Wednesday, March 19, 2014

Pokok Kunyit Dari Kampung


Hari Ahad baru ini kami balik kampung emak Adam. Semasa nak balik tu, nenek Adam suruh anak perempuannya (isteri akulah tu) bawa balik pokok kunyit.  Dia ada tanam beberapa pokok di dalam bekas plastik hitam seperti dalam gambar. Emak Adam pilih yang paling gemuk. Ambik ko - dah alang2 suruh bawa balik, biar yang sihat walafiat dgn daun yang lebar-lebar hampir nak sama dgn daun pisang.

Gambar di atas tu menunjukkan saiz pokok kunyit ni. Bekas air yang di belakang tu besar tau. Boleh muat 8 baldi air. Aku cuma nak buat perbandingan dengan pokok kunyit ini.


Adam boleh masuk dalam bekas air ni

Bila dah ada pokok kunyit ni aku tinggal belikan daging untuk buat rendang. Rasanya sehelai cukup kot untuk 2 kg daging.

Kalau ada cadangan lain untuk daun kunyit tu silalah beritahu

25 comments:

  1. wuuuhuuu !
    dah ada perenggan dan boleh uplod gambar dah!!

    apa masalahnya hari tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah boleh dah. Itu yg gatal tempek gambar …. hehehe

      Hari tu masalah teknikal. Abang kpd Adam juga yang tolong selesaikan masalah tu …… ngeee

      Delete
    2. Tahniah YB. Baru best rasanya nak baca.

      Sebelah rumah itu hari ada tanam pokok kunyit. Bila owner dia pi tarah semua pokok, cepat-cepat abg ipar pi selamat kan pokok tu pindah kan tempat lain. Alhamdulillah masih hidup.

      Nanti kalau sempat saya snap gambar.

      Delete
    3. Terima kasih kerana tetap setia membaca blog ini w/pun sejak seminggu lepas entri takde perenggan. Dah best baca ni bolehlah lebih kerap ke sini agar saya pun lebih rajin membalas komen…. hehe

      Apasal jiran tu pi tarah pokok2 kunyit dia? Dia pi jual daun kunyit tu ke?

      Silalah snap dan tayangkan gambar pokok kunyit tu. Nak tengok samada sebesar daun kunyit emak adam ni ….. ngeeeee



      Delete
    4. Itu pokok kunyit kami. Tumbuh di tanah jiran. Asal tu ladang kelapa sawit. Di tarah nak tanam lain.

      Delete
    5. Tumpang tanam di tanah jiranlah ya. Biasalah org kampung buat mcm tu. Dulu arwah bapa mertua saya pun tumpang tanam ubi dan pisang di tanah jiran milik anak sedaranya sementara pokok sawit di situ kecil lagi.

      Ladang sawit jiran t.a.t.a tu nak tanam apa pula lepas ni?

      Delete
  2. Daun kunyit yg lebar besar tu, cuba buat bungkus nasi lemak..gantikan daun pisang..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang doc nak guna daun kunyit ni buat bungkus nasi lemak. Kat rumah saya ni ada pokok pisang. Banyak daun yg boleh digunakan utk bungkus nasi lemak atau buat kuih habuk2, lepat, koci dan yg sewaktu dgnnya ….. hehehe

      Delete
  3. bakar ikan...sedap baunya..rasanya..? try dlu la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terfikir juga yg digunakan buat bakar ikan. Tapi kalau beli ikan kembung sekilo mahu habis daun tu ….. huhu

      Delete
  4. bakar ikan dgn daun kunyit....sebab sy duduk rumah yg bertinkek-tingkek jadi tak boleh nak tanam pokok pisang... daun kunyit pun jadilah..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat rumah kami ni pula daun pisang tak jadi masalah. Arwah emak ada tanam pokok pisang. Bila2 nak daun tinggal kait dan guna. Jiran2 pun ada yg ikut gunakan daun pisang tu

      Delete
  5. Kena jaga daun kunyit jika tidak nanti belalang kunyit datang makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ni belalang selalu datang utk makan daun limau purut. Lepas kami jaga betul2 dah tak datang lagi.

      Kali ni kalau datang nak makan daun kunyit ni saya, bawa masuk rumah pokok kunyit tu ….. hahaha

      Delete
  6. Ahad lepas? Masa tu hujan lebat tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami sampai kampung waktu Zohor. Masa tu tak hujan. Tapi semasa kami nak ke Sg Besar selepas tu, hujan mula turun.

      t.a.t.a ada di sana jugak ke masa tu?

      Delete
    2. Masa Asar tu memang lebat betul. Saya ke sana, tengok anak buah di asrama SMKDH.

      Delete
    3. Masa Asar tu kami dah sampai Sg Besar rumah Kak Long.

      Oh anak buah t.a.t.a duduk di asrama SMKDH ke? Sekolah emak Adam dulu tu tapi dia tak tinggal di asrama

      Delete
  7. Bagi org Perlis kami jarang guna daun kunyit dalam menu masak memasak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami tanam kunyit hanya untuk kunyit. Jawab dulu sebelum kena tanya...ahahhaa...

      Delete
    2. Oh orang Perlis tak letak daun kunyit dalam rendang ke Aina? Atau org sana jarang masak rendang

      Delete
  8. uiii lebar2 daunnya ..segar plak tu ... berbaloi2 .. kat kedai seikat 3 helai (daun kecil je besar tapak tangan je kut) 50sen yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lebar2 betul. Saya tengok pun geram. Rasanya kalau nak buat rendang guna sehelai pun dah rasa dan bau.

      Kat kedai tu seikat 3 helai. Dah lah tu, yang sebelah dalam tu biasanya yg paling kecik …. huhu

      Delete
  9. Suka sangat baca blog awk =) Saya pun ada blog, jemput singgah dan follow blog awksweetgitu.blogspot.com =D

    Support each other =)

    ReplyDelete
  10. Terima kasih kalau suka.

    Saya sempat singgah di blog awak. Teruskan menulis untuk meningkatkan mutu blog awak tu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails