Friday, March 7, 2014
PLKN Sg Rait Miri
Anak kami yang sedang menunggu keputusan SPM tu (Haizam namanya) memberitahu kami dia akan dihantar mengikuti latihan khidmat negara di Kem PLKN Miri bermula dari 5hb April akan datang ini.
Sebelum ini dia memang dah tahu nama dia naik untuk latihan tersebut. Dia merupakan anak pertama di dalam keluarga kami yang kena pergi latihan ini. Abang dan dua orang kakaknya sebelum ini tak kenapun. Mereka sempat bekerja sementara menunggu keputusan SPM. Tapi Haizam bila disuruh cari kerja sementara nak tunggu result ni dia tak minat. Membuta aje kerjanya kat rumah ….. huhu.
Disebabkan latihannya akan dijalankan di Miri, mungkin bolehlah kami ke sana semasa cuti sekolah hujung bulan Mei nanti (kalau ada rezeki dan dapat tambang murah). Dah lama kami tak ke Miri. Kali terakhir aku ke sana dalam tahun 2005 kalau tak salah manakala emak Adam dan anak2 kami tak pernah ke sana sejak kami berpindah balik ke Semenanjung pada tahun 1995!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Masih tiada perenggan YB? Tak pe, sebab pendek saya baca juga.
ReplyDeleteMembuta pun kerja jugak YB. Hahaha. Jauh nya gi Miri. Tak pe, menyelam minum air sampai kembung!
DeleteHehehe.
Memang masih takde perenggan. Itu sebab malas nak tulis panjang2 sebab tak nak pembaca jadi juling ….. huhu
DeleteKerjalah jugak tu. Kerja buat tahi mata …… huhu.
DeletePergi jauh ni susahlah nak balik bila ada cuti. Nanti bolehlah suruh Haizam pergi melancong ke tempat2 menarik di sekitar Miri sepergi ke Gua Mulu atau Gua Niah. Barulah sambil menyelam minum air. Kalau dapat tangkap ikan sekali lagi bagus …… ahaks
jauhnya sampai ke miri.
ReplyDelete.
Entah mcmana dia pula yg terpilih utk ke sana. Utk perpaduan nasional gamaknya.
DeleteBila balik nanti dia boleh kelaka sarawak …. hehe
bestny blh ke sana.... kang disuruhnya berenang merentasi sungai rajang...jenuh!
ReplyDeleteHarap2 dia sukalah ke sana. Kalau homesick kat sana susah nak balik ….. huhu
DeleteKat Miri sungai yg besar dan dekat di situ ialah Sg Baram
Anak dara dua tu tak dapat PLKN.
ReplyDeleteSyukur sangat sangat
Kerja...
Tak pun
Duduk umah jaga Adam
Oh anak2 dara pB pun tak kena PLKN juga. Jaga adik tu pun kira kerjalah juga.
DeleteHaizam takdenya nak jaga adiknya si Adam tu ….. huhu
nak ikot g miri....
ReplyDeleteNak masuk kem latihan jugak ke? …. hehe
DeleteSaya dulu lepas SPM pun, membuta aja kat rumah...malas nakgi kerja sambilan...hahaha..
ReplyDeleteJauhnya sampai ke miri? Awat tak dihantar sekitar Semenanjung aja..
Sabah Sarawak mmg saya tak pernah sampai ! huhuhuh
Assalamualaikum,
Deletetak pernah sampai sabah sarawak tak apa...asal pernah sampai astolia ;)
Dah penat belajar untuk SPM bolehlah rehat2 aje kat rumah. Anak2 saya kena kerja sebab nak cari duit poket. Kalau kat rumah aje ayah mereka tak bagi duit belanja ……. ngeeee
DeleteAda sebilangan pelatih dari Semenanjung yang dihantar ke Sabah dan Sarawak dan begitulah sebaliknya untuk tujuan integrasi nasional. Ada pro dan kontranya bagi mereka yg terpilih ni.
Apa kata cuti tahun ini doc bawa famili melancong ke Sabah atau Sarawak. Takkan asyik ke ostolia je ….. hahaha
anyss,
DeleteWaalaikumus salam,
ostolia tu rumah kedua Daddy Ziyyad. ZZ lebih kenal kangaroo daripada orang utan …. hehehe
Saya dulu pun tak kerja masa tunggu SPM kerana Ayah Hj tak bg & tiada kerja yg sesuai.. Huhu..
ReplyDeleteAlmost a month later, driving license siap, dipanggil interview & orientasi then masuk class segala and the rest is history, bak kata Yaie.. ;)
# kurangsorangpartnermainbadminton~
Awak tak kerja sebab mungkin susah nak dapat kerja di sana. Kat sini banyak peluang pekerjaan. Paling koman boleh kerja di restoran makanan segera.
DeleteBaguslah awak ambil lesen memandu sementara menunggu keputusan. Haizam ni asyik nak tunggu kawan2nya … huhu