Monday, March 17, 2014
Pandai Berjimat, Patutlah Dia Kaya Raya
Hari Jumaat baru ni aku dan client aku, mantan seorang Timbalan Menteri telah dijemput untuk bertemu dgn syarikat minyak yang beribu pejabat di Menara Kembar. Tak payahlah aku sebut nama syarikat minyak tersebut (hahaha macam korang tak boleh nak agak!).
Kami berbincang tentang tanah yang hendak kami jual kepada syarikat minyak tersebut. Menurut pegawai-pegawai yang kami temui pagi tersebut, tanah itu memang sesuai untuk tapak stesen minyak dan telah dipersetujui di peringkat kerja. Walaubagaimanapun, ianya memerlukan kelulusan dari pihak atasan termasuklah Lembaga Pengarah Syarikat. Maknanya kami kena tunggu selepas kelulusan tersebut sebelum boleh memuktamadkan perjanjian jual beli. Sementara itu, kami telah berjaya menjual sebidang tanah kepada pesaing syarikat minyak ini untuk pembinaan stesen minyak mereka. Manakala sebuah syarikat lagi telah bersetuju memajak tanah di kawasan yang sama untuk tujuan pembinaan stesen minyak syarikat mereka. Bila siap sepenuhnya nanti, akan ada 3 stesen minyak di projek pembangunan Dato' ini! Masyuukkk dan bertambah kayalah beliau.
Selepas mesyuarat pagi Jumaat itu kami pergi minum di salah sebuah kafe di bangunan tersebut. Beliau order kopi susu (tak nak gula) manakala aku pula order kopi O. Budak yang menyediakan kopi itu memberikan kami beberapa paket gula untuk kami bancuh sendiri.
Aku pun masukkanlah 2 paket sebab kopi O nya pekat gila. 1 paket tak manislah.
Dato' tersebut tak mencampurkan gula.
Sambil minum kami berbincang strategi seterusnya. Habis bincang, aku pun minta diri nak balik sebab nak pergi masjid. Aku terkejut apabila Dato' mengambil 2 paket gula yang belum digunakan dan disimpan di dalam poket untuk dibawa balik.
"Jangan membazir gula ni," katanya.
"Lagipun kita dah bayar," sambungnya sambil tersenyum.
Bagus tindakannya itu sebab tak nak membazir. Sikap dia itu jugalah yang membuat dia jadi kaya raya, aku rasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bagi kita kecil sangatkan nilai gula tu tapi sikap dia melambangkan prisip hidup dan cara dia bekerja.
ReplyDeleteSaya rasa semua ini bergantung kepada sikap seseorang. Bagi mereka yang tak suka membazir, benda2 kecik sekalpun tetap mereka akan berjimat. Tapi bagi yang tak pandai berjimat, perkara seperti ini dipandang remeh.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAs salam.. yb..
ReplyDeletebagi mereka yg thu erti susah, benda sekecil itu, jika dibuang pasti akn terasa dihatinya...
hargailah walau ia sekecil2x zarah...
Waalaikum salam ….. Maaf lambat balas komen ni.
DeleteBetul tu. Bagi orang yg pernah merasa susah mereka akan menghargai benda2 besar atau kecil di dalam hidup mereka. Mungkin Dato ni masa kecil dulu pernah hidup susah.
Betul.. Bila kita dah merasa hidup susah, benda kecik macam tu pun kita ambil.. Betul jugak sebab kita dah bayar benda tu..
ReplyDeleteKita ni kadang2 malu nak bungkus bawak balik benda yang tak habis kita makan kat kedai..
Betul tu. Tak sama org yg pernah hidup susah dgn org yg sejak lahir hidup mewah. Org susah amat menghargai semua benda kerana tahu nilai duit. Bagi org yg senang termasuk budak2 sekarang, mereka gelak kalau tengok ada org buat mcm Dato ni.
DeleteKami tak segan minta pembantu restoran bungkus kalau ada makanan lebih. Daripada dibuang, eloklah dibawa balik.
tabiat manusia tak sama.kadang2 org sanggup bungkus makanan di rumah kenduri atau slps jamuan/ makan2. sampai org panggil raja bungkus. tapi tuan diri saja yg tak tahu.
ReplyDeleteItu melampaulah. Memang ada org yg mcm tu. Kadangkala org lain belum habis makan dia dah bungkus siap2 utk dibawa balik ….. huhu
DeleteTapi kalau kita tak ambil pun peket gula tu, depa akan recycle dan bagi pada customer lain jugak kan? So tak la membazir dari segi am nya. Tapi mungkin membazir dari dia khususnya, sebab dia dah bayar.
ReplyDeleteKalau tinggalkan atas meja mungkin pekerja di situ akan recycle utk diberi kpd pelanggan seterusnya. Tapi ada juga orang yg saya tengok paket gula yg lebih mcm ni dicampur dgn yg dah diguna lalu dibuang dalam tong sampah.
DeleteMenyampah ….
wuuhuuu...
ReplyDeletebanyak masyuk ??!!
sebidang tanah dah dijual...
Alhamdulillah cukuplah utk beli susu Adam ….. ngeeee
Deletejimat cermat membawa berkat :)
ReplyDeletetepat sekali Mak Su.
DeleteSelepas balik dari jumpa kaum penasihat di amereka singgah transit di london. Beli ticket cash sbb amereak ter missed ticket beliau. So beli tiket sendiri guna credit card. Pastu.....How abt bayar ticket ekonomi pastu naik naik boarding terus duduk dan buat muka selamba kat first class? Stewrds sumeerkejut.
ReplyDeleteKalau macamni boleh kayo bayar 600 unting neribu... and
Lagi lak boleh command perintah dari us.dan dapat anugerah tuhan serta duduknkat tropicana duit kat jopon dn amereka dan london.
Terima kasih berkongsi cerita cuma saya kurang faham jalan ceritanya ….. huhu
Delete