.

      Delete
    2. Cik Melor,

      Samalah dgn anak2 saya yg sekolah di situ dulu. Mereka mengambil ujian kecerdasan untuk menentukan kelas. Tapi itu setelah mereka konfom masuk ke SKS.

      Pemohon yg rasakan tidak layak bersekolah di situ seperti mereka yg tinggal jauh dari sekolah itu biasanya akan diberitahu awal. Mereka boleh merayu atau cari sekolah lain.

      Setahu saya ini kali pertama diadakan saringan utk masuk ke sekolah itu. Harap2 pemilihan nanti tidak berdasarkan pencapaian di dalam ujian itu saja tapi mengambil kira kita yg tinggal berdekatan dgn sekolah itu dan juga yang ada adik beradik lain yg belajar di situ.

      Delete
    3. mokjadeandell,

      Orang yg menipu alamat tu fenomena biasa. Tapi ada juga yg jujur tak tipu tapi nama kat bil api atau air tu nama tuanrumah yg asal. Macam saya ini, beli rumah atas tangan org jadi nama kat bil tu nama orang lain. Harap itu tak dijadikan alasan untuk menolak pemohonan utk masuk ke situ.

      Org yg guna kabel utk masuk sekola yg masyhur pun perkara biasa di negara kita ni…… huhu

      Delete
    4. Guna kabel ini dari zaman british lagi. Dan masih dipraktik kan di sini. Sama je us pon

      Delete
  8. mak ai...

    apa maksud sekolah kluster?

    serius, saya risau tengok tahap pendidikan di Malaysia...
    budak2 seusia ziyyad, adam...patutnya mereka happy..masuk sekolah peringkat 7 - 8 tahun bukan utk stress dengan pelbagai ujian..

    tapi kalau tak buat ujian, ramai pulak yg mintak masuk..

    dan satu kelas 40 orang, saya rasa crowded kelas tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. DEFINISI SEKOLAH KLUSTER

      Sekolah Kluster ialah sekolah yang cemerlang dalam kelompoknya yang dapat melahirkan murid yang holistik dalam aspek akademik, kokurikulum, sahsiah serta penampilan diri. Sekolah ini juga mempunyai kebitaraan (niche area) yang menggambarkan watak sekolah.

      Takrif di atas saya ambil dari laman KPM.

      Saya pun berbelah bagi juga dgn keperluan melakukan ujian saringan untuk budak2 semuda itu. Jangan ada ibubapa yang menghantar anak mereka pergi tusyen untuk ujian ini sudahlah ….. huhu

      Setiap tahun memang jumlah yang minta masuk sekolah itu melebihi bilangan tempat. Ini kerana bukan saya sekolah itu terkenal tapi ramai penduduk di kawasan tersebut dan kawasan yg berhampiran.

      40 orang satu kelas itu memang biasa. Ada juga kelas yang lebih daripada bilangan itu bila ada yg berjaya 'pindah' ke situ setelah sekolah dibuka pada awal tahun…. ngeeee

      Delete
  9. Esok tarikh penentuan utk anak2 kecil nih termasuklah my 2nd son. Cikgu2 tadika pon dah try ajar Dan beri contoh soalan tuk ujian. Harap x menggelabah esok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan anak2 tu nampak ok semasa menduduki ujian saringan tersebut. Tapi ada juga yang menangis bila kena tinggal oleh ibubapa ….. huhu

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails