Tuesday, March 18, 2014
RM30 Pun Kedekut
Ada seorang jiran membayar duit untuk Skim Komuniti Berpengawal (atau senang cerita bayaran untuk security guard) untuk anak beliau yang baru berpindah ke blok aku ini. Bapanya duduk di Jalan lain. Anaknya selalu outstation dan susah nak berjumpa dgn wakil blok (akulah tu) untuk membuat bayaran tersebut.
Aku sanjung orang yang macam ini. Senang sikit kerja wakil blok macam aku ini. Tak perlu ketuk pintu rumah untuk mengutip bayaran setiap 3 bulan. Bukan mahal sangat pun bayarannya. Cuma RM30/bulan.
Bagi mereka yang liat membayar tu saya teringat kata-kata berikut:
"Janganlah hidup dengan mengharap ikhsan jiran tetangga anda"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sepakat membawa berkat. Orang yg tak beri kerjasama tu soh jer dia pindah duduk atas pokok. Sapa pun tak kacau dia.
ReplyDeleteKalau semua faham adab hidup bermasyarakat, senang dan sejahtera hidup kita.
DeleteOrg yg tak beri kerjasama tu sentap kalau suruh duduk atas pokok. Ada sorang tu saya pernah komen suruh duduk di banglo yang tak kacau jiran, kecoh pula komen saya tu ….. huhu
Kat rumah saya pun sama bil penyelenggaraan sebulan Rm40 tapi yg bayar 3-4 kerat yg guna lampu koridor, guna khidmat pembersih dan pelbagai kemudahan semua. Kadang2 saya pun naik malas nak bayar. Geram.
ReplyDeleteTeruk tu kalau setakat 3 - 4 kerat yg bayaar. Tapi untuk kawasan apartment ada undang2 yang boleh 'memaksa' penghuni atau tuanpunya rumah di situ membayar kan?
DeleteBagi kawasan rumah teres mcm kami ni, tak boleh nak paksa. Ada yang awal2 dah beritahu mereka tak setuju diadakan skim kawalan keselamatan ni dan dengan itu mereka tak nak bayar.
buat banner besar-besar
ReplyDelete"Janganlah hidup dengan mengharap ikhsan jiran tetangga anda"
Memang ada cadangan nak buat banner besar2. Kalau tak sedar juga memang hati keringlah tu … huhu
Delete