Thursday, March 13, 2014

Dapat Kontrak Baru

Petang Isnin dua hari lepas aku mendapat satu emel dari wakil sebuah syarikat multinational yang beroperasi di Malaysia mengatakan syarikat kami ditawarkan kontrak call-off untuk menjalankan kerja-kerja membantu projek mereka. Kontrak ini untuk tempoh dua tahun. Sebelum inipun kami telah mendapat kontrak yang serupa dari mereka tapi telah tamat tempoh pada Februari lepas. Sebelum mendapat kontrak itu pelbagai tapisan, due dilligent, kursus dalam talian dsbnya yang perlu kami lalui dan lulus. Alhamdulillah kami berjaya mengharungi semua itu. Bunyinya sedap dapat kontrak dgn syarikat besar. Tapi memandangkan ianya adalah call-off kontrak, jumlah kerja yang akan ditawarkan di dalam dua tahun akan datang masih tak tentu. Kalau ada rezeki mungkin dapatlah 2-3 projek. Kalau tak, mungkin 1 saja. Silap haribulan langsung takde projek. Untuk cantikkan profil syarikat bolehlah sebab kontrak ini dengan syarikat antarabangsa. Ada ketikanya biar kita buat projek dgn syarikat tempatan yang tak ternama tapi boleh memperolehi pulangan yang agak lumayan berbanding dgn kontrak seperti di atas. Di dalam hidup kita pun begitu …… fikir-fikirkanlah.

10 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih t.a.t.a

      Doakanlah rezeki datang mencurah2 dari kontrak ni untuk kali ni

      Delete
  2. Replies
    1. Harapnya adalah rezekinya kali ni. Tapi kena cari projek2 lain juga utk pastikan rezeki berterusan

      Delete
  3. Okeh saya kasi up. Cendol biasa upgrade jadi Cendol + durian. Mangkuk besar tauu..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat cendol + durian tu insya Allah no problem. Bukan pasal dapat kontrak yang belum ada projek lagi ni tapi pasal nak belanja kengkawan. Kita ajak Anyss sama boleh?

      Delete
  4. tahniah kang YB seng ganteng kuwii.,iHHKs

    ReplyDelete
  5. kesimpulannya cari pasangan org tempatan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai awak membaca yang tersirat….. hehehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails