Wednesday, April 2, 2014

Dilema Melayu: Di Antara Nak Menjadi Usahawan Atau Kerja Makan Gaji

Semasa aku semak komen2 yang masih menunggu moderation dari aku sebelum aku publish di entri2 aku yang silam ialah satu komen dari Anon berkaitan dengan entri aku yang bertajuk "Kenapa Orang Cina Lebih Suka Berniaga Daripada Makan Gaji."

Ini komennya:

saya budak melayu yang bercita cita memartabatkan bangsa ini,dah ada cita cita nak bukak perniagaan sendiri, ni dah final semester dalam pengajian diploma, sejak sambil menunggu keputusan spm, saya dah belajar menuntut dan menimba pengalaman , dalam bidang jualan kereta (salesman) pendapatan agak lumayan , tetapi saya tak gunakan kan sepenuhnya untuk enjoy , saya simpan untuk capai cita cita bila dah graduate nanti, nak bukak kedai jual kereta sendiri, sekarang yang membantutkan semangat ialah ibu saya membantah sekerasnya saya membuka perniagaan sendiri, dia kata lebih baik cari kerja tetap hidup lebih terjamin, saya tahu restu seorang ibu itu penting, sebab tu saya teruskan dengan pengajian diploma ni dengan menunaikan harapan nya yang menggunung (walaupun dalam bidang yang saya tak minat) saya telan jua untuk mengukir senyuman seorang ibu, tetapi dalam pengajian diploma ni saya buat sales secara sampingan, alhamdulillah sedikit sebanyak dapat disimpan, tetapi persoalannya, on Kenapa Orang Cina Lebih Suka Berniaga Daripada Makan Gaji



Komennya agak tergantung kerana mungkin terlalu panjang(?). Tapi apa yang menarik perhatian ialah keadaan ini dialami oleh sebahagian anak2 bangsa kita yang berminat mahu menjadi peniaga atau usahawan. Ibubapa lebih cenderung jika anak2 mereka belajar pandai2 dan mendapatkan pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan. Selain ada jaminan pendapatan tetap setiap bulan, ada pula perlindungan takaful jika sakit atau meninggal dunia.

Baru-baru ini aku singgah di kedai buku dan terbaca tajuk buku Robert Kiyosaki. Buku itu menyentuh pasal kenapa Pelajar A bekerja untuk Pelajar C manakala Pelajar B kerja utk gomen. Isu yang dibincangkan agak provokatif tetapi inilah yang berlaku di AS. Dan perkara ini juga berlaku di negara2 lain termasuk Malaysia.

Aku sendiri pernah melaluinya. Anda bagaimana?

10 comments:

  1. Saya minat berniaga tapi suami konvensional sikit langsung tak memberi galakkan walaupun saya cuma nak berniaga secara sampingan sahaja. Salah satu sebab dia tak nak ambik risiko mungkin kerana pengalaman lalu kot modal tak dapat balik untung tah ke mana.

    Saya ppernah bagitahu nak buat kuih talam secara sampingan dia kata 'usah le nanti badan berbau talam je". Tak memotivasi langsung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai orang yg ada hasrat untuk menceburi bidang perniagaan waima secara sambilan tapi masih teragak2 kerana pengalaman lama. Saya faham keadaan ini kerana bukan senang nak buat bisnes yang menguntungkan dan boleh bertahan lama (sustainable). Kebanyak orang bisnes maju pada permulaan saja kerana masa itu mendapat sokongan daripada keluarga, kawan2 dan sanak saudara. Bila dah lama sokongan ini pun mula pudar dan bermulalah zaman kejatuhan.

      Tapi tak kurang juga yg berjaya dan terus berjaya.

      Berniaga kuih talam satu idea yang baik. Saya ada menyebut kisah peniaga kuih talam di Sri Rampai, Wangsa Maju yang telah ada kedai sendiri dan menjual lebih 40 jenis kuih talam.

      Saya cadangkan Aina melawat kedai tersebut untuk mendapatkan idea dan tip daripada tuanpunya bisnes tersebut.

      Delete
  2. nak komen tp x thu mana nak mula ;)
    kawan sy masa skolah dulu, tak pandai, asik tido dlm kelas
    semua smbung belajar ke u tp dia tlg mak jual ikan
    skrang.............. dia tokey ikan berjaya di kampung ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurang berjaya di dalam bidang akademik tidak bermakna tidak berjaya di dalam hidup. Kawan Irfa telah belajar selok belok perniagaan ikan sehingga dia berjaya sekarang.

      Saya pernah bercerita tentang jiran saya yg berjaya menjadi tauke ikan yg kaya raya hasil bisnes ikan segar setiap hari. Dia beli ikan di Sg Besar dan bawa ke KL untuk dijual di sini. Setiap hari berbelas-belas ribu ringgit untungnya.

      Delete
  3. mak saya sampai sekarang tak bagi kami berhenti kerja kalau nak berniaga.. secara sambilan takpe..tapi jgn berenti kerja katanya.. pemikiran orang lama mungkin.. makan gaji confirm duit masuk setiap bulan.. berniaga potensi tinggi tapi risiko besar.. takut perniagaan rugi..takut ...takut.. macam2 yg takutnya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak awak nak pastikan masa depan anak2 terjamin. Kerja makan gaji memang cukup bulan ada gaji. Kalau berniaga ni belum tentu lagi. Kadang2 berbulan2 takde duit masuk. Keluar adalah ….. huhu

      Delete
  4. nk berhenti kerja dan berniaga..
    tp fikir tnggungjawab tak berani nak ambil risiko. kalau wat sampingan pun tak mungkin dpt concentrate betul2.. niat tu ada..one day.
    org kata org kelantan pandai berniaga, saya pegang kata-kata tu..bg semangat..
    one day, insyallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau belum ada keyakinan elok jangan berhenti kerja. Ramai org yg berhenti kerja utk berniaga tapi terkandas di tengah jalan.

      Apa yg boleh dilakukan sementara masih kerja ini ialah membuat kajian dan cuba kenal pasti apa perniagaan yang berdaya maju. Anak perempuan saya berniaga kain cotton secara online semasa dia masih mengambil ACCA sekarang ini. Alhamdulillah perniagaannya di bawah jenama Sweet Little Cotton ( seperti iklan di header saya ini) mendapat sambutan yang menggalakkan.

      Delete
  5. zaman sekarang ni kena dua dua huhu

    lawati www.happyneasy.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh buat dua dua itu pun baik.

      Saya tengok bisnes vitamin Shafrina mendapat sambutan menggalakkan. Semoga terus maju jaya.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails