Tuesday, April 1, 2014

Buat Kerja Kahwin Semasa Air Kena Catu

Hari Ahad yg baru lepas ini mertua kepada adik emak Adam mengadakan majlis kahwin anak mereka di Kg Parit Serong, Tg Karang. Kampung mereka mengalami nasib yang sama dgn kawasan tempat tinggal aku iaitu bekalan air dicatu dua hari sekali. Memang risau mereka nak buat kerja kahwin bila bekalan air dicatu macam ini.

Aku cadangkan kepada adik ipar aku untuk menghubungi pihak Syabas kerana adik kembar aku yang jadi bos di Syabas memberitahu aku kalau ada orang nak buat majlis kahwin, pihak Syabas boleh membekalkan tangki air. Begitu juga jika ada kematian, lori Syabas akan dihantar untuk urusan mandi mayat.

Semasa kami ke majlis perkahwinan itu aku lihat ada sebuah tangki besar Syabas di belakang khemah tetamu.


Selain tangki air yang ini aku lihat banyak juga tangki-tangki empat segi yang ada di situ. Yalah. Manalah nak cukup guna satu tangki Syabas ini saja bila bekalan air takde sampai dua hari.


Aku tanya adik ipar aku tu bila Syabas hantar tangki tersebut. Dia beritahu aku Syabas nak hantar hari Sabtu iaitu sehari sebelum majlis perkahwinan. Adik ipar aku beritahu kenalah mereka hantar cepat sikit sebab nak guna air sebelum hari Sabtu tu.

Maka Syabas pun hantar pada hari Rabu. Tapi mereka hantar tangki kosong. Air kenalah isi sendiri semasa bekalan tak dicatu!

Susah mengadakan majlis kahwin semasa air takde ini. Kepada pengantin baru, ingat-ingatlah air takde tau. Takut-takut suami isteri berguling atas tanah untuk menggantikan mandi wajib kerana tak tahu cara-cara bertayamum ….. hehehe

18 comments:

  1. Hahaha..jom ramai-ramai bergulingan!!

    ReplyDelete
  2. nak kawen kena tadah air awal2 la nampaknya.makin susah pulak nak kawen sekarang ni kan??heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usaha yang terpuji tu tapi takut pengantin penat tadah air orang lain pula guna untuk basuh pinggan mangkuk.

      FYI, pengantin baru dan adik beradiknya telah ke rumah emak mertua saya untuk mandi sebab tempat emak mertua saya tak kena catu …… hikkss

      Delete
  3. dgn keadaan yang tak menentu sekarang..mmg wajib belajar tayamun:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ulangkaji semula bab taharah ….. ngeeee

      Delete
  4. Replies
    1. kenalah ada twist sikit …. barulah menghiburkan …. hehehe

      Delete
  5. Replies
    1. Takut keluar tajuk akhbar,

      "Sepasang suami isteri yang baru bernikah dijumpai lemas beberapa jam selepas melangsungkan akad nikah"

      hehehe

      Delete
  6. sampai ke Tg Karang dah kena catu rupa rupanya..huhuhuhu...

    Ye la..takkan nak postpon pulak majlis sebab takde air..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kawasan di Tg Karang yg kena catu dan ada yg tak kena sebab sebahagian mendapat bekalan air dari loji Sg Selangor (yg ini kena catu) dan sebahagian lagi mendapat bekalan dari loji Sg Sirih ( yg ini ok - termasuklah rumah mertua saya).

      Betul tu. Kad jemputan dah lama diedarkan sebelum catuan air bermula

      Delete
  7. Lepas ni YB kena buat entry pasal tayamum pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pandai nak buat entry mcm tu. Takut tersilap tulis ….. huhu

      Delete
  8. statemant last yb tu lain mcm jer... =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. statement tu utk peringatan bagi pengantin baru dan juga pengantin yg tak berapa nak baru …… hehehe

      Delete
  9. Customer saya orang Tiram Burok majlis kenduri nya Jumaat Sabtu, secara kebetulan masa tu nak catu air. So dia pergi SYABAS bawak surat kenduri dengan bil air, minta depa postpone catu air ke hari Ahad dan Isnin. Alhamdulillah dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat juga customer awak tu. Nasib baik bil airnya takde tunggakan …… ngeeee

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails