Friday, April 18, 2014

Certified Accounting Technicians vs PLKN

Anak kami yg keempat telah berangkat ke Miri hampir dua minggu lepas untuk mengikuti kursus latihan khidmat negara di Kem PLKN Miri. Tengahari tadi dia telefon (guna telefon awam) meminta aku semak permohonannya ke IPTA.

Selepas Zohor semalam abang sulungnya tolong semakkan. Haizam mendapat tawaran untuk menghadiri temuduga untuk mengikuti kursus CAT iaitu kursus asas sebelum mengambil ACCA. Temuduga pada pukul 8:30 pagi 21 April ini di UiTM Shah Alam.

Aku pun menghubungi pihak Fakulti Perakaunan UiTM untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memberitahu mereka anak aku baru saja masuk ke kem. Pegawai yang bertugas memberitahu aku Haizam kena juga menghadiri temuduga pada Isnin ini. Kalau tak datang akan dikira tak berminat! Aku tanya dia takde ke kelonggaran untuk pelatih PLKN terutama yang dihantar ke Sabah/Sarawak kerana bukan murah nak beli tiket kapalterbang kalau nak balik. Dia kata ini kes pertama seperti itu. Setelah berbincang dia memberitahu paling lambat dia boleh bagi sehingga Rabu ini untuk menghadiri temuduga kerana keputusan temuduga perlu dihantar ke pihak pentadbir sebelum hujung bulan ini.

Aku diminta menghubungi pihak PLKN untuk urusan cuti anak dan perjalanan pulang ke sini dan balik semula ke kem. Segala kos untuk perjalanan itu adalah atas tanggungan sendiri …. huhuhu

Aku pun menelefon ibu pejabat PLKN di Wangsa Maju. Petugas di situ menyuruh aku menghubungi kem Miri untuk berurusan. Dia memberi aku nombor telefon kem Miri.

Aku pun menghubungi kem Miri. Setelah berbincang, mereka boleh menimbangkan untuk memberi cuti maksima 3 hari iaitu dari Ahad sehingga Selasa. Aku minta sehingga Rabu kerana khuatir kalau-kalau ada kelewatan di dalam urusan temuduga. Mereka suruh aku emelkan surat permohonan dengan segara sebab hari Jumaat mereka bercuti Good Friday. Aku pun emelkan surat permohonan berserta lampiran surat panggilan temuduga.

Sebelum Asar semalam mereka telah membalas emel aku memberitahu permohonan cuti untuk Haizam diluluskan dari Ahad sehingga Rabu.

Selepas pulang dari solat Asar di surau, sekali lagi abang sulungnya membantu menempah tiket kapalterbang. Booking MAS sebab waktu perjalanan yang lebih sesuai berbanding AirAsia. Jumlah bayaran RM420.

Alhamdulillah ayahnya ada sikit simpanan untuk duit tambang dia balik. Kalau tak, kirim salam ajelah ….

18 comments:

  1. YB, elleh, ayat hujung yang kirim salam je la tu kan, sampai hati ke nak buat betul?


    :wink.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah tak mampu nak buat macamana? Memang kirim salam ajelah. Bukan semua ibubapa ada duit - tambahan pula tengah bulan mcm ni …… huhu

      Delete
  2. Salam ukhwah..salam perkenalan.. 1st Blogwalking time sampai sini.. salam dari MyCherita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berkenalan. Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan jejak di blog saya ini.

      Delete
  3. Replies
    1. amiiin. Semoga masin mulut ko tu tas ….. ngeeee

      Delete
  4. TAKPELAH, PEGORBANAN YG BERBALOI ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah belikan dia tiket kapalterbang guna duit plastik. Dia akan balik ke sini malam esok.

      Delete
  5. Untuk masa depan anak, tambah benda baik..kalau kena meminjam pun insyaAllah kita usahakan...

    Anak yang kena tangkap pun, mak bapak sanggup bergolok bergadai nak jamin... tu la
    pengorbanan mak bapak kat anak2 kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah beli tiket guna duit plastik. Nanti bila statement datang saya clearkanlah bayarannya sebab tak nak kena bayar riba. Dalam tempoh itu insya Allah adalah rezekinya tu nanti.

      Saya suka perbandingan makchaq tu.

      Ibubapa biasanya sanggup buat apa saja utk anak2 ….. huhuhu

      Delete
  6. nasib baik la ayah berkemampuan kan.... sepupu sy yg tinggal di s,pore ckp, dia org kat sana kalau kena buat national service (lebih kurang mcm plkn kita la tapi lebih advance ), mmg tak bnoleh buat apa dah meaning lepasan sekolah kalau kena NS hanya akan start fikirkan tertiary lepas 2 tahun...
    patutnya pihak plkn n ipta boleh workout plan utk handle interview/kwmasukan semua ni kan

    ish ish panjang lebar la pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah adalah kemampuan sikit. Tapi banyak juga keluar duit untuk tambang dia pergi balik. Kalau digunakan untuk bayar bil api air surau tempat kami cukup untuk 3 minggu punya kegunaan.

      Di Singapura dan beberapa negara lain, National Service mereka memang menyediakan rakyat mereka latihan utk mempertahankan negara mereka jika berlaku perang. Itu sebab kursusnya jauh lebih lama dan mendalam. Di Malaysia ni lebih kepada summer camp aje rasanya.

      Saya ingat selepas bertahun-tahun latihan PLKN ni berjalan, isu2 seperti yg kami alami ini telah dapat diatasi tetapi masih terlepas pandang lagi rupanya.

      Panjang lebar juga komen balas dari saya …… ngeeeee

      Delete
  7. Moga anak YB berjaya melayakkan diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas doa Cik Azz tu.

      Begitulah yg kami harapkan.

      Delete
  8. Saya terfikir hari tu, what if the same thing happened to a poor family?

    1) Mungkin tidak balik utk sesi temuduga which means 'bye2' CAT
    2) Mungkin pihak UiTM blh tangguh, mungkin
    3) Missed the interview mungkin dpt peluang yg lebih baik

    Apa pun, Allah tidak akan menguji di luar kemampuan kita kan? Ada shj susunanNya yg kita tak jangka..

    All the best Muhammad2! May Allah make your way easier inshaAllah, a lot more to come where it's just about to start.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh awak berfikir. Good.

      Memang ketiga2 kemungkinan itu boleh berlaku jika perkara ini terjadi kepada keluarga miskin.

      Tetap sekali. Allah menguji mengikut kemampuan hamba2Nya.

      Terima kasih di atas doa awak kpd Muhamad2. Rasanya dia dah OTW ke airport Miri ni.

      Delete
  9. "menyakitkan hati" juga bila jadi sebegini kan...
    Mmg la pada saya pendedahan pada PLKN tu bagus, tapi peluang belajar itu, lebih utama dan menjamin masa depan...Mmg sedih tgk pihak2 berkenaan tak sediakan awal awal ' SOP" utk kes2 macam haizam

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails