Thursday, March 20, 2014

Kalau Itu Takdirnya ….. (Kisah Keputusan SPM)

Keputusan SPM telah diumumkan hari ini. Kepada yang berjaya dengan cemerlang, tahniah aku ucapkan. Kepada yang kurang berjaya, jangan risau sangat. Ramai orang yg berjaya hari ini, mereka cukup makan aje semasa SPM. Yang kena repeat pun ada juga tapi akhirnya berjaya menjadi pensyarah….. professior pula lagi setelah berusaha lebih gigih berikutan kegagalan awal.

Anak aku, Muhamad Haizam juga adalah di antara pelajar yang berdebar-debar menunggu keputusannya pagi tadi.

Emak Adam, Haikal dan aku turut berada di dewan sekolahnya semasa keputusan diumumkan.

Pengetua memulakan acara dengan memberikan analisa pencapaian sekolah. Sekolah harian biasa takdelah macam SBP atau MRSM. Daripada 272 orang pelajar yang mengambil peperiksaan SPM, lebih 99% telah lulus. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan.

Setelah selesai dengan analisanya, GPK Pentadbiran dan Korikulum mengumumkan nama-nama pelajar yang mendapat straight A's atau satu subjek lagi nak dapat semua A.

Daripada nama yang disebut mendapat straight A's semuanya pelajar perempuan! Pelajar lelaki ini apa dah jadi? Nampaknya Haizam tak dapatlah straight A's.

Bila tiba giliran pelajar yang mendapat kurang satu A untuk straight A's nama Haizam yang mula-mula disebut. GPK sempat menyebut inilah pelajar lelaki yang pertama naik pentas.

Bila Haizam mengambil slip keputusannya daripada Datin Pengetua aku dan emak Adam lihat Pengetua berkata sesuatu kpd Haizam. Bila kami tanya dia kemudiannya, Haizam memberitahu Pengetua menegurnya kenapa pakai selipar untuk naik pentas ….. kah kah kah.
Haizam kata manalah dia tahu nak naik pentas!


Pelajar-pelajar cemerlang SMK Taman Setiawangsa menayangkan slip keputusan SPM. Bersama mereka adalah Pengetua dan guru-guru Tingkatan serta YDP PIBG


Haizam dan Datin Pengetua dikapit oleh ibubapanya. Ayahnya pun pakai selipar juga ….. wakaka

Oh ya. Nak tahu apa subjek yang Haizam dapat B?

Bahasa Inggeris.

Aku rasa ini disebabkan dia lebih banyak tengok cerita Korea daripada cerita omputih. Itu sebab BI tak dapat A. Agaknya kalau ada subjek Bahasa Korea untuk menggantikan BI, bolehlah dia dapat straight A's…. hehehe

24 comments:

  1. Tahniah! Tahniah!

    Saya nak booking buat menantu! Tak kisah ler pakai seliper. Saya pun minat Seliper dan Korea gak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih! Terima kasih!

      Wah dan dan nak booking buat menantu. Dengan anak Azie yg mana satu tu?

      Kira samalah minat Haizam dan bakal emak mertuanya ni …. hahaha

      Delete
    2. kecoh la rumah..riuh rendah...besan memasing kepoh..aktif ber blog ber FB! hahaha

      Delete
    3. Bukan setakat berblog dan berFB tapi berwhatsapp. Tapi saya beri laluan kpd azieazah sebab dia lebih senior dlm alam maya ni …. hehehe

      Delete
  2. Yeahhhh pengomen pertama! Nak hadiah! tak kiraaa...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun nak jugak hadiah! Tak kira...!


      Hahaha.

      Delete
    2. Azie - tahniahlah menjadi pengomen pertama. Pagi tadi selepas balik menghantar anak saya ke sekolah saya baca ni sambil tersenyum.

      Kalau nak hadiah kena 3 kali berturut2.

      Delete
    3. t.a.t.a,

      Hadiah awak yg tempoh hari kerana berjaya menjadi pengomen pertama berturut2 masih boleh dituntut.

      Sila hubungi saya kalau nak menuntut hadiah itu sebelum tawaran ini expire …… ngeeee

      Delete
  3. Tahniah Haizam!

    So YB, agaknya kalau BI tu ganti dengan Bahasa Korea, mungkin dia boleh lulus kot? Hahaha.

    Jap, rasa kelakar pulak bila tahu budak lelaki suka tengok cerita Korea. Hehe.

    Eh jap lagi, nephew saya pun suka tengok Korea! Aduuhai. Camne leh tak perasan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih b/p Haizam.

      Saya rasa bukan setakat lulus tapi boleh dapat A kot dlm bahasa korea tu sebab dah itu yg ditonton setiap hari …… hahaha

      Dia bukan tengok citer korea yg feeling2 tu tapi lebih kpd Running Man. Biasa saya tengok dia gelak sorang2 bila tengok citer tu. Entah apa yg kelakar sangat pun saya tak faham …. huhu

      Nephew awak suka tengok citer korea yg mana satu?

      Delete
  4. disekolah anak acik pun perempuan paling ramai naik pentas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya di mana2 sekolah campur perempuanlah yg paling ramai naik pentas. Itu sebab nanti bila masuk u kebanyakannya adalah pelajar pompuan …. huhu

      Delete
  5. As salam, yb..

    Alhamdulillah,..tahniah...! =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumus salam Akak Adek …

      Alhamdulillah syukur boleh tahan keputusannya w/pun ramai lagi pelajar yg lebih terer daripada dia.

      Terima kasih.

      Delete
  6. Kepada Dek Haizam....

    Tahniahhh...!!!!.. ;)

    ReplyDelete
  7. x apa.. blh g sambung belajar kat korea.....

    er.. sekolah sy x ada pun acara cam tu.. result dulu cikgu papar je kat notice board. so, sila cari n baca, then masuk ofis amik salinan slip kita sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Korea kebanyakan kursus adalah dalam bidang teknikal dan kejuruteraan. Haizam tak minat bidang2 tersebut ….

      Kat sekolah Haizam ni dibuat mcm itu mungkin utk bagi semangat kpd pelajar2 supaya belajar pandai2 supaya boleh naik pentas. Lagipun taklah ramai sangat nak panggil naik pentas kalau setakat yg dapat straight A's atau yg sipi2 lagi nak dapat.

      Kalau kat SBP atau MRSM buat mcm ni jenuhlah nak tunggu nama dipanggil ….. hehehe

      Delete
  8. Assalamualaikum,
    Tahniah Haizam...sambung belajar di Korea ke nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumus salam anyss,

      terima kasih b/p Haizam.

      Rasanya takde tawaran kursus yg dia minat di Korea. Dia nak masuk UIAM aje katanya. Dekat ayahnya nak hantar pergi dan balik ….. weekend boleh balik rumah tengok citer Korea …. hahaha

      Delete
  9. Tahniah Haizam!!
    Cemerlang tu..sebab sekolah harian aja...

    Datin Pengetua agaknya tak terkata bila tgk bapak si haizam pun, berselipar! hahaha

    Haizam nak buat engineering? medic?
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Daddy Ziyyad.

      Top student di sekolah ini dapat 9 A+ dan 1A.

      Haizam ini emaknya jangka dapat 7 A atau 8 A sebab semasa UPSR dan PMR dia straight A's. Cuma dia tak nak masuk sekolah asrama. Duduk rumah boleh main game dan tengok citer korea …..wakaka

      Haizam tak minat buat engineering mahupun medic. Mungkin dia nak ambil accountancy mcm abang dan kakaknya. Macamlah banyak sangat duit ayah mereka ni yang nak dikira ….. ngeeee

      Delete
  10. tahniah untuk haizam ye yb walaupun lambat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Lea. Maaf saya tak dapat sampaikan kpd Haizam buat masa ini kerana dia di Miri mengikuti latihan khidmat negara.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails