Monday, March 10, 2014
Happy Birthday YB
Semalam 9 Mac adalah ulangtahun hari lahir aku. Berpuluh-puluh ucapan Harijadi yang aku terima di fb. Yang like lagilah banyak. Kepada semua rakan2 fb yang mengucapkan selamat harijadi dan mendoakan aku, aku ucapkan ribuan terima kasih. Tak dapat aku nak balas satu persatu.
Anak aku kata ramai yang ucap tu sebab ada 'Reminder' di fb rakan2 aku tu. Kalau takde, berapa kerat ajelah yg akan beri ucapan. Macam jeles aje bunyi. Tapi mungkin betul juga kata dia tu!
Tengahari semalam sebagai 'sambutan' harijadi aku, kami sekeluarga keluar makan di sebuah restoran tak jauh dari rumah. Emak Adam yang bayar bilnya. Setelah habis makan nasi, anak sulung aku dan isterinya meminta pelayan di restoran itu mengeluarkan kek harijadi yang mereka beli di kedai kek. Nak buat kejutan tapi pelayan tu tak pandai buat surprise sebab sebelum makan tu dia dah datang ke meja kami tanya bila nak keluarkan kek ………… kuang kuang kuang
Aku bersyukur dipanjangkan umur sehingga dapat menyambut ulangtahun kelahiran aku sekali lagi. Dalam waktu yang sama, ini bermakna umur aku setahun semakin hampir ke penghujungnya jika dibandingkan dengan tahun lepas.
Aku juga bersyukur yang amat kerana dapat menyambut harijadi aku bersama isteri, anak-anak dan menantu. Kecuali Afifah yang berada di Sabah, yang lain semua ada bersama-sama meraikan majlis tersebut. Bagaimana pula dengan isteri dan anak-anak yang menunggu berita tentang suami atau ayah mereka yang di dalam pesawat MH370. Nasib aku jauh lebih baik.
Apa yang dapat aku lakukan ialah mendoakan yang terbaik untuk mereka dan agar mereka diberi kekuatan dan ketabahan di dalam menghadapi ujian Allah ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Happy birthday YB...
ReplyDeleteMoga diberkati Allah sentiasa..
Maaf semalam, 9 Mac saya langsung tak online..maka tak wish di FB semalam :P
Terima kasih doc.
DeleteAamiin. Kita semua mencari keberkatanNya dan semoga kita dilimpahi dgn keberkatan.
Takpe tak wish semalam tu.
apelah sengal waiter tu.. tampo kang. btw epy bday YB dan kembar beliau. heehehehe sy mmg tak ingat sebab tak hapal sbb ade fb haha
ReplyDeleteWaiter dari Myanmar atau Vietnam rasanya. Tak pernah ada sambutan birthday di restoran tu rasanya. Itu yg sengal mamat tu. Kalau kat PizzaHut memang mereka siap ada muzik dan semua staf nyanyi beramai2. Happening sikit.
DeleteNanti saya sampaikan ucapan kpd kembar saya tu.
YB ... saya punya turn lusa.... ;p ..
ReplyDeletenothing special for this year... but life must go onnnn.... hehehe...
bytheway -happybirthdaytoYB- .. ;p
Izinkan saya menjadi orang pertama mengucapkan Happy Birthday kpd awak tahun ini…. cewah.
ReplyDeleteDah bapak dan emak orang ni biasanya takde sambutan special ketika harijadi. Buat lebih2 kan orang kata mengada2 pulak ….. huhu
Thanks CPL
Bukan jeles tu YB, betul jugak lah yang dikatakan oleh anak YB..:-) apapun selamat hari lahir:-).
ReplyDeleteNasib kita x sama...doakan yang terbaik mereka yang terlibat...
Saja saya kata jeles sebab masa birthday dia sebelum ini taklah banyak mana ucapan hb di fb dia. Kita tunggu tak sampai dua minggu lagi besday dia tahun ni. Tengok berapa ramai yg beri ucapan di wall dia …… ahaks
DeleteTerima kasih di atas ucapan shaliza tu.
Ya kita doakan yg terbaik buat mereka yg terlibat.
Sama tarikh dengan my sis. Happy belated birthday YB.
ReplyDeleteThanks t.a.t.a
DeleteBTW your sis tu berapa umurnya? ….. ngeeee
HB YB ..lambat ucap tapi nak juga buat ucapan di sini, semoga bertambah kerahmatan dalam kehidupan YB sekeluarga.
ReplyDeleteTerima kasih PCL di atas ucapan dan doa tu.
Delete